Thursday, December 29, 2011

Amboi korang (anon) lagi

Tengok!Pantang gua bagi peluang...Gua suruh create blog sendiri taknak. Gua suruh hantar entri kemain malas. Ni la sikap orang melayu..kah kah kah.

Ok, bye!

Tuesday, December 27, 2011

Amboi korang

Gua nampak satu trend apabila sistem komen kat blog gua dipulihkan. Meriah jugak. Kadang panjang dia boleh lawan entri gua. Tapi topiknya mesti berkisar ......Gua tak sampai hati nak tulis. Nanti ada yang tuduh gua mentang mentang baru dapat. kah kah kah..

Takpelah, gua takde hal pun. Gua kan sayang korang...erk!

Thursday, December 22, 2011

Membaca Jambatan Ilmu

Tak sangka rupanya budak bilik gua suka baca buku. Teka sapa?

Dulu pandai tanda kertas periksa ja. Awak ni nakal la...kah3






Monday, December 19, 2011

Rumahku Syurgaku

Wawasan untuk memiliki rumah ni gua anngap satu tindakan yang bijak jika sudah punya kewangan yang cukup. Kewangan yang cukup bukanlah ada duit sampai ratus-ratus ribu. Kalau ada tu, kira baguslah. Gua tumpang bangga tapi pelik juga.

Jadi, prinsip kewangan yang cukup tu ialah boleh bayar duit sewa bulan rumah yang nak beli tu. Disebabkan zedil dah beli rumah dan buat makan-makan sempena masuk rumah baru tu, gua ucap sekalung tahniah la. Kira hebat jugak la financial planning dia.

Mungkin sebab buku Rich Dad Poor Dad yang dia baca sebelum tidur masa kat rumah puaku dulu. Walaupun gua rasa banyak lagi masa main Winning Eleven saja. Menang pun sebab pakai Chelsea dan guna keyboard. Keje pula main defense saja. Serang taknak. Sadis!

Balik cerita Makan-makan haritu. Gua pun sampai lambat. Keputusan nak pegi pun dah hujung waktu. Jadi, sebab riri selalu bukak blog ni, gua minta maaf siap2 la. Nanti takut dia kecik ati. Gua sampai pun pukul 5. Ikut jadual, time tue dah boleh kena halau. Paling mulia, nak makan pun amik sendiri kat periuk belakang macam sedara mara.

Acara makan-makan berlangsung mcm biasa. Umpat mengumpat, kutuk mengutuk, met asyik nak buat lawak padahal takde la lawak sangat, dan paling best sesi menyoal jawab pasal kahwin. Halim tanya soalan macam soalan yang penah gua tanya. Gua ketawa dan bertanya kembali. Mana boleh kalah. Sekian...Banyak kerja nak buat nie

Friday, December 16, 2011

Komen

Semalam met tepon gua kata sekarang nak komen kat blog ini susah. Yeker? Patutla takde komen. Gua rasa kadang rasa kecewa jugak la. Penat berkarya tapi takde respons. Ibarat buat filem tapi tak box ofis.

Rugi ya amat.

Wednesday, December 14, 2011

Redha itu ikhlas, pasrah itu menyeghah

Kalau orang lain boleh buat reviu, tak kan gua nak kalah. Adat lelaki egoistik, gua akan sahut cabaran untuk menulis reviu filem secara konsisten untuk entri-entri yang akan datang. Secara tak langsung, gua akan rasa berbaloi bayar tiket mahal-mahal sampai pembuat filem dapat juta-juta. Kalau gua semangat, gua reviu sekali pasal Master Chef.

Pertama, bila keluar je filem ni, gua punya nafsu nak tengok boleh tahan jugak. Lain macam. Macam orang baru kahwin. Gua syak penangan iklan dan OST filem ni. Dia punya sedap sampai sekarang gua asyik rewind lagu tu.

So bila bini gua dapat booking tiket pada hari bekerja kerana hari weekend sold out, perasaan gua membuak-membuak. Jarang jugak rasanya gua nak feel tengok cerita melayu ni. Kah kah kah.

Gua mulakan dengan pemilihan pelakon. Gua rasa Osman Ali memang bijak. Ambil pelakon yang tengah naik dan boleh bawak watak tu dengan baik. Cuma adakala gua rasa nak gelak sebab watak Izzah tu Maya Karin yang bawak. Sebab, tak nampak kampung sangat.

Cakap pun tak melayu habis. Takdela gua kata dia tak layak langsung. Macam ada satu reviu tu kata, kekuatan Maya Karin pada mata dia. Part ni gua setuju habis. Mana ada orang perfect kan. So, part cakap tu terus jadi minor.

Pastu, watak Izzah yang macam hamba habis. Nie serius gua tak boleh blah. Dah la si Haris tu layan dia macam setan. Boleh pulak dia layan macam raja. Part ni gua panas. Sebab, rasa Izzah macam kena bomoh. Ada lagi ke orang macam tu zaman sekarang? Mungkin nak tonjol Izzah ni betul-betul naif kot.

Cilaka, apsal gua menulis secara berlapik nie? Niat gua nak hentam tadi.

Aaron Aziz macam biasa dia punya power la. Orang tengah naik kot. Pandai jugak dia buat lawak. Tapi, paling gua panas hati, 2 brader sebelah kanan gua. Dia punya komen kat semua scene macam pengkritik filem. Amboi amboi brader. Rileks la. Tunggu la habis filem. Paling cilake mamat tu cakap kat kawan dia, muka Aaron macam abang ko dowh. Cis, dasar peminat fanatik lelaki.

Bront pulak seperti biasa kalau watak picisan, dia memang boleh pergi jauh. Watak utama gua rasa drama je kot. Lisa Surihani pulak macam biasa je bagi gua. Tipikal. Macam dalam Adamaya je. Part dia menangis macam nak baling cincin tapi pakai balik tu kelakar. Gua gelak macam tak cukup nafas. Sorila brader sebelah gua. Ini pembalasan atas percakapan korang yang tak cukup nafas jugak tu.

Cilaka, baru part ni dia punya reviu panjang macam setan. Gua terus masuk kesimpulan la. Overall, sapa yang tak pernah baca Novel tu, mungkin berbaloi la. Nasib bini gua tak bagitau sebelum tengok. Kira, surprise jugak la ending dia dan sangat romantis bila dapat tengok wayang bersama isteri buatkali pertama. Cuma, kalo 2 brader sebelah tu takde, gua syak entri ni gua tak dapat nak up. Harap paham. Sekian.

Tuesday, December 13, 2011

3 minggu lebih

Gua masih belajar. Tapi gua rasa macam syok je. Hidup lebih terurus.

p/s: Sian bini gua. keh3

Thursday, December 8, 2011

Perubahan itu perlu

Masa semester akhir di Gombak dulu, gua rasa gua penah cakap. Gua jenis tak reti pakai smart smart. Jenis pakai baju kemeja pergi kerja. Gua syak masa tu gua punya filosofi ialah jeans dan t-shirt adalah dewa dan cool.

Buktinya, masa kena berlakon jadi Director produk De'Carota, gua pinjam baju met. Siap dengan tie lagi. Memang hilang akal gua rasa. So, bila nak pergi interview cari kerja, gua terpaksa la jugak beli satu baju jenis Suave ni sebagai back up. Yelah, takkan nak pinjam baju Met je kan...

