Friday, December 24, 2010

PMR

Skangnie scene PMR tengah naik. Sebab met & pari tak insaf-insaf lagi...gua paste kat sini buat renungan korang berdua.


Tuesday, December 21, 2010

PTPTN

Wahai PTPTN KL Sentral secara amnya dan PTPTN secara khasnya,


Tolonglah bukak kaunter banyak sikit. Kami nak bayar hutang. Kalo kami tak bayar hangpa marah. Nak blacklist la. Tak bagi Faizal Tahir pegi Singapore la. Macam-macam hangpa buat. Tapi servis hangpa ntahapahapa. Cuba hangpa tgk KWSP. Gila baguih dok ada. Malas kami nak bandingkan hangpa dengan swasta. Nanti mula kecik ati. Report sini, report sana.

Kami bukan apa. Kami rasa kami kene bersuara. Ok ok...kami tau kami bukanlah bayaq tiap-tiap bulan.

Yang terpaksa menunggu lama-lama,

Lanun Darat with Love, muah muah

---------------------------------------

latest update


Gua dh send. Luorang jangan risau k.

----------------------------------------

ni nak habaq mai...


kenapa gua xnk guna maybank 2u/ cimbclikcs?

1. pTPTn guna konsep reducing balance...

2. kalo bayar bil astro/maxis guna mybank2u/cimbclicks, astro pun amik masa utk update...

Kalo gua bayar arini...NTAH biler dorg nk update, last2 masuk next month punya payment....

Sori gua tak percaya PTPTN!..kah3

Monday, December 20, 2010

Abg Seniur

Patut gua kene buat special entri untuk abg seniur. Tapi memandangkan batuk/selsema gua tak setel-setel sejak jadi panglima dulang dan makan pau muar di muar, gua mampu cakap nie jelah.

SELAMAT PENGANTIN BARU! SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE ANAK CUCU.

Kira okla tue kan. Gua dah bold siap underline lagi. Font cam malas malas sikit nak edit. Lu punya fevret comic sans kn?

p/s: Kalo gua sempat, gua buat tribute mcm shamel. Korang boleh check di Selamat berEksperimen

Latest update 10.30 a.m:

Thursday, December 2, 2010

Heart 2

Oi orang Malaysia / syarikat-syarikat yang bijaksana, kalo nak buat pertanyaan, nak mintak maklumat ke apa, cakap baik-baik boleh tak? Serius gua berbulu habis!!!

Kamon, gua bukan robot. Kalo lu cakap baik-baik gua boleh je layan. Nie cakap dah la macam................ Dah la malas gua nak bebel. Gua dah meluat. Gua menyampah.

p/s: gua terpaksa guna blog sebab fesbuk tak boleh bukak kat ofis.!

p/s/s: ni masuk kali keberapa dah gua bebel pasal benda basic ni..

p/s/s/s: usah berbual wawasan 2020 kalo perangai luorang mcm.................Baik lepak Burkina Faso jelah.!

Wednesday, December 1, 2010

Heart

Gua dah takde hati di 'sini'. Serius!

p/s: Entah-entah sebab tengok citer fevret Jijo semalam..JELATANG!

update 12.15 p.m:

Makin takde hati!!

update 3.54 p.m:

Vavik. Non-stop talking. Patut ada mesin suara!

Monday, November 22, 2010

Cerita Budak Bilik

Budak bilik gua kreatif. Kalo nak dibandingkan dengan budak-budak 'bilik sebelah' tue, gua rasa tinggal jauh. Gua syak kehidupan dorg meriah pun sebab ade t.v dan komputer. Yang lain tue, gua rasa dorg lebih banyak buat hal sendiri. Tiap-tiap hari baca buku. Bertegur pun time mandi jer. Malam tido awal jenis kena tutup lampu.

Budak-budak bilik gua memang selalu menumpang bilik dorg. Gua masih ingat satu kejadian paling cilake. Sedang budak bilik gua asyik main game / tengok t.v kat bilik dorg, dorg senyap-senyap masuk bilik kitaorang, pastu ajak lepak sana. Faking habis luorang punya perli. Barang yang lepas jangan dikenang kan?Keh keh keh

Ok ok, berbalik balik kepada tajuk utama ya. Al kisah 1 malam nie kitaorang 'stay back' la sebab nak final exam. Biasalah last minute study. Apa ada hal kan. Dalam hal last minute study, leman paling power. Leman punya prinsip ialah sikit sikit sudah. Lu power takpe la man. FA3 pun amik sekali jer. Tapi apa ada hal fail sebab melawan. Berani buat berani tanggung. Kah kah kah

So, biasanya leman memang akan cuba tido awal time-time final exam nie. Ikut pesan cikgu katanya. Patuh jugak rupanya leman nie. Padahal kat matrix penah je tak jumpa kelas 2 bulan. Tapi kebiasaanya leman memang takkan dapat tidur nyenyak la. Sebab apa? Berikut ialah sebab-sebabnya:

1. Leman kena jawab teka teki sukar daripada sawit. Tapi leman tetap dapat jawab jugak biasanya. Kalo mata dia tak barai lagi, leman pulak yang bagi teka teki yang mana kompom sawit tak dapat jawab.

2. Kitaorang menyanyi lagu lagu klasik leman especially nasyid sambil diiringi carutan dihujung bilik..

3. Kitaorang berempat main permainan agung nie. Game nie budak bilik gua je yang berani dan sporting. Tak macam budak bilik sebelah. Tak taf langsung. kah kah kah. Gua gelar game ni dengan nama 'Objektif Berani Mati'. Gua tak pasti sape pemilik game nie. Leman kot rasanya. Die kan genius tapi nakal.

---------------------------------------------

Leman: sawit, kalo dalam dunia nie ada 2 orang je perempuan, dan ko kene kawin untuk membiakkan zuriat, ko pilih A ke B? kah kah kah

Sawit: (sambil pikir panjang dan mencarut), gua pilih A la. kah kah kah

Pari&Ptos: kah kah kah kahh

p/s: selalunya soalan tue akan ada timbal balik dan kitaorang akan jawab dengan teragak-teragak sambil gelak-gelak macam gampang. Nak main? Ajak leman. Sekian.

Tuesday, November 16, 2010

Request

Gua tengah chat ngan halim time gua tulis nie...die tanya nape lama x update blog...gua cakap gua takde modal...gua cakap lately nie gua banyak update guna hatii...bak kata paiseh...update pakai JIWA.

Oklah..gua nak gerak balik kampung nie..buat luorang semua...selamat hari raya korban yer...sapa tak balik kampung tue, gua harap jangan sedih2...cerita kat tivi banyak...fesbuk pun boleh jadi tetamu luorang...yang penting esok jangan lupa sembahyang raya yer....datang la awal sikit...takkan solat raya pun luorang nak masbuk kot...nanti menggelupur nak takbir raya masa rakaat kedua sorang2 diri....

Lagi 1, bawak la duit seringgit dua..kalo ade lebih lagi bagus..pastu rajin-rajin la jenguk aktiviti korban..bawak-bawak kenal masyarakat...kah3...

Tuesday, November 9, 2010

Maxis lawan Celcom

Cerita nie gua dapat dari orang lain. Bukan cerita gua. Penyataan berbaur penegasan ini kadang kadang perlu dalam kehidupan supaya kita tidak diperkotak-katikkan sekaligus menjana kualiti sebagai seorang insan yang bergelar manusia.

Abu adalah seorang anak muda remaja. Bertepatan dengan umurnya yang baru menginjak 13 tahun. UPSR pun dapat 3A 2B je. Sudah baligh barangkali. Sebagai insan normal, Abu mempunyai seorang rakan baik yang dikenali sejak tadika lagi. Ali nama diberi. Agak bijak sedikit. Dapat 4A 1B tapi tak nak masuk sekolah asrama penuh sebab tak reti basuh baju.

Abu ada seorang adik yang agak cun. Namanya Siti. Muda setahun dari Abu. Tahun nie nak amik UPSR. Siti memang digilai ramai. Ramai yang jatuh hati dengan tingkahnya sampai budak kelas sebelah pun ada yang berani hantar surat cinta. Anak anak...

Ali juga tak terkecuali dalam jerat percintaan ini. Maklumla ada kabel baik punya. Tiap tiap hari mesti utusan salam akan sampai ke telinga Siti. Kadang-kadang rimas la jugak kan. Tue belum kira Abu punya rimas. Budak-budak muda what do you expect kan?

Akibat utusan salam yang tak kunjung putus, Abu pun nekad.

"Ali, ko nie asyik nak kirim salam je. Takde modal lain ke?" getus Abu.

"Ala, rileks la Abang Abu" sejak-sejak perasan dah dapat Siti nie lucu jugak Abu ni.

"Macam nie la, apa kata ko amik no. adik aku nie...ko adjust la mana patut...017-311111X, cakap je aku yang bagi...moga-moga ko ade harapan" ujar Abu.

"lagi 1 aku nak pesan...Siti nak UPSR tahun nie. Ko jangan selalu sgt sms yer..pleaseee"

----------------------------------------------------

Keesokkannya harinya....

" Abu, aku rasa jodoh kitaorang tak panjang la, sebab..." putus-putus suara Ali tapi masih nak sambung.

"..........sebab aku pakai 019. Kat umah aku line nie je yang paling kuat. Lagipun 8pax lagi best dari Active5. Sori ye Abu..."

