1: Met tetiba hantar msg dalam kul 5.00 gtau tak dapat dtg kerana wife beliau kurang sihat. Alasan yang baik dan dapat diterima akal. Kalo gua yang bagi alasan tu, silap-silap dapat maki.
2: Mengikut perancangan kaum-kaum adam, kami akan berkumpul di masjid 2 Qaf terlebih dahulu untuk sesi bertazkirah dan bermuhasabah. Bab nie gua tak dapat pantau sebab even masa met hantar msg, gua masih terlentang rumah. Sedap jugak rupanya tido petang-petang hari sabtu.
3: Pukul 6.15 baru gua n jijo kuar umah g cari bahan-bahan buat air. Kami bertekak kat kedai runcit cara-cara nak buat air bandung soda. Masing-masing nak menang sampai akak kedai runcit tolong relaikan. Gua mengalah sebab jijo nak sangat buat air. "Buatlah buatlah"
4: Gua dan jijo sampai rumah leman dalam pukul 6.45 dengan disambut paluan kompang oleh abg senior sorang-sorang. Yang lain buat apa gua taktau. Masuk dalam rumah rupanya masing-masing buat-buat sibuk. Jijo pulak dan dan tue kalut nak g bancuh air. Gua tengok makanan bukan main banyak tapi satu makanan nie gua tak nampak-nampak. Cis rupa-rupanya telur goreng yang gua story sebelum nie bukan dibawa dari umah. Baru nak goreng. Sep gas ngan minyak. Silap-silap telur tue dikebas dari peti ais tuan rumah kot. Bijak!
semangat menggoreng yg sukar digambarkan dgn kata-kata
5: Masuk waktu berbuka, kaum adam dipertanggungjawab baca doa. Anep kena paksa sebab die budak KISAS. Kah kah kah. Time nie tak ingat ape dah. Makan macam tiada esok bagimu makanan. Tapi zedil pura-pura sembahyang dulu. Nak lawan anep kot sebab die budak IJUD. Dan paling tak disangka telur goreng rupanya makanan paling laku aritu. Zedil terpaksa goreng untuk kali kedua. Lagi nampak mithali die goreng untuk bini dia sekali. Gua speechless. Tapi sayang, die kempunan jugak telur goreng sebab tangan tak bedung. Berterabur beb atas lantai. kah kah kah
jatuh tepat kat tengah-tengah
6: Masuk isyak, majoriti kaum adam berjemaah nak ke masjid 2 Qaf sebab petang tadi tak sempat nak dengar leman bagi tazkirah. Leman biasa bagi tazkirah kene pegang kayu sambil sekali-sekali asah kat bahagian hujung. Ijoy pulak tak pegi sebab budak-budak nie bahan selalu sangat asah kayu kalo nak bagi ceramah. Zedil dan dan pakai kopiah untuk yakinkan inaz. Halim macam biasa la. Guna kawan-kawan untuk lepas diri. Kah kah kah...
7. Dalam kul 10 kaum adam pulang dari teraweh. Masing-masing ada sinar pada wajah mereka. Majlis diteruskan dengan program pukul pukul bulu ayam. Klon klon Lin Dil, Lee Chong Tos, Park Joo Yong, Sun Jin, dan jaguh dari Pandan Indah iaitu Taufik Met tetibe muncul di saat akhir kejohanan beregu 4 sebelah. Pemain paling tak berdisplin malam tue ialah Lee Yong Joy sebab pakai jeans je main. Kompom peluh melekat celah-celah bedah.
8. Tepat jam 11 permainan terpaksa ditamatkan kerana pakcik-pakcik yang buat teraweh dua puloh dah sampai. Pemain paling matang dalam kejohanan iaitu Sun Jin mengarahkan supaya kami semua mengalah bagi menunjukkan kami semua pemain yang ada akal. Lee Chong Tos pula agak berang sebab jumping smashnya masih belum habis pakai.
9. Majlis moreh disambung semula di rumah leman. Met dijamu bak raja sebab petang tadi die tak datang. Kaum hawa pula leka menonton cerekarama. Pertembungan kuasa bola dan kuasa cerekarama berlangsung. Aksi aksi mengangkat kaki ke dekoder astro paling mengujakan. Cerekarama menang tipis.
10. Majlis hampir ke penghujungnya. Kaum hawa sibuk tapaukan makanan. Sambal goreng jadi lauk paling agung sebab semua dipaksa bawak balik. Harap takde yang letak kat tepi jalan masa balik tue. Zedil dan keluarga bermalam di teratak 5 bintang leman untuk semalaman. Harap tiada aksi-aksi tumpahkan air malam tue.
=======================
Perkara-perkara rare sepanjang majlis:
1: Gua start bagi tumpah air. Tapi nasib baik air masak je. Lepas tue tumpah-tumpah nie dah jadi mcm biasa.
2: Mama promote semua orang kena makan sambal goreng die.
3: Mama ajar anak tiong konsep akak cantik. Budak-budak boleh la ko kawtim.
4: Anak tiong macam suka-suka kt gua. Alasan diberi sebab gua bujang. Celaka.
5: Lokasi masjid 2 Qaf kene tanya leman.
6: Abang senior jadi imam gua solat maghrib. Tapi perbuatan baiknya dipersoalkan. Kesian!
7: Luorang tambah sendiri.
4 comments:
Arini gua malas nk sign in. So maseh menjadi anon. Gua minat yang part solat maghrib tu. Kah3 -abg senior-
sambal udang leman tu, kalo dh siap kopek kulit lg best bai..hahaha
gua kempunan koktel buah halim..xsmpt nk mkn, tup2 tgk suma dh bungkus dh..aku tgk sun jin siap amek 3, sorok kt bonet keta..hahaha
Ini bisa meningkatkan kemarahan..apesal masa peti koktel tu penuh lagi lu tak ambek bnyk2? Jangan menyamar lagi wahai anon..kah3
gua hanya bolek ckp satu pekataan jer..
celaka.......kihkih...
-riri-
Post a Comment