Tue part baju. Belum kira part pakai tie. Gua rasa memang nak carut je. So, nak senang keje, gua ikat siap-siap. So, bila ada interview gua kasi ejas mana patut je. Senang kan? Nak lagi best, gua eksyen tarik tie lepas interview sambil jeling orang yang tengah tunggu turn. Peh memang rasa konfirm dapat keje tu. Tapi bila orang HR diorang tak panggil-panggil, mula gua rasa nak ngamuk kena ikat tie sekali lagi.

Tu dulu la....sekarang gua rasa, baju Padini dan Seed (yang potongan 50/70%) bersaiz S adalah kacak. Badan rasa tough. Pehh. Kena pulak tie berjalur, memang rasa macam Eren Aziz. Nak lagi sedap sekarang, ade pulak orang tolong gosok baju gua. Lazat.

Harapan gua cuma satu. Janganlah gosok baju gua sampai terkoyak macam gua jahanamkan 2/3 helai baju. Gua ikut teori leman. Buat apa nak gosok bahagian bawah kemeja tu. Masuk dalam seluar jugak. Nampak kan bijak tak bijak leman ni. Tapi gua lagi bijak, gua buat test bahagian bawah tu, panas ke tak cukup panas. Cilakas..

p/s: De'Carota adalah sejenis air carrot susu yang dicipta oleh Sawit. Memang karut gila...kah3. Nie assignment untuk subjek English. Lecturer subjek ni macam Imad kata Sawit. Sawit penah pegang tongkat dia. Sawit sawit...

Tuesday, December 6, 2011

Kita tengok apa jadi

Orang kata bila kawin badan boleh naik. Bila tengok met, gua percaya habis. Bila tengok leman, maintain je. So, kenapa ada perbedaan? Gen barangkali.

So, gua bagi 3 bulan samada gua jadi leman atau jadi met?

Korang syak gua jadi mana?



Thanks sebab pilih leman. Sekian.

Monday, December 5, 2011

Adakah ini normal

Perkahwinan adalah proses pembelajaran. Bukan hanya proses sedap semata. Kalau berkahwin hanya nak sedap, gua rasa kena fikir balik. Ini intro. Takde kena mengena pun. Sekadar renungan buat pari.

Yang ni sebenarnya gua nak tanya  luorang. Baru-baru kahwin ni, memang badan kita letih ek? Gua rasa gua sangat suka tido dan susah nak bangun. Sebab ape ek? Takkan sebab TU kot?

p/s: Nak cakap gua memang suka tido la tu met..Cet!

Thursday, December 1, 2011

Hidup ini pelajaran

Hari ni gua henjut masuk ofis. Gua takut kalo masuk next week, gua culture shock. So, dua hari ni gua belajar delete emel, bukak fail, angkat tepon, tenangkan jiwa dan paling penting............................

Belajar merindui isteri..

Friday, November 18, 2011

Monday, October 31, 2011

Mudahkan mana yang mudah.

Mohon berikan alamat kediaman untuk urusan pengeposan walimatul urus. Jika anda seorang yang bijaksana di alaf millinea, berikan saja alamat akaun sosial media anda.

Jika anda tidak selalu terasa, no telefon pun apa salahnya.

Membazir itu amalan setan.

Monday, October 24, 2011

Why always Ramli suka makan mister potato gua peduli apa ini title

Korang tak rasa hari ni hari raya? Jamu-jamu kerepek kentang nie....

p/s:Met...trick nak komen kat blog gua ialah tekan enter tu banyak kali sampai komen tu terkeluar..nie betul!

p/s/s: Selamat menyambut hari deepavali dengan ucapan yeney mana tangki saptikure....ucapan ni kredit kepada tuan punya blog Biru Cair Penakluk Langit

Tuesday, October 18, 2011

Blog ini tempat gua lepas geram jugak kadang-kadang bila takdak fesbuk

Celaka ape ntah pagi ni. Telefon gua macam tak reti nak diam. Sekian. Diam pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. Bingit.

Ilmu dan ilmu lagik

Tajuk di atas merupakan tajuk emel zedil kat gua. Dia attach ebook. Nampak macam power. Nak loading pun boleh tahan lama. Harap gua pun sama nanti..kah kah kah

Monday, October 10, 2011

Chan

Gua perasan semalam. Tapi gua update arini. Blog yang lebih kurang 5 bulan tak update tu, dia dah update wei. Dah tak duduk bawah sekali. Power.



Jom terjah >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Wednesday, October 5, 2011

Syiling tukar

Gua ni jenis tak suka simpan syiling dalam wallet. Berat. Tapi takde la sampai gua benci syiling. Gua lebih suka kalau ade 90 sen je pada setiap masa. So...

Kelmarin

Gua ade not 5 ringgit nipis tu dengan syiling 20sen tiga keping. Gua pegi mesin tiket. Gua tekan Taman Melati untuk 2 tiket. Harga dia 4.60. Gua masuk syiling dulu, kemudian disusuli dengan duit kertas. Dengan harapan gua dapat duit kertas seringgit. kling kling kling kling kling. Syiling 20 sen tue jatuh 5 keping. Naaram. Mesin ni mainkan gua.

Semalam

Gua ada duit yang sama macam atas. Sebijik sama. Gua beratur beli kat kaunter. Akak yang jaga. Manis la jugak muka dia. Tapi dia lagi power. Gua dapat syiling 50 sen 2 keping. Haiii..Anak anak

Tuesday, October 4, 2011

Pilot

Amboi korang...impian gua nak jadi pilot dikecam macam gua takde maruah. Ef Ai Wai, masa gua darjah empat, masa nak kena tulis 3 cita-cita dalam buku rekod, gua tulis macam ni.

1. Tentera Udara
2. Tentera Laut
3. Tentera darat.

Time nie gua tengah in dengan cerita-cerita Badol. Paling power yang Aman Shah jadi hero tu. Kalo gua tak silap la.

Nie gua jumpa satu web cerita pasal pilot. Power cerita dia. Boleh sampai tak buat kerja ofis.

Klik sini ---> Aku seorang pilot

Monday, October 3, 2011

1 Oktober 2007

Gua join gomen selaku lantikan tetap ialah pada 1 Oktober 2007. Hari ni dalam sejarah dah 3 tahun 2 hari rupanya gua kat kl sentral nie. Kalo campur sebagai sambilan, mau cecah 6 bulan lebih sebab gua join 15 Mac 2007.

Kalo la gua tak join kat sini, agak-agak gua dah jadi ape ek skang?

Gua syak pilot barangkali.

Tuesday, September 27, 2011

Mimpi lagi

Gua naik lif hospital dengan sorang mamat ni. Nampak macam biasa. Gua tekan tingkat 4. Dia tekan tingkat 5. Nampak macam biasa.

Lif berhenti tingkat 4. Ada orang macam nak masuk. Gua pula nak keluar. Part celaka bermula. Laki tadi tolak mamat tu masuk dalam dengan tujuan halang gua nak keluar. Lif tertutup, terus naik tingkat 5.

Lif berhenti tingkat 5. Gua tak ingat nampak apa, tapi menakutkan la. Lif naik tingkat 6. Nurse pulak masuk sambil bawak troli. Atas troli tu ada benda menakutkan jugak. Gua dah cuak. Nurse tue gelak-gelak.

Sebab cuak punya pasal, gua terjaga. 6.50 pagi. Ada 6 miscall 1 sms. " B, bangun..."

p/s: Gua syak sebab gua tertido depan tv tengok citer Scorpion King. Semalam gua tido pakai seluar jeans. Sejuk.