Thursday, November 4, 2010

Artis

Bang Pora: U ade pape ngan die ke?
Artis A: Mana ade bang...kami 'kawan' jer
Bang Pora: Yeker? I dengar u skang dengan die..
Artis: No komen la bang...

Jubir pandang jubir jeling: Eh, u skang dengan die ek?
Artis A: Eh, abang pun nak bergosip ke?
Jubir pandang jubir jeling: Amboi amboi ko, sentap!
Artis: keh keh keh

Membe A: U, dengar citer u dengan die skang, betul ka?
Artis A: Mana ko dengar nie?
Membe A: Baik ko cakap..sumpah? Alif lam lam ha?
Artis A: Mak ai....

Wednesday, November 3, 2010

Currently listening



Trivia:

1. gua dah dengar banyak kali lagu nie, tapi takde pun dengar tajuk lagu dalam bait bait lirik lagu nie..ceewaah

2. kalo dengar lagu nie time segar, gua mesti rasa di awangan..peewiittt

3. kalo dengar lagu nie masa nak tido...kompom lagu tak habes, gua dah mimpi basah..ok bergurau..sekian!

Tuesday, November 2, 2010

Entri Khas

To: Mama

Re: Komen la mama, komen la....pleaseeeeeeeeeeeeee.............

Monday, November 1, 2010

Parkir

Peh lama gila tak menulis dowh. Tapi bila nak start je, gua hilang idea. Sedang gua asyik nak perah idea, tetibe dapat kol yang bukan bukan. Ha, nie memang nak cari pasal di hari isnin. Kah kah kah..Gua tak tau nak cakap apa, tapi perasaan nie bercampur baur. Gua kadang-kadang kesian dengan co. yang minta ditolong nie tapi tak nampak usaha untuk ditolong. Janganlah hanya dengar cerita dari membe, terus kol nak tu nak ni. Cuba cari maklumat tu selengkap yang mungkin terlebih dahulu, lepas tue barulah minta tolong.

Sebenarnya mende-mende macam nie bukan hanya terpakai kat co. jer, tapi ia terpakai untuk semua orang. Sebagai contoh, kalo kita nak makan, kena la usaha untuk masak ke, pegi kedai makan ke. Paling malas talipon je abang-abang delivery tue. Takkan la nak nganga saja? Mana ada benda makan turun dari kerajaan langit woii...Tapi kalo ade orang nak hantar makanan, terima saja. Kah kah kah...

Oklah, bab membebel nie takleh panjang-panjang sangat..Nanti tak lekat.

p/s: demn! nie dah lari tajuk. lain kali la kita sambung kalo gua ingat.

Thursday, October 21, 2010

Kifarah

Gua demam. Kepala ade pusing. Tgh hari pun steady pakai blazer. Tapi malam tido tak pakai baju bukak kipas no. 2. Akibatnya tak ade hati nak menulis. Sebab otak tak jalan. Sekian.

p/s: doakan gua sihat. gua dh nampak komen-komen cilake nanti. keh keh keh

Friday, October 15, 2010

Leman



p/s: tak sangka leman nie boleh tahan jugak rupanya....

Wednesday, October 13, 2010

Takde mood menulis



Trivia lagu ni:

1: Genre lagu-lagu macam nie adalah kegemaran zedil

2: Bakal menjadi lagu wajib apabila menyertai sesi karaoke laki-laki je

3. Iyoy, jijo, gua dan leman terkinja kinja masa nyanyi lagu nie, mcm orang mabok brendi

p/s: zai zai zai zai, zai zai zai zai

Monday, October 11, 2010

Isnin

Ada apa dengan gua hari ini?

1. Monday Blues

2. Delete emel

3. Ngantok

4. Takutnyer.......

Friday, October 8, 2010

Customer Service Center

Harini 1st time gua duty jaga CSC kt ofis. Diorang punya konsep cukup 3 tahun kerja nama naik. Stail jugak. Kenapa tak cukup 3 tahun kerja dapat bini. Fuhh baru stail. Bukan ape wei semalam gua pagi petang kene tarbiyah suruh kawin. Berkaca beb air mata tapi tiada siapa yang tahu. Kah kah kah

Macam nie lah, gua rasa nak buat sidang media je. Baru stail! Mana tahu ade yang nak ganggu gua masa buat sidang media tue. "ptos ptos, i love you". Kalau hati gua terpaut, silap silap gua terus umum tarikh pertunangan. Padahal, niat gua nak buat sidang media tue nak bagitau jangan la presure presure. I letih u. Oklah nak tunggu kol dari makwe makwe.

p/s:  nie entri yang mungkin luorang suka nak komen, tak gitu met? fesbuk pun xde..ptuihh

Thursday, October 7, 2010

Tuesday, October 5, 2010

Barbiken

9.18 p.m

Barbiken satu! Inilah dialog gua bila singgah mana mana kedai makan especially kedai tomyam. Menggelupur gua tengok tukang amik order tue. Mula la nak garu kepala, pusing belakang cari tauke, tanya sekali lagi sebab tak dengar. Alasan. Cakap jelah air ape tu. Kan senang? Jangan belagak hero dengan orang yang ego mcm gua nie. Alih alih terpaksa gua tukar teh o ais jugak. Cett. Huhhh

Memandangkan air nie tengah naik, gua akhirnya berjaya jugak order barbiken semalam. Rasa macam abang abang bila dapat barbiken wei. Budak kecik sebelah meja sampai terlopong. Geng-geng remaja bisik berbisik. Mat mat rempit tengok macam nak gaduh. Pakcik makcik pandang sinis. Macha tukang kira tak segan silu hantar resit. Memang lain macam lah penangan die.

3.29 a.m

Sakit perut dowh. Sesungguhnya teh o ais adalah air paling 'in' dengan gua. Sekian.

Monday, October 4, 2010

kami bangga takde fesbuk!


p/s: harap luorang sedar! ya aa aww!

Thursday, September 30, 2010

Straw

Kenapa kita perlu amik 2 batang straw bila beli air?

1. Kalo straw tue patah/jatuh, ada la back up

2. Kalo makan dengan isteri/awek2, boleh la laga-laga hidung

Ada lagi alasan yang munasabah tak?

2018 - Birthday gua

"Abah baca ape tue?" rayyan tanya sambil duduk sebelah gua.

"Baca komen kawan-kawan" gua jawab biasa biasa.

"Ooo.. tue ayah afnan kan abah? Yang tue pulak pakcik nasrun kan? rayyan tanya bila tengok muka leman dan abang seniur.

"Aaah" gua balas sambil angguk setuju.

"Yang selalu datang rumah kita tue..alaa, ha pakcik asraf ngan pakcik farizz takde komen pun ayah?

"Diorang mana ada fesbuk!!" gua jawab malas-malas dan terus klik sign out.

Gua dukung tangan rayyan ajak pegi main PS2.

Wednesday, September 29, 2010

2018 - Demam Selesema

Jam pukul 9.00 pagi. Gua baru lepas hantar bini gua pergi kerja. Itulah rutin gua. Tak sanggup biar dia berdiri naik ERL dan berhimpit-himpit dengan orang lain. Biarlah gua bersusah payah sendikit demi insan tercinta yang gua gelar sebagai ibu. Teringat gua masa zaman bujang dulu-dulu masa naik Putra LRT. Kalau dapat duduk tue memang ajaib la. Tapi best dapat cuci mata. So, gua taknak la budak-budak bujang tengok bini gua lebih lebih. Gua cemburu. Cemburu kan tandanya sayang?

Gua ke ruang tamu dan On kan laptop. Gua klik IE dan taip bharian.com.my. Gua klik Ctrl + T untuk buka blog gua pulak. Gua klik Ctrl + T untuk buka emel gua. Inilah kerja gua. Ini yang gua ingin kecepi masa tahun 2010. Gua nak kerja dari rumah. Gua nak jagi blogger sepenuh masa. Gua nak jadi internet marketer sepenuh masa.

Sedang gua asyik check emel jemputan daripada rakan-rakan JV, tetibe Ammar Rayyan dah ade sebelah gua dan capai New Straits Time yang gua beli kat 7E tadi. Sebelum gua hantar ibu die pagi tadi, die cakap hari ni malas sikit nak pegi tadika. Gua kawtim sebab at least gua ade teman.

"Ha, dah bangun anak abah nie, fateen tido lagi?" gua menyapa anak sulung gua.

"Assalamualaikum abah! Adik tido lagi la" rayyan jawab tapi agak kurang semangat sket.

"Waalaikumsalam. Nape nie, tak larat je abah tengok" gua balas sambil simpan dalam dalam.

"Selesama la abah, nak 100 Plus boleh tak?" rayyan buat gaya manja-manja.

"OK, tapi balik kampung jangan cakap kat opah tau" gua ugut rayyan.

Rayyan angguk tanda setuju. Gua capai kunci moto dan gerak ke 7E.

p/s: dulu mak gua tak bagi minum 100 Plus sebab katanya boleh dapat kencing manis. Tapi 100 Plus la yang paling boleh jalan kalo gua selesema.

Tuesday, September 28, 2010

Rumusan Pot Luck Raya 2010

Pertama sekali jutaan terima kasih gua ucapkan kepada bini leman kerana sanggup menjadi moderator untuk event ini di laman fesbuk. At least segala urusan pre-program dapat diuruskan dengan lebih baik seperti urusan pilihan makanan, kedatangan para jemputan dan sebangainya. Antara kesannya gua akan senaraikan nanti. Nampak tak betapa hebatnya kuasa fesbuk buat orang-orang yang masih lagi tidak membuka akaun fesbuk.

