Cerita nie gua dapat dari orang lain. Bukan cerita gua. Penyataan berbaur penegasan ini kadang kadang perlu dalam kehidupan supaya kita tidak diperkotak-katikkan sekaligus menjana kualiti sebagai seorang insan yang bergelar manusia.
Abu adalah seorang anak muda remaja. Bertepatan dengan umurnya yang baru menginjak 13 tahun. UPSR pun dapat 3A 2B je. Sudah baligh barangkali. Sebagai insan normal, Abu mempunyai seorang rakan baik yang dikenali sejak tadika lagi. Ali nama diberi. Agak bijak sedikit. Dapat 4A 1B tapi tak nak masuk sekolah asrama penuh sebab tak reti basuh baju.
Abu ada seorang adik yang agak cun. Namanya Siti. Muda setahun dari Abu. Tahun nie nak amik UPSR. Siti memang digilai ramai. Ramai yang jatuh hati dengan tingkahnya sampai budak kelas sebelah pun ada yang berani hantar surat cinta. Anak anak...
Ali juga tak terkecuali dalam jerat percintaan ini. Maklumla ada kabel baik punya. Tiap tiap hari mesti utusan salam akan sampai ke telinga Siti. Kadang-kadang rimas la jugak kan. Tue belum kira Abu punya rimas. Budak-budak muda what do you expect kan?
Akibat utusan salam yang tak kunjung putus, Abu pun nekad.
"Ali, ko nie asyik nak kirim salam je. Takde modal lain ke?" getus Abu.
"Ala, rileks la Abang Abu" sejak-sejak perasan dah dapat Siti nie lucu jugak Abu ni.
"Macam nie la, apa kata ko amik no. adik aku nie...ko adjust la mana patut...017-311111X, cakap je aku yang bagi...moga-moga ko ade harapan" ujar Abu.
"lagi 1 aku nak pesan...Siti nak UPSR tahun nie. Ko jangan selalu sgt sms yer..pleaseee"
----------------------------------------------------
Keesokkannya harinya....
" Abu, aku rasa jodoh kitaorang tak panjang la, sebab..." putus-putus suara Ali tapi masih nak sambung.
"..........sebab aku pakai 019. Kat umah aku line nie je yang paling kuat. Lagipun 8pax lagi best dari Active5. Sori ye Abu..."
転職前に源泉徴収票を紛失してしまったら?
6 years ago
1 comment:
dua2 x best...bertuko le ke DG....
Post a Comment