Monday, September 19, 2011

Next level

Gua rasa nak upgrade blog nie la! Luorang setuju x?

Mn lg best? lanun-darat.blogspot.com atau lanundarat.com?

Mimpi

Entah macam mana gua dapat anak lelaki. Gembira bukan kepalang. Tapi scene bini gua masuk labor room takde pulak. Tapi yang penting gua dapat anak lelaki.  Scene gua tengah taip sms nak send to all tu ade. Gua kalut ejas sms macam mana. Sempat la gak gua bukak sms yang pernah gua dapat.

Tengah gua kalut tu, Asun datang seraya berkata, " Wei lu dah azan kan belum anak lu tue? Boleh pulak gua lupa part part agama ni. Asun siap ajar gua macam mana nak pegang anak sebab gua fail.

Tapi, boleh pulak si Asun ni bebel kat gua sebab tak reti dukung anak.  Yang gua ingat, asun marah gua sebab tak boleh nak handle kepala anak gua. Terliuk liuk kepala budak itu sampai ada bekas. "Woii ni anak first la..." kata gua dalam hati.

Kira sedap sedap pegang, gua pun azan la. Dalam gua azan tu, gua sedar yang gua ade silap. Ada dua tiga baris azan tue yang gua ulang banyak kali. Tapi si Asun nie tak sound pulak. Tadi beria marah cara pegang anak. Time azan membatu pulak.

Gua syak sebab dia hormat gua. Anak gua bukan anak die. Kah kah kah...Gua azan macam dalam TV bai. Serius kuat. Asun sekali lagi tak marah gua. Hormat.

Sedap sedap azan macam Mekah punya azan, datang pulak Met. Nie paling palat.

" Takyah la azan kuat-kuat, slow-slow sudah. Sama je azan tu "...

Gua kasih habis itu azan. Gua terus sedar. Dalam ingat part kena marah tu, gua tersenyum sebab dapat anak lelaki.

Monday, September 12, 2011

Kenapa

Gua bukan nak cerita pasal lagu lah VE ke apa. Ini soal kenapa gua tak update blog. Nak update ni nak kena ade cerita. Nak kena ada jiwa.

Ini maksudnya gua sibuk bersiap hal hal penting dalam hidup gua. Gua sibuk cari duit hantaran. Kah kah kah

Tuesday, August 16, 2011

Entri Berantai tak jadi


Art itu indah. Namun, art itu ada batasnya. Tidak semua boleh jadi art. Jika tidak, art itu sudah tiada nilainya. Jadi, mengulas pemergian pemain idola saya selaku pemain yang tidak dikeji







Entri Asal Boleh Dibaca Disini ---> Sila Klik Untuk Menyatakan Arsenal Juara Season Ni



Entri Berantai

Gua dah tulis baik punya cerita pasal Fabergas belah dr Arsenal, sekali dah hilang...Antara entri yang gua rasa sedap bila gua tulis...

Gua cuba petik mana gua ingat, nie gua main taip nie pun bukan main kuat gua ketuk keyboard...

- Art itu indah...Ahhh gua malas....cilaka!

Moral of story, luorang copy dulu keje2 seni nie. Nak tulis balik mana nak jumpa ayat2 sedap dah...

Thursday, August 11, 2011

Copy paste

Gadis : hari ni saye akan menjalani pembedahan jantung .


Jejake : saye tau . I love you !

Gadis : i love you too ! ♥

(bile sedar dari pembedahan gadis tengok jejake takde . Tapi ayah die je ade)

Gadis : mane bf saye ayah ?

Ayah : siti tau tak siape yang dermakan jantung untuk siti ? :(

Gadis : apaaa ? (terus menangis)

T_____T

Ayah : hehe . Takde la . Ayah melawak je . Die pergi tandas ;D

- Takdela lawak sangat!

Tuesday, August 9, 2011

Wording yang tengah naik

Prrurrr..........................................

Thursday, August 4, 2011

Imsak cara mereka..Lebih kurang la..

Seperti mana yang kita ketahui, waktu imsak adalah waktu berjaga-jaga.

Tapi bagaimana jika ada yang kata begini........

A: Wei dah nak azan nie..
B: Sempat lagi nie..(sambil bawak rokok sebatang g jamban)

Azan berkumandang..

A: Wei dah azan...
B: Tak dengar tak dengar...

Wednesday, July 27, 2011

Anda ingat, anda tulis...

Untuk warga Flat Melati/Taman Cemerlang/Sri Tioman, Tetamu Undangan/ Tetamu Jemputan/Tumpang Bermalam

Korang rindu zaman bujang? Korang ada banyak cerita yang ingin dikongsi...

Jom tulis di bahagian komen..Kalo nak jadi guest blogger pun gua lagi alukan...

Hint-

Flat Taman Melati
1. Tuan rumah tak buat dapur
2. Cop nak tengok rancangan apa
3. Toilet ada satu, nak berak kena beratur
4. Menang anugerah rumahku rumahmu jua

Rumah Puaka Taman Cemerlang
1. Lampu toilet best terbakar lalu mandi dalam gelap
2. Lepas minum tak buang plastik air
3. Mesin basuh beroperasi 24jam tanpa henti
4. Mesin basuh terlekat spender
5. Bergaduh dengan jiran sebab parking ikut suka depan rumah
6. Terkunci dalam rumah sebab membe amik kunci
7. Gantung baju kat tangga sebab bilik kat atas

Nie je yang gua ingat...

Tuesday, July 26, 2011

Amacam? Baru World....

- nie 1st time gua pakai mug kat ofis ok!

p/s: Bukan Si Dia Yang Bagi OK!!!

Monday, July 25, 2011

Kawan Miza

Miza ada cerita kat gua pasal kawan dia. Dia orang cina. Orangnya pandai. Grad 4 flat katanya. Keje programmer. Baik. Tapi sayang......

1. Dia Innocent.

2. Dia duduk dengan family boyfriend dia. Kena bayar sewa rumah. Makcik boyfriend pun kena bayar sewa rumah.

3. Dia selalu amik paper free kat tren. Sebelum balik ofis, die akan kutip semua paper yang dah baca. Family laki tu akan kumpul dan jual hujung minggu.

4. Kalo minum air tin, dia akan simpan tin tu sebab boleh jual sekali dengan paper.

5. Dia selalu ngantuk-ngantuk masuk ofis  sebab.....








Dia kena teman makcik boyfriend dia main mahjong tiap tiap malam.......................

Wednesday, July 20, 2011

Ohh

Korang pernah ada perasaan rindu?kah kah kah

Tuesday, July 12, 2011

Friday, July 8, 2011

Met diranjau

Gua citer sket je. Yang lain met sambung atau sape yang rasa nak sambung...

Alkisahnya met ke kedai guting rambut. Maple rasanya. Masa tue time bazar ramadhan taman melati. Sedang met asyik dipotong rambutnya, ade riuh rendah kat luar kedai. Met kata ade kebakaran. Api dah menyala naik kat tong gas. Pergh...Dah nampak kan natijahnya.



Tapi, menurut kata met, masa org semua kecoh kecoh sambil jerit 'api api', ane tu dengan sepantas kilat dah lari dulu. Tinggal la met dengan rambut baru potong sebelah. Lagi best, met pun blah jugak dengan memakai kain putih, rambut baru sebelah potong...kah kah kah

Thursday, June 30, 2011

Maniskah kurmaa itu haaaa!

Mengikut pengamatan dan pengalaman yang mendewasakan gua, waktu merisik/tunang pihak laki tak perlu datang kan. Kalo ikut orang dulu la. Kalo zaman moden nie kene ek?