Opps gua lupa, terima kasih juga buat tuan rumah kerana sudi membenarkan majlis ini diadakan di teratak anda. Baru gua tau rupanya ijoy dan lampu lip lap lip lap tak boleh dipisahkan. Kat kereta nak pasang, kat umah pun dia nak letak. Sori la mula-mula met ingat bini lu marah letak kat keta, lu cabut pasang kat umah pulak. Kah kah kah

Rumusan & Pemerhatian Gua.

1. Mama pilih makanan yang tepat kali ini. Die bawak spegetti. Dah takde kes-kes peras ugut kena makan sambal goreng macam buka puasa aritu.

2. Seperti yang gua duga, acara berfutsal tak jadi. Acara berPS2 pun tak jadi. Acara berbowling apetah lagi.

3. Gambar kenang kenangan, aksi tumpah tumpah gua rasa akan diupload tak lama lagi di ________ . Met & Riri nak tgk? Bukak _______ = fesbuk.

4. Lu orang tambah sendiri....

p/s: Buat AC sori gua tak dapat hadiri majlis open house lu. Gua dah ingat dah hantar wakil aritu cukup la. Rupa-rupanya dia pun tak datang. Nak tag-team main pukul pukul konon. Sudahla....PEACE!!!keh keh keh.

Friday, September 24, 2010

Budak Bilik Gua Part 2 - lu tumpang gua g p.a.c. kat kemaman

Nama diberi Fakhrul Anwar. Nama glamer sawit. Nama manja baby. Ptuihh...Seperti yang gua inform sebelum nie, gua merupakan bekas budak bilik dorg sebab penubuhan ahli-ahli bilik hanya melibatkan 3 orang. Leman, sawit dan riri. Gua hanya mencukupkan korum. Gampang!

Sekali pandang macam Buzen. Celah mana buzen gua taktahu. Tapi yang pasti mulut manis bai. Kalah tebu. Kalo tak takdelah gua panggil die abg menanam tebu di pinggiran bibir. Die nie pandai main gitar. Kalah leman. Lagu butterfingers selambe je die plucking pakai mulut. Tune memang tak penah lari wei. Dahsyat dahsyat.

Die juga merupakan antara yang paling alim antara kitaorang. Jadi imam maghrib selamba jer. Mana tak selamba. Pakai kopiah, pakai kain pelikat sampai atas pusat tapi tak pakai baju. Sah sah wei solat lu tue gua rasa sebab menutup aurat kan? Nak harap riri memang tak dapat la. Nak tepuk belakang jangan harap sekali sbb die bijak amik port hujung penjuru belah kiri. Peace riri.

Bersambung sbb gua nak tido...

Wednesday, September 22, 2010

Nasi

Gua sangat suka makan nasi. Tapi ade orang cakap boleh dapat kencing manis.

Betul ek? Malas nak google. Nak balik makan nasi.

p/s: dah macam fesbuk kan? Kesian bagi yang tak berani bukak akaun fesbuk. Kah kah kah

Tuesday, September 21, 2010

Real

UPDATE!

Tangan bengkak delete emel.

-----------

Tangan kebas delete emel.

p/s: apa barang post kt wall fesbuk!

Thursday, September 16, 2010

Perihal luorang

Kalo bab-bab kawen, korng punya komen bukan main meriah.

Thursday, September 9, 2010

2018 - Berbuka Puasa

Gua baru selesai solat asar berjemaah bersama keluarga tersayang. Bermakmumkan isteri tercinta (xxx) dan Muhammad Ammar Rayyan (6 thn). Adiknya Fateen Najiha (3thn setengah) pula syok tido di ruang tamu. Letih sangat kot. Gua senyum bila ingat balik Ammar iqamat tadi. Walaupun sangkut-sangkut, tapi die berani mahu mencuba. Tak macam gua dulu-dulu.

Kagum dan kaget jugak gua tadi bila die mula-mula minta nak azan. Terpaksa gua ckp, " iqamat je yer, Asar dah lama masuk sayang". Ibunya geleng-geleng kepala di saf belakang. Ammar angguk tanda setuju. Bagus anak abah nie. Tak sia sia selalu tengok Astro Oasis dari Astro Ceria.

Selesai je solat, kami semua bersiap mahu ke rumah Pakcik Leman dan Auntie Amoi. Ade reunion berbuka puasa. Alhamdulillah kali ni gua datang bersama keluarga. Gua teringat memori 2010. Gua masih single. Awek pun takde. Jenuh juga pekakkan telinga dengan sindiran-sindiran tetamu yang hadir.

Berbuka puasa kali ini lagi meriah dan mewah. Abg seniur 'payung' semua. Maklumlah dah jadi Pengurus Bank Rakyat cawangan Puchong. Kariernya hanya bermula dari seorang Exec pada tahun 2008 dan kini telah menggenggam title Manager. Cepat betol ko naik kata leman. Abg seniur senyum nipis masa kami semua berborak mengenai jawatan beliau sekarang.

bersambung....

Tuesday, September 7, 2010

Gigit stereng

Sebut je raya bagi warga kota, takde perkataan lain yang boleh amik tempat "balik kampung". Jalan Masjid India, Showroom semua jatuh nombor dua. Biarlah kerja kat KLCC ke, KL Sentral ke atau mana-mana tempat lain sekalipun yang melambangkan status elit warga metropolitan, tapi kalau raya tak balik kampung, lu orang fail. Sumpah! Baik kerja kat oversea je. Paling kurang boleh hantar ucapan kat berita harian. Nak glamer lagi join RTM punye sampaikan salam dari perantauan. Boleh main-main salji bagi orang kampung teruja. Padahal luorang menangis nak makan lemang rendang bagai. Keh keh keh

So, malam ni insyaAllah gua pun nak balik kampung. Luorang doakan keselamatan gua yer. Gua pun doakan luorang. Fair la kan? Tapi bila sebut pasal nak balik kampung nie, gua teringat kata-kata abg seniur tahun lepas dengan gaya sedih-sedih konon.

"Hensem, raya tahun depan mcm mana? takkan balik raya nak gigit stereng lagi? takkan nak bagi jiran tanya.."aik, raya pertama kat sini lagi ke?"

credit to google k.

Gua senyum sinis sambil dah bajet senario yang bakal berlaku tahun nie. Tahun depan, belum tentu ok? Gua sahut cabaran tahun depan seniur!!!

Monday, September 6, 2010

Tido

Raya dah nak dekat. Gua syak masing-masing dah tak sabar nak balik kampung. Keje kompom lepas raya la baru pikir nak buat. Kerja-kerja macam menghias ofis dengan kad-kad raya sambil pasang lagu dalam folder RAYA lebih diutamakan. Slogan 1 Malaysia Menjana Transformasi tinggal kat banner jelah kan?

Time gua tulis entri nie (save dalam notepad) jam dah pukul 1 pagi. Mata gua entah hapa obat die dapat gua taktau.Segar semacam. Jijo pura-pura nak tido awal, tapi gua tengok pusing kiri pusing kanan macam tak jalan jer. Nak gua ajar ke jijo? Takyahla.....Gua matikan imiginasi korang kat sini. Ikut suka luorang la nak teka apa pun. Kah kah kah...

Sentuh bab tido nie, gua penah dengar satu kisah menarik. Kesahihan cerita nie gua tak dapat beri kepastian. Luorang amik iktibar jelah ek. Dulu membe gua penah cerita yang die tersangatlah letih dalam 1 hari puasa nie. Nak jadi cerita, die amik keputusan untuk tido sekejap dalam pukul 5 petang. Tido sekejap yer. Saje cari pasal nak mewarisi kegilaan kan?

Akibat keletihan melampau tue, membe die kejut bukak puasa pun die main ye ye kan je. oi oi ingat buka puasa boleh main ye ye je ke? Paling kurang korek hidung bagi batal puasa. Tu mak gua punya ayat setempek kt adik gua yang liat bukan main time nak bukak pose. Sori mak anakmu pinjam trademark sikit. Balik nanti claim k?

Sambung balik pasal membe gua tadi. Gua dengar akibat syok sgt bukak puasa dalam mimpi, die lajak sampai ke sahur. Die sempat sahur ke tak gua dah tak pasti. Kalo tak sahur, peh puasa 2 hari kot gamaknya. 1 shot orang putih kata. Memang gagah perkasa kn?

p/s: gua syak die boleh join buat sequel Inception. Umpama mimpi dalam mimpi. kah kah kah..PEACE!

p/s/s: lari topik sket. Sinar tengah pasang lagu CAsey Jangan ada Benci time nie. Saje bagi gua syahdu. Tak prihatin langung. DEMN!!!!!

Thursday, September 2, 2010

Kad Raya Versi Moden


Luorang dah dapat ke? Kad raya usah dikenang dah bersepah atas meja...

p/s: leman...gua ade citer psl lu nak gua kongsi buat pembaca semua..minta halal ye citer klasik lu tue..kah3

Monday, August 30, 2010

Lagu Raya Luorang

Mula-mula tadi gua ingat nak bagi gempak sket nak pasang voting punya sistem. Tapi tahap malas nak explore dah datang, gua buat manual la senang. Kalo gua rajin gua pasang esok lusa. Pendek cite luorang bagi gua 1 lagu raya yang paling terbaek luorang rasa. Lagu yang mendapat undian terbanyak akan gua letak sebagai entri utama 2 hari sebelum raya dan akan bertahan untuk tempoh 1 minggu. Kah kah kah...