Lawak Sepah mencuit hati
Lawak Jambu kadang tak laku
Kalo luorang baik hati
Sudi-sudikanlah untuk membantu

p/s: Gua syak dah bersawang blog nie. Tapi lagi bersawang 2 blogroll tue. Kah kah kah...

Wednesday, June 15, 2011

Mungkin gua dah hilang sabar

Kepada kementerian-kementerian berkenaan,

Sila periksa semua maklumat yang berkaitan sebelum sesenang hati divert kat no telefon gua. Fail dah bertimbun nie. Jawab call saja boleh tahan makan masa. Nanti lambat komplen tak ingat. Sekian.

Yang cuba tahan tapi dah tak tahan lagi ingin bertemu,

Abang abang (kah kah kah)

p/s: I know, she's going to stalk my blog :P and this is not for u syg...kah3...dewa dewa

Monday, June 13, 2011

Berjimat cermat amalan mulia, jika membazir, kelak membakar diri

Sape tau butik kawen yang murah, pilihan busana muslimah, bertudung labuh menutup aurat and affordable bak kata orang putih, sudi sudikanlah share contact person kat komen.

Paling kurang ade name web/blog pun gua dah panjatkan kesyukuran. Bukan panjat yang lagi satu tue....amboi amboi amboi met...lucah lu nie...

p/s: Kalau Din Wahab gua rasa berat sangat tue walaupun nama macam orang kampung...

p/s/s: Bukan x sayang bini, tapi cara mintak tu macam xsayang laki jer...(nie gua petik sms hamba Allah)

Thursday, June 9, 2011

Unconditional Love



Sometimes the perfect person for you is the one you least expect ..

Soalan simple

Kawen syiok tak?

- Erti Hidup Pada Memberi

Tuesday, June 7, 2011

Please please please

Mulai hari ni korang start panggil gua Firdaus boleh dok? Gua suka nama tu...:)

p/s: Jangan nak erk erk erkkkk k....

p/s/s: Gua syak nant ada lagi sorang nak request panggil dia Farizz...double zz

Wednesday, June 1, 2011

Kalo lepas kawen memang akan sibuk ek?



♫ Life is short, live it. Love is rare, grab it. Anger is bad, dump it. Fear is awful, face it. Memories are sweet, cherish it.

Tuesday, May 31, 2011

Ada lagi tak benda-benda major yang penting?

Si dia cakap, buat masa nie, ada 5 perkara besar yang kitaorang kena pantau.Duit hantaran, baju nikah, cincin, food dan goodies bag.

Duit hantaran tue gua tengah cari-cari. Ada orang cakap insyaAllah nanti ada rezeki tu. Kalau nak tunggu sampai cukup, takkan cukup punya. Ok, gua percaya dan sambil berusaha yang bukan usaha sambil sambil jer.

Baju nikah pulak gua baru lepas survey. Part nie, gua jenis ok je. Asalkan pakai baju cerah-cerah, gua rasa dah cukup hensem.

Cincin gua rasa dah setel. Brand tue belakang kira, janji senang masuk, senang tarik keluar dah la.

Food gua tak cuak sangat. Abah gua kata die nak setelkan. Yess! Jangan tetibe tukang masak takde time tue dah la. Masak nanti. Goodies bag pun rasa bleh setel.

Kalo mcm nie, gaya dah boleh kawin...kah kah kah...

p/s: Alamaaak......gua tak pegi lagi kursus kawen....Yang artis artis pegi punya kat mana?

Wednesday, May 25, 2011

Apabila gua bagi hint

Sejak entri entri gua yang berunsur ke 'gerbang impian' nie, gua nampak ramai yang lagi suka Keep In Touch dengan gua melalui medium yang pelbagai selain dari guna nama anon...Sebagai contoh:

1- Halim dah rajin reply msg msg gua. Dulu sebuk main foursquare je.

2- Asun pulak akan muncul kalau ada event-event berunsur keluarga. Tapi diorang pergi I-city tak ajak gua pun.

3- Sawit pulak paling ajaib sebab siap kol gua tadi. Tapi sayang gua yang kena kol die balik sebab bateri gua flat.

4- Met lagi best, siap bagi gua Excel sheet yang dia gua dulu dulu..No tepon abang jai tukang urut pun die nak pass....

Nampaknya, masih ada yang sayang gua nie...

Tuesday, May 24, 2011

Presshar (pressure)

Bila melibatkan part part sebelum kawen nie, memang banyak tekanan ek?

Bagaimanakah anda menghadapi tekanan itu?

Thursday, May 19, 2011

Merisik Khabar

Korang, nak tanya sikit bulih?

Kalo g merisik bukan bertunang, mereka yang bakal bergelar pengantin lelaki ni, kena datang tak?

Ke boleh lepak tidor kat umah je?

Wednesday, May 18, 2011

Pendapat korang yang pernah mengalami

Adakah benar bagai dikata, jika kita mahu tunggu duit cukup baru nak kawen, memang sampai bila tak cukup? Bukan kalo tak kumpul, mcm mana nak kawen?takkan nak culik bakal isteri dan main ugut ugut pulak...

Jadi, bagi korang yang dah kawen, pengalaman penuh didada, sila kongsikan di sini...pendapat anda amatlah dihargai sekalipun unsur unsur nasihat anda berteraskan abang jai...cuma jika boleh, dikurangkan lah yer..saya serius..xde erkk erkk...

Sila sila...

p/s: dengar kata asun mengerang macam tiger ye mama...steven geraaaaaaard!

Monday, May 9, 2011

So callled Disater 2

Gua tengah cari kertas kajang....


p/s: harap disaster jadi pemangkin buat kenduri bulan 12

Friday, May 6, 2011

So called disaster

Sape nak tau ape itu disaster a.k.a sabda leman, angkat tangan macam saya......

Wednesday, May 4, 2011

Riwayat Sulai

Leman pernah bersabda bila dapat sesuatu yang lain macam.....Disaster!

p/s: Gua prelaunch dulu kat luorang..gua baru dengar rumours...ape2 gua update balik...

Tuesday, May 3, 2011

Gua taknak balik raya cina sambil gigit stereng

Nie dah masuk bulan 5. Gua masih belum nampak gaya nak kenduri hujung tahun. Harap paling lewat hujung bulan 6 ada sinar di hujung terowong.

Gua serius nie. Ni bukan gurau gurau dah. Kira cun la kan, lepas majlis adik gua, gua boleh usulkan kat keluarga gua untuk hantar rombongan...Tambah pulak, gua baru lepas kirim doa kat seseorang yang pi buat umrah. Harap doa gua dimakbulkan.







..................... gua bermonolog sendirian mengharap ianya menjadi kenyataan.

Thursday, April 28, 2011

Nasi Lemak

Gua lapar. Tadi lunch gua tidur. Kenyang jugak rupanya tidur nie Akibatnya, gua mengidam nak makan nasi lemak. Sejak umur 30 an nie, bab bab mengidam nie makin naik.

Teringin nak anak, teringin nak kawen bila pagi pagi pergi kerja, teringin macam macam la termasuk la teringin makan nasi lemak bila tengah hari buta. Di sini gua nak senaraikan kedai makan yang jual nasi lemak dan komen gua terhadap nasi lemak dorg.

1. Nasi Lemak Malinja / Bunga Raya - Nasi lemak ini juga dikenali dengan nama nasi lemak awek.. Tapi gua tengok sekarang awek diorang dah takde hot mana. Akak cashier yang muka cam Camelia je yang gua tengok kekal setia bersama mereka. Awek lain dah bertukar rupa. Jangan diorang bukak cawangan lain dah la. Gua bagi rate 3 1/2 dari 5 bintang. Setengah tue datang dari awek awek.

Untuk pengetahuan orang mcm met yang dah lama tak makan nasi lemak malinja, dorg ade bukak cawangan kak area danau kota yer. Dah lama dah.. Kot lu taktau la met..Tapi masih mengekalkan awek biasa biasa.

2. Nasi Lemak Antarabangsa -  Gua hanya pernah makan kat area Melati Utama - Nama gah tapi rasa gua syak taraf runcit runcit saja. Gua bagi 2 1/2 dari 5 bintang. Setengah tua datang dari branding je.

3. Nasi Lemak area depan flat(umah) lama kitaorang - Peh, nasi lemak nya memang sedap gila. Kalau time sekarang nie gua mengidam, memang gua plan nak balik awal la. Sebab laris gila. Tambah bila anak makcik tue jaga. Peh lagi berselera beb.

Tanya la met, ijoy n pari n sape sape yang penah beli. Terangkat beb gua cakap lu. Gua bagi 4 1/2 dari 5 bintang. Tapi sayang, makcik nie berniaga ikut suka hati. 1 seminggu meniaga, 2 minggu die tutup. Memang kais seminggu makan 2 minggu. Sebab tue gua tolak setengah bintang..

Nasi lemak yang lain, luorang kasi tambah kat komen k..Luorang kan suka makan makan...

Wednesday, April 27, 2011

Rewind

Hari ni gua nak singkap sikit pasal lagu-lagu yang pernah ngetop masa gua belajar dulu. Ngetop sebab ada tema-tema tertentu. Lagu-lagu yang gua pilih nie adalah berdasarkan pengamatan gua sahaja. Mungkin betul mungkin salah. So, please dont take it serious ok. Kalo gua tengok komen dah jadi lintang pukang, gua akan delete post ni. Gua ganas, gua ok tapi hati bunga, tak gitu halim?

Budak bilik sebelah

Met - Word Up (Korn), 1st time minat lagu inggeris sebab sebelum nie banyak dengar lagu Brory Marantika saja..
Chan - Nazraku (Spider), mamat nie dewa lagu spider sejak sejak baik ngan Isma Halil
Halim - Gua lupa apa fevret die...tolong recall budak bilik
Tupai - Right Thur (Chinggy), peh nie dewa hip hap...sebut ruffedge pun jadi raffej

Budak bilik gua

Pari - Jatuh (Adam), peh jiwang aka abg gagah perkasa
Sawit - Teman Tapi Mesra (Ratu), amboi amboi amboi sejak dapat brazillian nut
Gua - You 1 In A Million, gua tak tau sape penyanyi, ulasan takde..sekian, kah3
Leman (legend) - Kasih kekasih, Nur Kasih, Berhenti Berharap - Man, ampun..citer lu sedap...amoi, jangan bahan leman k...

Friday, April 22, 2011

Pondok Tanjong

Gua nak balik kampung esok. Sape ade kuih raya yang masih elok tapi tak larat nak makan, sila hantar ke Teratak Agung Taman Melati. Esok pagi gua singgah pondok tanjung bagi makan beruk! Jangan risau, jalan boleh lepas 2 kereta kalau selisih.

p/s: Balik nie bukan nak ejas majlis gua. Gua nak kemas umah, pantau mana mana yang boleh ejas. Jangan risau, cat gua dah amik brand Nippon Paint. Tahan lama paling kurang sampai bulan 12...kah kah kah

TTD

Semalam saweed telefon gua. Gua baru nak halo halo, die terus bagi kata putus. Jenis tak bagi peluang langsung.

Abg tebu: Tos, gua nak cepat nie, FTA tue free trade area ke?

Babah: Gua rasa free trade agreement.

Abg tebu: TTD ape pulak?

Babah: Tua gua tak pasti.

Abg tebu: Ok xpe..bye.

Gua syak mamat nie dalam kesusahan. Seperti biasa, gua buat aksi aksi menyelamat. Gua kasi google. Gua senyum. Gua utus SMS kat die.

"Google sudah..fta mmg free trade agreement, ttd =_ _ _ , kah3!

p/s: Sila google, sape tahu jawapan, sila komen!yess

Thursday, April 21, 2011

Mana komen korang?

Entri kawen, nama anak, berduyun duyun komen luorang ek, entri ilmiah, semua membisu?Platform nie gua cipta untuk korang berdiskusi, memberi pendapat. Tak supportif langsung!

Majuk!

Orang nak tarik die nak tarik..erkk

Tahukah anda terma writers block? Ia dikatakan satu situasi di mana penulis tidak dapat mengeluarkan idea untuk menulis dengan baik. Namun begitu, situasi ini dikatakan berpunca daripada pemikiran sendiri yang mana bertindak mencetuskan gelombang negatif tersebut.

Jadi, penulis hendaklah sentiasa berfikiran positif sekaligus membantu udalam menghasilkan sebuah penulisan yang mengasyikkan. Masakan tidak komen pun boleh mencecah ke satu angka yang ajaib. Berikut adalah langkah yang boleh diambil dalam membantu untuk kita menulis:

1: Tulis apa sahaja yang bermain di fikiran. Jangan hiraukan sebarang kesalahan yang mana boleh diedit kemudian hari kalau rajin. Teknik ini sebenarnya merangsang pemikiran supaya mengeluarkan idea-idea emas yang mana tidak akan terkeluar jika hanya disimpan dalam tempurung kepala.

2. Kalau tak mampu jugak, curi idea pada koleksi-koleksi buku, majalah Bacaria, menziarahi Book Xcess, Kinokuniya, duduk bersila di MPH atau boleh juga dengan melayari Berita Harian Online. Nampak mudah kan? Apa guna hanya berbual, jadi mari kita praktiskan..fuhhhhhhhhh

kredit dari berita harian

Tuesday, April 19, 2011

Impianku

Hari ni gua up sket. Gua bukan setakat pernah reka nama anak. Gua juga pernah berimpian untuk mempunyai sepasang anak kembar. Peh...

Ada tips tak? Tips keturunan tue gua tak terima. Gua lebih mengalu-alukan tips praktikal dan bahasa mudahnya, mampu buat.

p/s: Miza, lu ade sepupu, makcik makcik yang kembar tak? kah kah kah...

p/s/s: Ini impian @ penharapan, bukan kewajipan. Kena paham konsep ok.

Monday, April 18, 2011

Ammar Rayyan

Pagi isnin yang indah lagi mulia, tetiba perasaan ini datang. Gua tak tau macam mana boleh muncul. Adakah ini fitrah bila mencapai umur 30an? Atau adakah ia hanya disebabkan faktor persekitaran yang mencambahkan lagi gelojak rasa di jiwa. Ohh tidak...Gua teringin nak ada anak la...kah kah kah....

p/s: gua tau, mesti ade yang cakap...cari mak dia dulu la..............keh keh keh

Friday, April 15, 2011

Alkisah

Dulu

Dari baju plain ke baju belang Seed/Padini saiz S. Dari tie yang compliment dengan baju Suave, gua kasi tune tie stripe. Dari tak penah pakai singlet, gua kasi belajar pakai singlet yang ketat ketat. Semua gua kasi smart. Cuma seluar je gua kasi maintain plus tak pernah gosok lepas basuh sebab line die dari dulu gua masih nampak.