Petang nanti gua bagi luorang lagu yang paling riri suka untuk lu orang komen. Youtube takleh pasang time ofis hour ni.



p/s: sorila riri, gua terasa nak petik nama lu...

p/p/s: suka-suka jugak..jangan lupa banyakkan ibadat, fesbuk kurang-kurangkan, tido sikit-sikitkan, zakat jgn lupa bayar ok...

Thursday, August 26, 2010

Perlawanan Separuh Masa Kedua

Entri Ciplak Dari Emel Membe Gua

Assalamualaikum wbt para penonton, Tepat jam 7:24 malam nanti, bilal akan meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.

Untuk makluman saudara sekalian, Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Tamak meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda United.

Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi David Serakah, Carlos Tamak, Mario Berahi dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari). Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain.

Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros, Yaya TakIngatDosa dan James Maksiat yang menggunakan kaum Hawa sebagai alat menganggu konsentrasi pemain Taqwa United terutama di sudut padang sekitar pusat membeli-belah dan bazaar Ramadhan.

Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho Kolo TidoLajak dan dibantu oleh Jerome BosanBeribadah, JBB. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti tembok besar pasukan Nafsu City itu agar gol-gol kemenangan dapat dijelmakan.

Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.

Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.

Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.

Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini ?

Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat. Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini.

Wednesday, August 25, 2010

Post Mortem

Majlis reunion telah berakhir dengan jayanya. Berikut sedikit imbasan yang dapat gua observe aritu berpandukan mesin masa gua:

1: Met tetiba hantar msg dalam kul 5.00 gtau tak dapat dtg kerana wife beliau kurang sihat. Alasan yang baik dan dapat diterima akal. Kalo gua yang bagi alasan tu, silap-silap dapat maki.

2: Mengikut perancangan kaum-kaum adam, kami akan berkumpul di masjid 2 Qaf terlebih dahulu untuk sesi bertazkirah dan bermuhasabah. Bab nie gua tak dapat pantau sebab even masa met hantar msg, gua masih terlentang rumah. Sedap jugak rupanya tido petang-petang hari sabtu.

3: Pukul 6.15 baru gua n jijo kuar umah g cari bahan-bahan buat air. Kami bertekak kat kedai runcit cara-cara nak buat air bandung soda. Masing-masing nak menang sampai akak kedai runcit tolong relaikan. Gua mengalah sebab jijo nak sangat buat air. "Buatlah buatlah"

4: Gua dan jijo sampai rumah leman dalam pukul 6.45 dengan disambut paluan kompang oleh abg senior sorang-sorang. Yang lain buat apa gua taktau. Masuk dalam rumah rupanya masing-masing buat-buat sibuk. Jijo pulak dan dan tue kalut nak g bancuh air. Gua tengok makanan bukan main banyak tapi satu makanan nie gua tak nampak-nampak. Cis rupa-rupanya telur goreng yang gua story sebelum nie bukan dibawa dari umah. Baru nak goreng. Sep gas ngan minyak. Silap-silap telur tue dikebas dari peti ais tuan rumah kot. Bijak!


semangat menggoreng yg sukar digambarkan dgn kata-kata

5: Masuk waktu berbuka, kaum adam dipertanggungjawab baca doa. Anep kena paksa sebab die budak KISAS. Kah kah kah. Time nie tak ingat ape dah. Makan macam tiada esok bagimu makanan. Tapi zedil pura-pura sembahyang dulu. Nak lawan anep kot sebab die budak IJUD. Dan paling tak disangka telur goreng rupanya makanan paling laku aritu. Zedil terpaksa goreng untuk kali kedua. Lagi nampak mithali die goreng untuk bini dia sekali. Gua speechless. Tapi sayang, die kempunan jugak telur goreng sebab tangan tak bedung. Berterabur beb atas lantai. kah kah kah


jatuh tepat kat tengah-tengah

6: Masuk isyak, majoriti kaum adam berjemaah nak ke masjid 2 Qaf sebab petang tadi tak sempat nak dengar leman bagi tazkirah. Leman biasa bagi tazkirah kene pegang kayu sambil sekali-sekali asah kat bahagian hujung. Ijoy pulak tak pegi sebab budak-budak nie bahan selalu sangat asah kayu kalo nak bagi ceramah. Zedil dan dan pakai kopiah untuk yakinkan inaz. Halim macam biasa la. Guna kawan-kawan untuk lepas diri. Kah kah kah...

7. Dalam kul 10 kaum adam pulang dari teraweh. Masing-masing ada sinar pada wajah mereka. Majlis diteruskan dengan program pukul pukul bulu ayam. Klon klon Lin Dil, Lee Chong Tos, Park Joo Yong, Sun Jin, dan jaguh dari Pandan Indah iaitu Taufik Met tetibe muncul di saat akhir kejohanan beregu 4 sebelah. Pemain paling tak berdisplin malam tue ialah Lee Yong Joy sebab pakai jeans je main. Kompom peluh melekat celah-celah bedah.

8. Tepat jam 11 permainan terpaksa ditamatkan kerana pakcik-pakcik yang buat teraweh dua puloh dah sampai. Pemain paling matang dalam kejohanan iaitu Sun Jin mengarahkan supaya kami semua mengalah bagi menunjukkan kami semua pemain yang ada akal. Lee Chong Tos pula agak berang sebab jumping smashnya masih belum habis pakai.

9. Majlis moreh disambung semula di rumah leman. Met dijamu bak raja sebab petang tadi die tak datang. Kaum hawa pula leka menonton cerekarama. Pertembungan kuasa bola dan kuasa cerekarama berlangsung. Aksi aksi mengangkat kaki ke dekoder astro paling mengujakan. Cerekarama menang tipis.

10. Majlis hampir ke penghujungnya. Kaum hawa sibuk tapaukan makanan. Sambal goreng jadi lauk paling agung sebab semua dipaksa bawak balik. Harap takde yang letak kat tepi jalan masa balik tue. Zedil dan keluarga bermalam di teratak 5 bintang leman untuk semalaman. Harap tiada aksi-aksi tumpahkan air malam tue.

=======================
Perkara-perkara rare sepanjang majlis:

1: Gua start bagi tumpah air. Tapi nasib baik air masak je. Lepas tue tumpah-tumpah nie dah jadi mcm biasa.

2: Mama promote semua orang kena makan sambal goreng die.

3: Mama ajar anak tiong konsep akak cantik. Budak-budak boleh la ko kawtim.

4: Anak tiong macam suka-suka kt gua. Alasan diberi sebab gua bujang. Celaka.

5: Lokasi masjid 2 Qaf kene tanya leman.

6: Abang senior jadi imam gua solat maghrib. Tapi perbuatan baiknya dipersoalkan. Kesian!

7: Luorang tambah sendiri.

Friday, August 20, 2010

Reunion

Bulan puasa nie gua emosi dan syahdu syahdu sikit. Mana taknye. Dulu budak umah gua ramai. Skang tinggal berdua, kadang-kadang bertiga, jarang-jarang berempat. Time bukak puasa tue kadang-kadang mcm kenduri kawen. Kuih berbungkus-bungkus macam nak bagi bawak balik. Air pulak macam macam warna. Kalau bagi tumpah pun membe-membe tak amik kesah. Siap tolong ambik paper jelah.

Kalau weekdays tue pukul 7 semua tengok upin&ipin dulu. Lepas tu baru gerak g BaRam. Nie gua letak nama bekas bekas atau lebih sinonim dengan perkataan (EX) ahli umah gua dan makanan kegemaran mereka.

Met :kuih-kuih warna hijau, popia dan lauk fevret agung: ikan keli (senyum time mkn kalau dapat)

Riri :nasi, ayam goreng, sambal sikit & karipap kot

Zedil : taufu fa

Ijoy : murtabak, putu mayam

Pdot : air soya

Afdal : gua tak ingat, die tak suka sangat makan nasi

Zam : rokok lagi sedap

Tapi itu semua dulu...sekarang kalau bukak puasa sorang-sorang tue dah kira lumrah alam. Kalau dengar bunyi orang bukak grill pun tak boleh hepi sangat sebab boleh jadi jiran sebelah. So, kalau berdua atau bertiga tu dah boleh senyum senyum sampai telinga. Itulah permainan masa.

Tapi esok dengar-dengar ada majlis iftar besar-besaran. . Die punya sambutan dah lain macam meriah. Dalam FB dah rancak macam majlis sambut menantu. Yang bakal hadir pun bukan calang-calang orang. Laki orang, bini orang, tunangan orang semua ada. Jijo pun dengar kata nak kenalkan seseorang. Kah kah kah. Gua? bawak diri sendiri jelah oii.

Untuk pengetahuan luorang, majlis nie berkonsepkan 1 pasangan 1 makanan. Senang kata makanan jangan sama. Tapi dalam banyak-banyak makanan yang sedap-sedap dan gua dah setuju nak bawak air yang beli kat BaRam je, ade sorang tu nak bawak nie je...