Sekarang

Dari balik tak nampak matahari, sekarang kul 6.30 dah sempat tengok tv. Kalau dulu hari jumaat boleh main futsal sekarang gua lagi suka tido. Baju,seluar, singlet usah sembang la. Entah dah berapa lama gua tak tukar. Boxer je gua baru beli sebab getah boxer tue dah memanjang. Tapi kalau pakai dekat jeans tak efek sangat.

Kalau dulu gua boleh layan company bagai menatang minyak yang penuh, sekarang gua syak dah nak dekat jadi macam binatang.

Kesimpulan, gua memang nak berhenti. Gua dah takde hati. Gua apa ada hal....Amacam, berani?

gua sayang _ _ _ _

Tuesday, April 12, 2011

Budak Kampung

Gua, Met, Pari, Zedil, Afdal, Helmi, Caer, Zamani, X-k1 adalah dari satu sekolah yang sama. Sekolah mana?Gua tak perlu bagitau sebab rasanya kebanyakkan pembaca blog gua nie dah kenal. Yang tak kenal tue, buat buat jelah kenal yer..

Lagipun bukan watak penting sangat pun diorang dalam citer nie. Picis jer. Kira kalo berlakon drama, tue watak extra. Senang citer, andaikata gua adalah hero dan miza adalah heroin, met tue ibarat orang yang lalu jer dalam shoot tue..kah kah kah...

------------------

Satu hari sabtu tu, kami semua plan nak g KLCC. Kira nie 1st time keluar kawasan sesama dari matrix UIA tue. Suweeet tau....tapi X-k1 tak ikut tak silap gua. Gua tak ingat nape die tak ikut. Maybe die dah biasa dengan KL dan KLCC. Lagipun die orang Rawang (kot), pari orang Lenggong.

Kami naik bas Putra yang mana bas nie akan berenti kat Asia Jaya. Nie pun setelah bertanya kat budak budak KL. Peh, rasa kampung gila. Gua syak time nie met masih pakai seluar slack. Tak reti pakai jeans lagi kot..Baju pun besar lagi. Rambut sikat stail biasa la. Tarik belakang. Mana die penah buat pacak. kah kah kah..

So, bila sampai stesen Asia Jaya, kami semua pi beli tiket. Part beli tiket tue takde hal sangat. Tapi part nak masuk kat mesin, gua neves. Nasib gua jenis genius belek kad tue depan belakang. Nampak anak panah. Lega.

Kira nak pi KLCC tue gua dah tak heran langsung even doh nie la 1st time gua jejak KLCC. Lagipun otak gua telah ditune mengatakan semua barang KLCC mahal mahal. So, setakat jalan jalan takde hal. Paling kuat kena makan kat KFC je. Itu gua dah champion sebab gua penah outing kat Ipoh semata mata nak mkn ayam kentucky je..

Dah setel semua, kitaorang nak balik la. Gua punya kesimpulan time tue, takde la best sgt..huhhh...Ok, seperti biasa kena beli tiket dulu. Kali nie gua eksyen. Gua yang 1st masuk kan kad. Lepas. Dah terer kan..(Time nie ade sikit eksyen kot).

Masa nak turun tangga, kami dengar tren datang. Gua tak ingat sapa, tapi die bagi arahan suruh cepat. So semua berlari. DENG! Gua, afdal dan zamani tak sempat masuk. Gua dah carut kat sape yang dah lepas masuk tue sebab kami tiga nie baru 2nd time naik lrt. Yang 1st masa pegi tadi.

Gua dah mula panik. Gua syak tren nie ada 1 je. So tren tue akan hantar dorang dan tren yang sama jugak akan amik kitaorang. Dah boleh agak bahana yang akan dapat nie. Tup tup...tren baru sampai. Deng, gua tertipu. Terus gua impress pasal lrt (sekarang tidak lagi). Dah masuk, gua buat muka tenang. Gua tengok senarai stesen-stesen yang ada terpampang kat atas siling lrt. Terus gua tanya zam dan afdal?

Gua: Kita turun kat Universiti kan?

Zam/Afdal: Rasa aku kat Asia Jaya sebab tadi kita naik kat sana..

Gua: Yeker? Kita kan belajar kat U, so universiti la kan...

Zam/Afdal: kah kah kah (versi nipis)...

Gua: Vavik!

Monday, April 11, 2011

Sayang punya pasal

Lama jugak gua tak menulis nie. Gua ingat ofis gua dah block blogspot nie. Sampai hati kan. Tak indie langsung. Tak 1 Malaysia. (padahal gua lupa klik bypass proxy jer)

Idea nie kadang kadang datang bak air di pili bomba. Tapi bila depan pc, macam umah tak bayar bil air. Tertunggak sampai kene pangil plumber. Itulah hakikat kehidupan, kalau tak takde kerja la orang keje kt syabas, lembaga air perak, majlis bandaraya selama, syarikat air trong kn, ye dok?

-------------------------------------------------------------

Kisah yang akan gua cerita nie mungkin berdasarkan kisah benar, gua kasi nasi tambah, gua oter mana patut. Jadi bagi siapa yang terasa, gua harap jangan disimpan dalam hati yer.

Kasi komen pakai anon pun gua dah terharu. Jangan sampai bergaduh laki bini..gua nak bagi advice, gua pun tak kawen lagi..setakat pengalaman bercinta ade la sikit..

Kasih sayang, cinta maut, rindu gila, sayang tak ingat adalah lumrah bila bercinta. Bak kata leman (je), love is in the air. Tapi haruslah diingat. Cinta yang satu adalah cinta yang Maha Kuasa. Amacam?

-----------------------------

B: Yang, u sayang i tak? Banyak mana?

BB: Sayang la b...banyak gila. Macam ikan di laut...

B: Betul? Sumpah? Kalau nanti ada orang guna guna kan i, ha mcm mana?

BB: Sumpah jangat buat main, lagipun takdenye jadi macam tue..

B: Ada sayang...kalau ada orang buat jahat kat i..u janji tau tolong i...Bagi i elok balik..I sayangg u sangat sangat..

BB: Tolong macam mana?

B: U pegi la siam ke..

BB: Wei agak agak la siam...darussyifa' kan ade....(sambil geleng kepala)


"kalo kito ingak kat oghe, orang pun ingak kat kito"

Moral of the story...insaflah!keh keh keh...

Wednesday, March 30, 2011

Reverse Saikologi


Pernah anda diganggu dengan kenyataan sebegini?

1. Eh, awak nampak berisi la?
2. Wei, gemuk gila hang!
3. Yang...u nampak gemuk la?

Jangan bimbang, saya ada jalan penyelesaiannya.

1. Eleh, awak pun apa kurangnya.
2. Bajet hang kurus, hang cantik/hensem gila.

Nie  jawapan paling saiko..abang saiko pun kalah!

3. Eleh...u lagi gemuk!

Monday, March 21, 2011


Nie ape citer nie masuk kat buletin ofis gua?perli ek?

Tren

Sekali lagi kerja kerja menaiktaraf dilakukan pada waktu kemuncak. Terima kasih rapid KL. Kami sayang hangpa!Hangpa best. Tren laju konon.

Friday, March 18, 2011

Hari ini dan semalam

Semalam

Pukul 10 dalam tren. Gua dengar lancar berkata...."balik nie I nak terus tido. I nak kunci jam pukul 5. Bangun dan buat keje sket. Kul 7 pegi keje. Sampai ofis,  touch up mana patut, print dan terus bagi dekat bos. Nanti kul 12.15 takyah makan, terus g masjid...tido!!"

Hari ini

Alarm dari pukul 5 die menyalak. Gua snooze, gua ok. Ada dalam 10 kali kot gua snooze sebab setiap 10 minit die berbunyi. Nie gua tak ok.Gua rasa sangat annoyed dengan alarm sebab tak puas tido. Nie sapa nak dipersalahkan sebab report tak siap nie? Alarm la kan!

Thursday, March 17, 2011

Kawen

Gua baru pasang niat nak kawen hujung tahun, korang restu tak?kah kah kah

Friday, March 11, 2011

Selama

Jam menunjukkan pukul 4.15 petang...gua mahu bersiap kerana mahu pulang ke.............




Buat pengetahuan korang, Selama nie best...nanti kalo korang terjumpa signboard lebih kurang cmni, tue tanda tanda korang dah berada di kawasan yang betul la tue..di bawah radius lebih kurang jarak perjalanan 30KM lagi ke Selama..tapi boleh amik masa 45 minit kalo tak biasa jalan ke sana...

Gambar di bawah merupakan mercu tanda pekan Selama..kalo ternampak tue, korang ibarat berada di KLCC..orang kata, tengah bandar la..kah kah kah

nampak tak signboard nie bagus?sebab menunjukkan masjid la yg paling dekat...

Thursday, March 10, 2011

Review - AC Milan Vs Spurs

Semalam gua punya semangat nak tengok bola memang tinggi. Gua kunci jam pukul 4. Gua suruh miza kejut. Gua pesan kat jijo yang memang gua dah tahu tak penah bangun pagi tengok bola. Gua tak isyak kunun baru ade motivasi nak bangun nanti. Nampak kan gua punya in bila nak tengok bola...

Secara overall game semalam biasa jer sebab.......................


kredit to gua: gambar ini bukan gambar mlm tadi yer..

Isyak pukul 5.15. Subuh kul 6.40. Gua memang hebat bab tido!Deng....

Wednesday, March 9, 2011

Review jujur - Barca vs Gunners

Patutnya ulasan gua pasal game nie pagi tadi. Tapi gua punya busy, gua terpaksa postpone. Standard gua la kan...alasan kena kuat! So Sebagai seorang insan yang menyokong ART dalam sesuatu perkara, gua memang menantikan game game macam nie. Apa ada hal sape menang sapa kalah, bagi gua the beautiful game lagi penting...

Dari situlah datangnya passion gua pasal bola nie…Kalau setakat hanya menyokong team tanpa usul periksa..Its up to you!Gua tak nak komen lebih lebih sebab nanti ada yang makan hati..Bagi gua kalau mana mana team main best, gua memang akan puji. Itu simple sebab gua tengok banyak orang yang menyokong team saja..Takpelah itu hak masing masing k…

OK, secara overall gua agak kecewa game semalam. Arsenal main defend habis. Bosan!Tapi what do u expect..bila kita punya sedikit kelebihan, of course kita akan pertahankan sebaik mungkin. Begitulah jua dalam kehidupan kan…Ini rumusan gua secara ringkas:

Gol 1st: Mistake daripada Fabregas. But superb finish by Messi. Mamat nie memang magician bak kata Shebby Singh.

Gol 2nd: Mistake daripada Sergio..Gol nasib bagi gua. Nampak tak kat sini gua tak bias.!

Gol 3rd: Art. Inilah yang gua perjuangkan selama ini bila main bola, tengok bola. Sokong bola. Ape ape je pasal bola. Ok, gua mamang suka tengok benda benda cantik.:)

Gol 4rd: Mistake Koscielny pulak. Simple. Dapat la penalti.

Moral of the story, dalam hidup ini kita akan selalu buat silap. Tapi sejauh mana kita bangkit dari kesilapan itu yang lebih penting. Janganlah disebabkan bola sebijik, kita bergaduh macam nak gadai kampong. Menganjing sampai gugatnya ikatan sebuah persahabatan, sebuah hubungan suci yang perlu dipelihara atas dasar kemanusiaan sejagat demi kelangsungan hidup di muka bumi nie…kah kah kah…

Apa apa pun gua salute Barcelona..dorang punya game di bawah bimbingan Pep Guardiola nie memang superb habis…Every game memang ART. Sape tak setuju..takde masalah. Gua malas nak berdebat lebih lebih.. Luorang bukak blog tulis pendapat korang, update status fesbuk ke, tulis artikel ke, buatlah apa saja..asal ada medium untuk melontar pendapat..tak pun luorang komen jela kat bawah nie..tapi komen berbau macam dot dot dot…paham paham jelah ek!gua tegas nie..xde lawak lawak..

p/s: even gua penyokong Arsenal, gua bukanlah hanya menyokong sebab ramai foreigner UIA sokong..gua hanya suka ART of the game.

p/s/s: sekali sekali kita kena serius jugak kan..kah3

Monday, March 7, 2011

Mana 1

Ha..pilih pilih nak mana satu...gua syak gua no. 2..kah kah kah




p/s: gambar nie gua amik dari emel yang dikirim oleh abang Sulaiman A.M kita...

Friday, March 4, 2011

Suweetnya Putra LRT KL Sentral, big LIKE!

Suweet giler babas LRT Putra lately nie gua tengok. Paling manis pagi tadi. Alasan dari corong speaker yang kuat gila dengan mengumumkan kerja kerja naik taraf tue memang paling kukuh punya alasan. Alasan ni kalo orang Selama, kami cakap, "kira A la tu".

Pukul 8 pagi buat kerja naik taraf. Pukul 6 buat kerja maintenance. Memang bijak! Lepas tue buat kempen gunalah pengangkutan awam. Next month nak mengundi, bagi pas free. Next next month kerja naik taraf buat balik. Maintenance kena buat pukul 6 sebab pukul 2 nak pergi makan nasi beriani kampung baru. Next next next month, kalo ada lawatan orang orang besar, beli 6 coach.

Next next next next month buat balik kerja naik taraf pukul 8 pagi. Pukul 10 pegi makan nasi lemak tangling. Pukul 6 sibuk maintenance eskelator lrt. Mesin kad biar dulu. Tunggu rosak baru buat kerja naik taraf balik.

Nanti bila nak naik taraf negara maju, baru nak buat integrated station. Mula la nak sambung putra, monorel, star lrt. Kalo boleh tempat landing helikopter pun nak masuk sekali. Lepas tue start balik la kerja naik taraf yang kena buat pukul 8 pagi. Pukul 10 mesti nak minum ais blended. Pukul 6 kena start keje maintenance. Baru orang nampak kita buat kerja. Pukul 10 mana boleh stayback. Nak tengok maharaja lawak.

Lepas tue Malaysia memang jadi negara maju. Best!

p/s: zedil, what say u, gua nampak lu pagi tadi tengah beratur nak touch n go. Komen la komen la...

Thursday, March 3, 2011

Gua stop keje fotostat gua sebab nak maki perihal company perangai awek awek..

Gua tengah marah. Nak main main fotostat pun tak boleh fokus kalau tak maki kat sini. Kenapa gua cakap company/mamat ni perangai awek awek nie.

1- Request nak meeting dalam bilik sebab dia panas..nak ada aircond, FAKING la! Kalo buat appointment, gua boleh la consider. Ni mana gua nak cari bilik..............Aduyai...