!
!
!
!
!
v



Gua tak kesah. 1 bentuk makanan jugak. Yang penting esok makanan kat bawah nie kena ada k. Jumpa esok you all. Muah muah muah..


gua terpaksa kecikkan gambar sebab namanya pelik: desert koktel berbuah

Wednesday, August 18, 2010

Senaman Kucing

Pertamanya gua nak ucap terima kasih la kat luorang yang concern nape lama gua tak menulis. Busy beb projek orang orang dewasa. Gua bukan multitasking sgt. Ram 128 jer.

Ok, buat luorang yang ade fesbuk, mungkin luorang ade nampak status gua kat fesbuk kelmarin pasal senaman kucing nie tapi taknak komen atau like sebab kusyuk add makwe-makwe seksi kan. Biasalah tue, membe gua pun penah add makwe kt fesbuk "ca_ _r p _ _ _h". Tapi bila die dah approve, die ajak chat taknak reply pulak. Zionis dowh.

Senaman nie budak umah gua (jijo) bawak dari ofis. Gua dah pelik die nie keje tourism ke keje umah urut. Dah mcm instructor die cabar gua buat senaman nie. Gua nak tunjuk bukti tapi tak sempat record video. Gua bukan jenis rakam rakam ni. So pakcik gugel la jadi mangsa gua. Kelebihan senaman nie luorang rajin-rajin la surfing yer. Kah kah kah


Nie step kedua. Step pertama kaki dan tangan letak kt lantai dgn posisi 90 darjah.

Nie step ketiga

Step seterusnya lebih kepada gelak-gelak ketawa atas lantai. Boleh tahan senaman nie punya penangan. Terus gua pegi beli nasi kat bawah sebab masa tue dah pukul 7.20 petang.

p/s: Motif entri nie bukakla fesbuk wahai riri dan anon yang suka makan kuih hijau.

Tuesday, August 17, 2010

Puasa Dan Sesuatu

Dah lama rasanya gua tak menulis. Dah tak in dengan tajuk blog nie. Bukan ape, lately nie gua sibuk dengan projek orang-orang dewasa. Walhal, modal nk menulis mmg banyak. Tambah-tambah dah bulan puasa nie. Citer-citer jenayah bulan puasa memang banyak. Kalau citer bikin huru hara dunia beb. Kes ponteng@terbukak puasa masa kt sekolah sebab kene 'pekok', kes boleh beli kuih tgh hari buta sampai akak cafe boleh terjual, kes tetibe boleh kemas bilik dengan tenaga super dahsyat tapi terkantoi, kes tak tahan tgk kwn mkn megi lalu die try sesudu tapi habiskan puasa sampai ke petang..

Cukup-cukuplah tue....Untuk luorang, gua ucap selamat berpuasa. Nie je yg gua mampu beri.

Wednesday, August 4, 2010

Gua dan sesuatu


Mentang-mentang gua tak masuk ofis 4 hari. Dari pagi sampai la sekarang ni kul 12.30, telefon putih ni punye menyalak memang tak agak-agak. Gua punya level S.A.B.A.R pun ntah kemana. Lepas lunch ni jgn sampai gua layan mcm .................

p/s: siap ade appointment ngan mak datin esok. harap lawa lagi la. bye....

p/s/s: miza mana? miza mana? gua tau point nie gak luorang kecoh kn anon-anon?

Monday, August 2, 2010

Isnin




Buat luorang, mulakanlah hidup korang dengan ceria. Jadikanlah hari ini sebagai hari yang produktif. Buat jadual kerja supaya perancangan hidup dan kerjaya luorang bertambah baik dari sebelumnya kerana apa................

















GUA CUTI ESOK!

p/s: jgn menci-menci k...

Wednesday, July 28, 2010

Anon anon

Gua tengok skang anon-anon makin berleluasa kat blog gua.....

Luorang punye komen pun boleh tahan buat naik darah....

Satu je komen gua buat lu orang.............

MENCI MENCI MENCI.....WEEEEKKKKKKKKK...:P

Monday, July 26, 2010

40/44 Hari?

Tak silap gua kalo sesuatu perkara tue kita buat secara consistent selama 40/44 hari, nescaya perkara tersebut akan menjadi kebiasaan.

Mulai hari nie gua azam nak berubah la, nk solat awal waktu, eh eh silap nak solat penuh waktu, nak tinggalkan benda-benda lagha...nak berubah jadi insan yang lebih baik agar kehidupan gua akan terus diberkati dan dan dipermudahkan segala urusan....

Lu orang doa yer....

p/s: Kalo consistent 'ayat' makwe makwe, ade harapan jadi bini tak?keh keh keh

Monday, July 19, 2010

Berjimba dan kaitannya

Sambungan daripada kisah kawan gua.

Abg seniur: Lu mcm mana skang?Gua concern pasal lu nie.

Gua: Mcm mana nak jawab ek? Ha macam nie la...

gua: ni hati gua!


gua: ni hati lu!



Gua: Ngerti? Jelas? Enough..Weeekk...

Tuesday, July 13, 2010

Budak bilik Gua Part 1- Rumpelstilzskin

Nama diberi Sulaiman. Nama otai leman. Nama gedik abg lail. Bekas budak bilik gua. Eh silap, gua budak bilik diorang. Tu pun sebab diorang (Pari &Sawit) pujuk sebab tak cukup korum. Gua terima sebab rasional. Takkan nak suruh membe gua (najib) yang alim duduk sebilik ngan dorg. Jahanam budak tue. Alih-alih gua turut jahanam. Gua tak kesah sebab persahabatan mendewasakan. Tak gitu? Nampak ganas dari raut wajah. Mana tak ganas, bawak moto takde silencer. Die punya pekik semua orang boleh cam. Dalam ganas rupanya hati boleh tahan kuntum. Sebab baru gua tau die minat lagu-lagu siti especially Ku Milikmu. Peace.

Beliau mempunyai banyak kepakaran. Gunting rambut, tune gitar dan pandai belajar. Subjek accounting paling susah (FA3) pun die selamba pass. Membe-membe gua yang lain paling kurang 3 kali baru lepas. Tu pun tulis kat extra paper. "Madam, tolong saya yer. Ni kali ketiga saya amik FA3." Tapi ade sekali die buat hal. Ade 1 paper tue die tak buat assignment. Siap berani jumpa lecturer sambil berkata "Berani buat, berani tanggung. Ambik obat. Dapat E. Kah kah kah.

Lagi satu, bekas budak bilik gua ni memang legend. Bagi je games ape. Semua die champion. Ni games yang gua rasa dia paling champion. Gua rasa die kalah berapa kali je kot. Gua taktau ape button die tekan. Celaka.

nota: game nie memang berhantu


Skang die dah kahwin. Anak pun sorang. Gua harap lu bahagia, gembira dan berjaya. Nak citer sume kisah mau pecah kepala otak gua man. Ni lebih kurang gua tribute kat budak bilik la. Nanti gua bukak citer pari ngan sawit plak. Banyak beb.

p/s:  rumpelstilzskin tue nickname chatting MIRC beliau dolu dolu, gua nak letak gambar beliau tak bagi..kawtim la sket brader..

Friday, July 9, 2010

Value Chain


ade orang bertaruh ngan gua lagu ni mawi feat ngan sape?gua teka betul..die konfiden ingat rabbani


gua mintak gatorade sebotol


esok kalo gua skor cantik, gua nak buat gaya nie...

p/s: kpd yg terlibat, anda dilarang memberi sebarang komen. makruh.

Monday, July 5, 2010

WGL 222 - Barang Legend

Dulu budak bilik gua ade 1 projek mega mega. Masa tue gua tengok servis kete sewa mmg tgh rancak die punya naik. Sini sana iklan kete sewa kat kolej. Kat dalam jamban pun ade yang letak poster. Buat sewa kancil tapi gambar skyline pun ade. Hype tak hengat. Jadi kitaorang pun nak buat jugak. Tapi haram tak menjadi. Barai di awal jalan sebab takut kitaorang yang jadi pelanggan tetap kot. Tapi gua syak projek tu tak jadi sebab barang nie la. 

notakaki:die punya plat pun dah mcm boleh beli bot. Tahniah Dr. M. Gua tak penah lupa.
Fakta barang:
1. A penah bawak 2 3 makwe sebelum die dapat bini die sekarang. Tak silap gua ungkapan will you marry me dan i do pun berlaku dalam barang nie. A patut berterima kasih kepada tuan punya barang.

2. B penah pinjam barang nie start kul 8 pagi sampai 12 mlm. Esoknya die pinjam lagi. Akibat kejadian nie, B dan C berebut title abang gagah perkasa.

3. Barang nie penah sampai 1 negeri pagi pagi buta sebab nak setel hal muda mudi. Siap declare membe die baru keluar penjara ke pusat serenti.

4. Digunakan untuk pegi kelas pagi beramai-ramai sebab sejuk kalo naik moto. Tapi belum sempat turun, ade yang ajak g breakfast nasi lemak kat sek teknik. Tak pasal membe kene tolong signkan attendance. Kalo petang petang, g lepak minum kat kedai akak roti jala. Ni gua tak sanggup nk elaborate. Serius tak sanggup. Pehh...

5. Barang nie kalo singgah kat kolej makwe makwe jangan ingat tuan punya barang yang kat dalam tue. Kene tengok sape kat dalam dulu. Tak tau la pencegah maksiat penah tahan ke tak barang nie. Pak guard dah selalu.

6. Barang nie hampir hampir nak masuk tournament drift. Tapi last minit kensel sebab ade budak datang rayu nak bawak awek makan je pun.

Paling senang citer, barang nie lah penyelamat keadaan dan penemu jodoh membe membe gua. Silap gua tak pinjam dulu. Ahaks...

p/s: sape yg ade tambahan cerita, sila tambah yer..gua tau ramai yang ade kan..tak gitu?

p/s/s: gua rasa lagi ramai yang nak defend kes..

Saturday, July 3, 2010

3 Julai 2010

First, gua nak minta maaf kat budak ofis gua Dzul sbb tak dapat datang kenduri kawen lu. Hadiah menang bola dulu tue harap dapat menjadi hadiah kawen lu. Banyak sangat jemputan yang gua dapat. Nie baru satu. Kat DIJA pun gua nak minta maaf. Kad kawen lu gua dapat dengan jayanya. Nasib posmen pandai cari teratak gua. Cuma kad kawen gua je yang lu belum dapat kan?Bukti kat bawah.

nota:teh oh ais tue sebagai penyejuk hati tgk kad2 kawen

Kedua, gua nak minta maaf kat Ijad (bakal penganti Alex Ferguson) sbb ade kad kawen lu yang gua tak sempat nak pass. Bukan niat gua nak sabotaj kenduri kawen lu. Tanggungjawab pada negara dan diri sendiri kadang kadang menghimpit masa gua nak jalankan amanah tue. Dan paling gua nak minta maaf sebab gua tak dapat cari panglima panglima dulang untuk majlis perarakan tue. Gua dah buat sehabis baik. Kalah pengakap. Tapi....Cuma gua harap kalo malam nie lu 'dapat', jgn lupa baca bismillah yer dan bagi salam yer. Kalo tak dapat, esoknye janganlah muram pulak. Tak lari gunung dikejar....Esok kita jumpa k.

Nie part paling gua nanti nantikan. Sekalung tahniah buat abg seniur dan pasangannya. Sekarang gua tengok makin ceria lain macam. Masuk je julai die punya riang dah macam girang. Gua masih ingat term 'ASAP' yang lu tekankan dulu. Memang pantas lu buat kerja. Kerja ofis pun gua tak rasa lu boleh siap dengan kadar macam tue. Cuma gua harap lepas nie janganlah lupakan gua dan yang lain. Sekarang nie pun dah susah nak jumpa lu. Konsep ‘lek lu’ yang dicipta oleh halim memang mujarab untuk budak sek die je kot.


Akhirkata, bila mentari nak muncul kt Selama nie?

Thursday, July 1, 2010

Dinner



nota: nie bukan megi kosong.ade telur.credit to gijo

Inilah dinner paling simple tapi bermanfaat. Sambil dinner, baca paper omputih. Alamak..gua ade kawan yang anti megi. PEACE!



Wednesday, June 30, 2010

Tulah Kerabat

Pagi ni budak2 rumah sewa gua semua bangun awal. Solat subuh berjemaah. Diimamkan oleh gijo, dibilalkan oleh wan (membe ofis gijo). Gua rasa tenang sangat. Selesai semua tue, kami breakfast bersama. Leman masak nasi lemak ngan sambal udang. Gua tolong bancuh air jer. Diorang cakap sedap air gua buat. Terima kasih.

Selesai semua tue, kami semua bergilir-gilir ke bilik air. Gua berebut-rebut dengan leman dan gijo sape nak mandi dulu. Gua dapat sebab gua sempat siku leman sampai terbaring lalu gijo pun jatuh tertiarap sekali. Wan pulak tenang je. Dia tengah sibuk lipat toto ngan baju tido cantik cantik. Tambah die lagi suka mandi kat jamban. Dia kata air laju. Memang nampak dia gembira sebab kadang kadang lagu BenCinta sayup sayup kendengaran. Tapi kebanyakan lirik tak dengar bunyi sebab air masuk mulut lagi banyak dari lirik lirik lagu tu. Masa gua tengah sibuk setting rambut ala-ala bekem, gua cuba nak beramah mesra dengan wan. Leman pulak tengah nyanyi lagu Ku Milikmu sambil iron baju.

"wan, morning...gua ingat nak masuk citer pasal lu dlm blog gua la..."gua cuba pancing.

'............(senyap dulu), lu jangan tos, gua ada darah kerabat" wan bernada tegas.

------
Gua dah siap. Gua teriak 'gerak dulu'. Selang sesaat...

"demn..nampak kunci rumah aku tak? gua tanya sopan tapi nada jeritan.

"ha, kn gua dah cakap...lu tak caya..pagi-pagi lagi dah nak manja-manja ngan kitaorang" wan gelak-gelak sinis.
------
Lepas jumpa kunci yang ada dalam poket seluar sendiri gua gegas ke lif. Lif bukak gua terus masuk dengan nada kecewa. Tak penah jumpa lagi makwe-makwe cun dalam lif. Pernah sekali je, tu pun macam mak budak je sebab die bawak anak.

Masa lif cecah tingkat 3 gua jerit lagi dalam hati. Demn!!Sampai G, terus gua tekan butang no. 6 cepat-cepat taknak orang lain masuk. Abg foreigner lambai-lambai dari jauh sambil jerit-jerit "brother-brother please wait'. Tapi gua sorg je ada dalam lif lepas tue. Sampai tingkat 6, gua lari ke rumah:

"demn, wan tolong ambik hpone aku kt atas meja tue..."

Wan dan leman gelak guling-guling sampai kedut balik baju yang baru die gosok tadi. Celaka. Boleh pakai lagi ek tulah kerabat tahun 2010 nie?

p/s: kalo boleh, gua ingat nak mintak wan tolong doa supaya gua jumpa jodoh. Nak yang mcm kt bawah nie je wan.

nota: yang depan sekali




notapenting. perenggan 1 dan 2 tue banyak yang tak lojik. lu orang jangan percaya sangat.

Monday, June 28, 2010

Oh Malaysia

Kalo anda hensem bak Fahrin Ahmad, macho bak Rosyam Nor, rock bak Mus May, lucu bak abg Jem, pejantan tangguh bak Sein Adamaya, gorjes bak Bekem, sweet bak Adam Lembert, hyperaktif bak Arel peterpon, tapi anda...

Kalo anda cantik bak Rozita Che Wan, comel bak Rossa, manis bak Luna Maya, ayu bak Rafidah Pentene, persona bak makwe-makwe cun, terbaekk bak.......tapi anda...
---
..suka maintain lane kanan kalo bawak kete tp bawak xde laju mana, suka stay belah kanan tanpa rasa bersalah masa naik/turun eskelator...rasa2 berbaloi tak?

p/s: Anda mampu mengubahnya. Sekian. Abg seniur kata gua serius skang. Nak buat mcm mana. Keh3

Thursday, June 24, 2010

Pahala Tak Datang Begolek

Apa kata kita tukar mode kejap?Asyik nak bergelak ketawa jer. Gua rasa terpanggil nak mendidik masyarakat pulak. Gua punya prinsip didikan perlu datang dari pelbagai hala. Berdakwah bukan setakat dari orang yang pakai kopiah jer tapi kantoi 3gp. Kalo budak-budak yang tegur pun kene terima. Jangan ego sangat. Tapi kalo adik gua msg, 'abang janganlah memilih sangat..'Gua angguk je. Diam bukan tanda setuju bukan menidakkan. Adik adik..keh3

Gua sebenarnya bertekad nak start puasa sunat isnin khamis. Jom lu orang. Asyik melantak NASI pun tak elok kan. Tapi die punya ranjau mak aii. So bawak-bawak bersabar kalo diuji tue. Kalo asyik nak senang je, takde la syurga dan neraka kan?;)

Situasi 1.
Gua naik tren dengan niat yang baik. Mata dan leher gua jaga rapi. Mana tak rapi, gua bawak buku SEMBANG KENCANG. So far dari stesen Taman Melati -Setiangwangsa ok lagi. Terjaga. Cecah je Jelatek, gua dah perasan something. Sebelah gua ade seorang perempuan. Gua tak tengok sangat cun ke tak. Biasa memang gua tak lepas. Mesti usha atas bawah. Yang buat gua pelik apehal die macam pancing-pancing gua. Buat-buat terkena tangan la. Main main rambut la. rambut dia la bukan rambut gua. Aii nie dah lebih. So, gua pun tengok la die. Owh ok. Gua cakap 1 je. Gua bukan mudah digoda.

Situasi 2.
Gua dapat emel gambar perempuan seksi dari emel ofis.

Situasi 3.
Abang kaunter maybank main soal jawab bila gua minta no akaun kete. Takkan gua bagi lesen pun tak cukup. I.C gua tertinggal kat umah je pun. Lesen tak melambangkan I.C ek?

Situasi 4.
-------

p/s: Sebagai hamba, kita selayaknya diujikan. Pesanan ini khas untuk gua sendiri dan kalian semua. renung-renungkan dan selamat beramal...

Gua, Nasi, Tido dan ....

Kisah Nasi.

A: ptos, ko tak rasa ke nasi nie mentah sikit?
P: takpun...ok je aku rasa.
---
P: eh, nasi nie mentah sikit ek?
B: em, aah..tapi takde la teruk sangat..
---
P: eh, nasi tadi mentah ek?
C: aah, aku habis setengah jer..
---
p/s: gua tibai dua bungkus sebab tak rasa pun mentah


Kisah Tido.

A: wei..ptos asal rata dowh..pastu 3 second je dah boleh tido..
P: *&)$#^# laa...(kondisi baru balik keje...gua tengah baring)
A: ha tak caya tengok...1, 2 ,3..
A, B, C: hahahah..

p/s: gua baru nak tido pun dengar die tengah kira...ahh tido jer...

Tuesday, June 22, 2010

Anelka Berang, Perancis Kempunan

A: Oit ko tau x nape Anelka gaduh dengan Domenech aritu?

B: Apsal?

A: Anelka minta kt Domench nak sembahyang maghrib, yelah game start kul 7.30 kn, tapi Domenech tak bagi...

B: Ooooo...

p/s: Berfikirlah secara kritis...

Monday, June 21, 2010

Gua

Gua rasa demam gua dah beransur pulih. Kepala gua pun bukan main ringan skang nie. Kalo diibaratkan sekilogram kepala gua dengan sekilogram kapas, lu orang rasa mana ringan lagi? Ha jawab jawab..Lubang hidung pun nampak macam dah boleh kuar angin. Tapi sebelah jelah. Sebelah lagi ngade-ngade suruh gua manja. Tak padan kecik...

Akibat perubahan kesihatan yang DIA anugerahkan nie, nie la hasilnya DEMAM

p/s: gua saja nak suruh die selalu update, nak rapatkan silaturahim budak umah..

p/s/s: gua rasa hala tuju blog nie dah lain macam. takpelah gua main belasah jer..tak perasan sudah.

Sunday, June 20, 2010

Demam dan kaitannya

Arini gua demam. Tapi gua rasa lebih kepada selesema kot. Tak pasal nafas ikut mulut. Nak tulis banyak-banyak takde idea. Tapi gua dapat buat satu kesimpulan.

p/s: Kalo ada bini, mesti dia boleh jaga..ahakss..

Friday, June 18, 2010

Hair

1. "Ape nie tos, tak korea la rambut ni.."

2. "Abg, x hensem la potong rambut camnie.."

3. "Aku rasa ade something wrong la kt ptos nie...
    "Rambut die kn?"
    "Aaah..nampak jahat sket"


4. "Fifi, pelik la aku tgk rambut ko nie..mcm orang tua"

5. "Eh rambut u mcm mat rempit..."

6. "Weh, die ckp ko mcm wolverine..."

7 - infinity....dll


p/s: sesungguhnya abang kedai gunting RAPI kt gombak la puncanya....

Thursday, June 17, 2010

Fesbuk Dan Kaitannya

Nie time gua struggle pilih karpet. Credit to miza. (die suruh cakap)

Fesbuk dah tak boleh guna kt ofis gua. Ohh sedih. Macam mana gua nak cari jodoh nie. Gua baru je nk mula proses add makwe makwe cun. Harapan tinggal harapan la. So gua cadang nak hantar gambar kt majalah URTV, Mangga n Maskulin. Gua nak posing kt swimming pool dengan gaya kepala ngan tangan je nampak kt tebing tue. Dekat biodata gua cakap makanan kegemaran nasi & hobi suka main bola.

Untung-untung Adabi dan Adidas nampak gua. Boleh gua berlakon iklan. Secara tak langsung kelab-kelab bola buka mata. Kalo Perak Jenderata pun gua ok. Gua nak mula dari bawah. Pastu boleh wakil Malaysia. Time tue shebby mesti menyesal sebab letak syarat bukan-bukan masa buat Myteam dulu. Lari laju tapi takleh control bola sama macam ade henset mahal tapi pakai prepaid tau tak.

Bila gua dah berjaya ngan team Malaysia, sah-sah kelab EPL hantar juru tinjau @ scout. Gua harap Arsene Wenger nampat bakat gua. Kalo die berhijrah ke kelab lain, gua harap die bawak gua sekali. Tapi time tue umur gua berape ek?Nie nak kejar bola ke kejar jodoh? Gampang!!

p/s: time gua karang enteri nie, boleh pulak sinar fm bukak lagu kawin. Selamat pengantin baru, semoga kekal abadi..

Tuesday, June 15, 2010

Lagi lagi anak mak

Majlis adik gua akhirnya setel. Gua punya kalut mmg mcm ada pilihanraya kecil. Dari keje runner sampai keje ahli majlis gua amik part. Siap kena duduk sebelah bapak gua lagi. Ingat boleh main sms je. Nasib gua tak nangis dalam bilik. Abang kental kan...

Bila malam gua ingat boleh layan bola. Rupanya bapak gua selit die punya concern. Fuhh susah jugak jadi anak sulung nie yer...

p/s: Gua rasa dorg dah jelas dengan penjelasan gua...kalo sampai jodoh, gua mesti bg luorg kad k...boleh la gua serah tugas ajk panglima dulang ngan 'blackgoat'...

Thursday, June 10, 2010

Anak Mak Lagi

Situasi 1

"mak, warna merah ada..tp saiz xde..saiz yg tue ade 1 colour je..cream! firdaus suka je colour tue" ujar anak tanpa fikir panjang.

"kalo hang suka, amik la..boleh la kahwin hujung thn nie..." suara mak bernada gembira...

anak kaget dihujung talian....nasib bateri kong, fuhh!!


Situasi 2

"firdaus, xnk beli kain kt mak?

"mak xnk kain, mak nak menantu..." ujar gua yakin.


Situasi 3

"pandai hang pilih kerongsang, cantik2..tp syg xde awek!!


p/s: makcik-makcik jgn cr pasal yer...

Wednesday, June 9, 2010

Anak Mak

Anak Bapak
"Waa sakit...shit shit" ngadu anak pada bapaknya.

"Orang kalo sakit ingat tuhan, nie x..shit shit.." tegas bapa.


Anak Mak

"Nant hang tolong mak beli karpet yer...nak letak kt ruang tamu"

"baik mak...nant firdaus cari.." peh nie belum majlis sendiri lagi...getus gua dalam hati..

p/s: citer anak bapak tue citer kwn gua...

Tuesday, June 8, 2010

Panglima



Sape free utk jadi PANGLIMA DULANG untuk majlis nikah Ijad, bg nama kt gua. Bukan senang wei nak jadi Panglima. Orang dulu sampai berebut. Details majlis seperti berikut:

Tarikh : 2 Julai 2010 (Jumaat), Lepas Isyak- boleh jamak kot kita kalo yakin?
Lokasi : Kg. Tanah Lalang Darat, Bagan Datoh, Perak
Pakaian: Baju Melayu Sepasang (warna bebas) & Songkok Klasik

p/s: Jgn pakai songkok nie (xde idea, mcm gampang)



Friday, June 4, 2010

Bahana Fesbuk

"abg, apsal x approve aniyah lagi kt fesbuk..."

"xde2...budak2 bawah 18 mana boleh ade fesbuk..."

p/s: gua dengar die buat keje sekolah pun main kol je kalo xtau jawapan...hebat budak2 zaman sekarang..

Wednesday, May 19, 2010

Tren oh tren

Kalo sayang anak, tangan tangan kan...

Kalo syg bini, manja manja kan...

Kalo sayang pokok, baja baja kan...

Kalo sayang tren, .....................kan

p/s: minyak abes ke woi?

Wednesday, May 12, 2010

Sambungan Ulu Tiram & ABg Gerek Mmg Antonim..

Perjalanan diteruskan jugak walaupun citer abg gerek tertipu masih terngiang-ngiang.  Dan yang pasti gua agak kental sket aritu. Biasa kalo kene aircond mmg sah-sah 3 second. Tido. Mungkin dasar tanggungjawab bawak anak orang kot. Biasalah tue.

Agak-agak nak sampai, jijo kol lagi. Nie betul punya. Arahan yang abg gerek bagi nampak mcm jijo boleh faham dan lekat dalam otak. Bermula ngan bayar tol 2 kali, sampai jumpa hujung highway, ikut signboard TheZon, jumpa kem Majidee, semua jijo pass. Pas lalu kem tue, jijo dah buat hal. Die start kompius. Kesalahan pertama gua maafkan sbb boleh u-turn balik. Tambah u-turn tue dekat je. Kesalahan kedua yang nie gua taktau nak cakap ape.

"ri ckp nant kita akan nampak flat belah kiri, nama die M M" ujar jijo nampak yakin tak yakin.

"ha, belah kiri ni ada flat, Perumahan Iskandar" gua soal bernada lebih yakin.

"ri ckp nama flat tue M M, tos..benti jap aku nak tepon ri"

...............

"tos, u-turn balik..betullah flat tue" bisik jijo sbb taknak pdot tau.

Lu punya confident jijo boleh tahan jugak. Tapi takpe, gua anggap bende tue remeh. Bukan besar sgt. Setakat jadi bahan menulis ok la. Masuk dalam flat tue jijo yakin balik. Tebus dosa kot. Nasib betul.

Dari atas flat, abg gerek dah melambai-lambai. Macam orang balik dari umrah die punya lambai. Naik atas umah, salam ape patut, kitaorg borak dulu. Jijo dah start main guling-guling. Terbongkang akhirnya.

Dalam kul 5, kitaorg decide nk g minum petang. Abg gerek punya cite mcm banyak bende menarik kt sini. Gua punya terbayang mcm nk pi Danga Bay. Gua bajet dapat snap shot tangan mcm titanic pun dh kira cun. Boleh letak kt wall fesbuk. Awek-awek mesti ckp nape tak ajak sekali. Fuhhh...dahsyat dahsyat.

Tapi rukun islam kene jaga. Jamak takhir dengan jamak takyah memang dua konsep yang berbeza. Kiblat jgn main sebat je. Bukan naik kapal terbang.

"ri, kiblat mana?

"ko straight je, ikut sejadah tue"

"ko biar btol?ko yakin ke?ko dah tanya org sebelah? guna kompas tak?

"ala...ko tgk je batang astro tue hala ke mana, tue r kiblat"

p/s: 1st time gua dengar fatwa nie...tp ade kebenaran gak r sbb gua tgk semua batang astro 1 hala jer...

p/s/s : bende ni hanya sekadar kebetulan...luorg jangan guna sgt fatwa ni, tgk la matahari terbenam belah mane..tu baru ajaran islam kan??

Monday, May 10, 2010

Sambungan Ulu Tiram & ABg Gerek Mmg Antonim..

Pas tibai ayam goreng sambil merenung highway kot kot abg seniur boleh potong kitaorg, perjalanan terpaksa juga diteruskan. Nilai masa yang dinisbahkan dengan seketul ayam goreng yang terpaksa gua tapau mungkin penyebab abg seniur & the geng gagal memintas kami. Kami redha.

Masuk je pagoh, jijo punya excited lain macam. Terus kol abg gerek.

"Ri, kami dah masuk Johor, kami nak pi Danga Bay, dalam kul 3 sampai la kot"

Abg gerek pun explain la kt jijo. Gua fokus tgk jalan. Takleh selesa sgt. Nanti bersagat lagi kete gua. Yang gua dengar, 'tol hujung sekali, bayar tol 2 kali, sampai hujung highway, the zon, majidee'. Jijo dan gua senyum riang dengan penjelasan abg gerek. Jijo lebih sikit kot sbb die yang tepon. Pdot gua tgk serius je. Tido.

Selang setengah jam abg gerek tepon. Ape hal pulak nie. Gua bagi arahan kt jijo angkat tepon gua. Kalo insan-insan terpilih yang tepon mau gua suruh jijo take over driving. Keh keh keh.

"korang kat ne?" abg gerek wat suara cemas.

"kat Yong Peng kot, awat???" getus jijo.

"celaka, gaya tepon tadi dah macam nk sampai" abg gerek melempiaskan rungutan.

"kan tadi aku ckp kami baru masuk Johor, bukan Johor Bahru"

Gua punya gelak rasa nak willy tayar depan je. Lagi best bila gua tau hal sebenar. Cite nie gua forward sket. Rupanya masa jijo tepon abg gerek td, die on da way nk pegi saloon. Nak kaver rambut kaler perang die tu. Abg gerek bajet sempat la ane tu setel mana patut. Tapi ane tue siap boleh lek lek je sambil layan citer hindustan. Abg gerek memang dah hangin satu badan. Nant kalo jijo tepon masa ane tue tengah pegang mesin, mcm mana nak angkat fon. Tak ke naya kawan-kawan. Alih-alih die yang kene. Sape yang salah skang? Jijo dan abg gerek sila bermaafan.

p/s: dulu met penah kene tinggal ngan ane masa gunting rambut sebab kedai pasar malam depan kedai gunting rambut tue terbakar. Lagi best sorang customer tue rambut die baru potong sebelah. Ane-ane tue memang pentingkan diri sendiri.

Tuesday, May 4, 2010

Ulu Tiram & Abg Gerek Mmg Antonim...

Sabtu 1 Mei 2010 sepatutnya hari perkerja. Hari bersenang lenang di rumah dengan anak bini. Tapi, gua, jijo dan lain-lain akan bermusafir ke johor. Tapi gua tak pasti gua dan yang lain dh niat ke tak sebelum gerak tue. Insaflah kawan-kawan. Kalo ye pun nk sembahyang jamak, agak-agak la.


Mengikut tentatif abg seniur kul 9 pagi. Nak tahu sape abg seniur, boleh klik sini. Gua punyalah bangun awal pagi. Nak kene kejut jijo lagi. Nak amik pdot lagi. Yelah janji mesti ditepati kn, x gitu abg seniur?keh keh keh...Alih-alih gua, jijo dan pdot gerak dulu. Janji nak jumpa kt r&r nilai. Tapi kitaorg entend kt r&r seremban sebab bagi can kt abg seniur bergurau senda kt serdang lama sikit. Rupa-rupanya die amik serius...amboi amboi amboi...


Perhentian di r&r seremban lebih bersifat sementara. Kitaorg hanya mampu maki-memaki masa nak tunggu turn isi minyak. Pesanan suruh lek lu abg seniur kitaorg pandang enteng. Mana taknya, abg seniur masih syok bergurau senda. Amboi amboi amboi...


Perjalanan diteruskan. Kete-kete yang slow duduk lane kanan mmg sah-sah kene jelingan tajam la. Agak berkesan jugak tektik serangan serampang 6 mata nie. Dalam perjalanan tue gua dpt msg dr abg seniur yg dorg dh gerak. Mungkin dah puas bergurau senda agaknya. Kali nie takde amboi amboi amboi ye...


Lbg krg kul 12 ktaorg smpi ayer keroh. Benti makan sambil cuci mata. Dengar kata orang melaka pun cun-cun gak. Orang melaka orang melaka..kah kah kah....Gua decide mkn KFC lps cadangan nk mkn nasi terbantut sebab lauk kedai mkn tu mcm tinggal 2 ketul je. Macam meniaga tepi jalan die punya laku. Rezeki ko lah tokei KFC. Sedang gua asyik beratur, gua dpt call abg seniur.

"kt mana dh?"

"dkt ayer keroh, nk mkn ayam goreng, lu katne?? "

"gua kt nilai, jalan jem sikit"

"bawak-bawak istighfar ye, panjang lagi perjalanan"

Dalam hati gua, keputusan kitaorg mmg brilliant mcm Pak Alex Ferguson jual adik Ronaldo.

bersambung....

p/s: abg seniur mmg on time. Gua exegerrate jer...

p/s/s: entri nie mcm nk membawak 3/4 siri jer....

Friday, April 30, 2010

Halas Pakac 1.2

Di suatu petang yg indah...


kring...kring... (bunyi talipon)


j: hello... ko ade software utk FAQ x?


f: software??? nak buat ape software?? (blur)


j: nak buat contoh utk update FAQ baru


f: tapi x payah pakai software ape2...pakai word 2007 je


j: eh...silap...soft copy la...hahahahha


f: menggeleng2kan kepale sambil memaafkan j kerana die nak kawen sabtu ni...mungkin kerana terlalu neves gamaknye...

p/s:mmg gua copy paste...malas nk pikir...nk claim royalti, pm gua k..dh letak dalam active5 kn?

Tuesday, April 27, 2010

Halas Pakac 1.1

J : die maen bolasepak position aper?

F : die maen middle....middle...

P : ???

----

J : die maen bolasepak position aper?

F : die maen middle....middle...

As : owh...center la yer...(tatkala berjalan riang lpas kuar lif tingkat 3...)

J & F : hahahahaha...ada yg still salah lagi ker.....


p/s: Sebagai rujukan ye f...thanks J for this entry




Thursday, April 22, 2010

Retro 97 dan pelempang

Sabtu, 9 pagi  Mac 1997. Gua baru form 2. Baru nak matang. Rasa-rasa dah baligh. Baligh ori ok. Dulu tiap sabtu mesti ada inspection. Matlamat utama nak pastikan blok bersih, bilik bersih, tandas bersih serba serbi bersih. Kadang-kadang gua panas jugak sebab gotong royong dah buat, inspection pun nak buat. Paling tak boleh blah dorg buat mengejut. Dia punya menggelupur macam YB melawat kawasan. Macam kadi dah sampai depan umah tinggal nak bagi salam je. Menyesal tak masuk sekolah sukan dulu. Bagi la gotong royong, angkat batu bata, berdiri atas meja sekalipun mesti gua pikir nak bagi stamina naik. Huhh...

Time inspection nie jugak la warden nak check kuku ngan rambut. Wajib pendek dan kemas. Eleh padahal gua penah je tengok kuku pengawas @ Ketua Pelajar panjang. Tapi kuku kaki la. Kuku jugak kan? Rambut pulak tak boleh lebih bawah kening. Nasib dulu rambut gua jenis tercacak biarpun kalo ukur panjang ke bawah memang sah2 kantoi. Bende basic pun abg KP takleh detect. Hampeh...

Pastu semua orang kene ada sikat, berus gigi, sabun mandi, ubat gigi, sikat, minyak rambut sendiri. Part berus gigi maybe semua ada. Tapi ubat gigi, minyak rambut dll biasanya kongsi-kongsi. Nama pun budak asrama. Hacks dalam mulut pun kawan gua penah patah dua sebab sorg lagi nak. Korg penah buat??

Akibat daripada peraturan gila tu, gua ingat lagi membe gua siap amik bekas ubat gigi yang dah abis dlm tong sampah, pastu tiup bagi kembung. Kreatif. Tue belum kira yang amik sabun membe kerat dua. Minyak rambut Belkrim pun boleh transfer sikit dalam bekas kodten. Kalo dah buntu sangat, kawtim ngan membe yang warden dah check. Pandai-pandai la bagi alasan nak terkencing sangat.

bersambung...

p/s: mcm haram die punya stress nak buat entri nie...

Wednesday, April 14, 2010

MPV Honda











Sila klik pada gambar untuk maklumat lanjut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...