2- Gua tanya mana surat pun, dia taktau.......................WEI, study dulu sebelum tanya...Belek la mana patut dulu, pastu jangan tunjuk pandai...

3- Gua jenis lurus, please jangan lencong lencong ya!

Korang doakan la sangat sangat gua boleh benti keje cepat cepat..gua serius!

Entri nie valid sampai pukul 5.30..Pastu gua delete...Komen la selagi mau..kah kah kah...Gua dah sejuk!

Wednesday, March 2, 2011

SMS

"Bercinta senyap2 eh.mcm ni la kwn! Haha.anyway,happy 4u ptos!"

Sapa nak bertanggungjawab nie?Sila angkat tangan..Malas nak layan!

Tuesday, March 1, 2011

Lemah

Sakit gua macam nak datang balik je. Gua rasa lately nie gua punya antibodi mmg cukup cukup makan jelah. Kalo amik mid term tue, kira 51/100 la. Extra 1 markah tue pun sebab ______. Kah kah kah...Exxegerate suka hati korang la. Malas nak layan..weeek!

Bila gua dah sakit nie, mak gua la yang paling risau. Tapi dalam dia punya risau, dia punya pusing boleh tahan jugak..

".....tu la, kalau ada orang jaga kan senang...takde la mak risau risau kat sini..."

Adakah ini signal?

p/s: make sure komen entri ini kasi sampai 30 ok...

Friday, February 25, 2011

you are the meeeeeeeeeenn...

Gua baru lepas dengar lagu khayalan. Dia punya lalok sampai gua rasa nak dengar balik lagu lagu ruffej dan v.e. Sape ade ek?Kasi pinjam boleh..gua teringin nie wei..please!



p/s: untuk budak bilik gua: man, ko cd in-team simpan lagi tak? pari, lu minat lagu jatuh (adam) kn? bajet! sawit minat lagu ape ek? gua lupa..

p/s/s: untuk budak bilik sebelah: chan mesti layan spider lagi kan? tupai setia ngan chinggy die, met banyak baca buku dr dengar lagu..sbb tue bercinta pun lambat, tapi alhamdulillah kawen awal...halim gua lupa..ntah ntah die sama taste dengan sawit..kah kah kah...

p/s/s/s: budak bilik lagi 1 kita sambung lain kali lah..dorg budak budak baik..main kad pun tak reti!

Thursday, February 24, 2011

ada gua kisah..


Adab nak bertanya adalah bertanya dengan elok....kalo tak tanya la orang lain sampai anda tahu jawapan tue....kah kah kah...sekian!

Inilah lumrah gua tiap tiap hari....kalo mereka cakap elok elok, gua boleh je nak bantu...gua tau konsep baling taik bagi bunga patot diamalkan..tapi kalo tiap tiap baling taik, mana gua nak cari bunga...nak basuh tangan pun tak sempat...ape citer kan? Gua admit gua nie bukanlah baik sangat. Tapi sweet tue adela...kah3, time gua tulis nie, gua sangat angin!

Tetibe...

Ex bos gua datang division sebab harini die nak pencen. Sembang sembang, bagi nasihat. Mood gua terus turun..Sebab gua sangat respek dia! Bilalah gua boleh 'pencen' ek..gua target 1/2 tahun dari sekarang! Ini jalan yang gua pilih.......doakan gua yer!

Wednesday, February 23, 2011

Halaqah Bersama Ustat Met : Munakahat

Nie emel met kat gua pada tarikh 18/2/2011

Bro,.. new entry..tp better ko hold dulu..ko wat entry ko dl.. kalo x, nmpk mcm aku hijack blog ko plak..hahaha


===========================================

Soalan : Salam Ustat.. Dewasa ini, masyarakat sering membincangkan perkara2 berkaitan malam pertama. Jadi saya ingin bertanya, apakah hukumnya ‘mendatangi’ isteri pada malam pertama?

Ustat Met : Ada pun mendatangi olehnya si isteri akan suaminya, yakni mendatangi ia akan suami ke atas isteri nya..hukumnya adalah HARAM….























**************************************************




….Jika isterinya dalam HAID..







Hahahahahaha..jgn cuak bro..

p/s: ha, yg bujang2 lg, x teringin ke?
 

Tuesday, February 22, 2011

Riri dah ..........rupanya

Riri datang kl semalam. Tido umah jijo. Bagus sebab jimat duit syarikat tak tido hotel. Kalo ada seratus ribu orang macam riri nie, tak ke berjuta syarikat-syarikat ni dapat 'save' dan bagi bonus hujung tahun? Kecuali yang keje kat hotel la sebab sales diorang takde..kah kah kah...

So, banyak jugaklah gua, jijo, wan berborak semalam...riri macam lepas rindu nak bercakap dengan orang..lain macam dia punya hyper...Antara banyak topik yang menarik tue, gua paling suka cerita nie kaki azizulhasni masuk kayu. Ikuti sorotan di bawah yer dan sila pikir nape gua suka. Gua latih otak luorang nie wei..


Perlumbaan itu dimenangi oleh Chris Hoy dari Britain yang juga mendapat tempat kedua secara keseluruhan. Pelanggaran kelajuan tinggi di selekoh terakhir itu turut membabitkan Kamil Kuczynski dari Poland, Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol). Di kala Azizul meneruskan semula kayuhan, Dawkins menolak basikal ke garisan penamat, manakala Peralta berlari tanpa basikal yang menyebabkan penyertaannya dibatalkan.

Sape tak faham kira nasib la yer. Tapi kitaorang boleh gelak la citer kat atas tue. Harap korang cepat pick up.:)

Berbalik pada tajuk cerita riri nie. Biasalah kalau dah laki bujang berbual, topik kawen paling sedap berbual. Kami semua saling pangkah memangkah. Masing masing taknak kalah. Gua pulak antara yang sedap diterjah..Tapi bila wan tanya soalan nie, gua tepuk dahi.




 


























Wan: pari...ko dah kawen kn?

p/s: Takkan sebab pakai baju tuck in pari dah nampak dewasa? pari pari ... 



Monday, February 21, 2011

The Candidate.

Memilih ke awak ni?

TAK langsung kot! Dah habis diskaun, dari 10 kriteria (zaman kanak-kanak punya kriteria) dah jadi tiga…Dari tiga, now tinggal dua je. Please, Please. Saya minta DUA je. Please make it happen.

I keep my options open. So, here goes the list:-

1) Engineer, 28 - bekerja di syarikat minyak berlogo hijau negara

2) Engineer, 28 - bekerja di syarikat kereta nasional kedua negara

3) Accountant, 32 - bekerja di syarikat perkapalan negara

4) Engineer/AVP, 32 - berkerja di syarikat kejuruteraan GLC berlogomerah & mempunyai consultant firm sendiri

5) Pegawai Kerajaan, 33 - bekerja di badan berkanun di bawah MOF

6) Pegawai Kerajaan, 28 - bekerja di badan berkanun di bawah MOF

7) Executive, 30 - sangat berahsia tentang kerjayanya

8) Engineer, 29 - bekerja di syarikat minyak berlogo hijau negara

Conclusions:

a) I have NO chemistry with the engineers I guess? :p

b) Sebaya susah nak ngam. Yang lebih dewasa mcm tak matured. Mungkin saya patut cuba yang muda? Ahaks!

c) Umur lelaki tak se'matured' sama dengan pemikiran mereka.

d) Not every candidate is searching…Ouchh! (Not searching, but agree with matchmake..mestilah it won’t works, kan? Ding!)

e) Bila dah tua dewasa ni..skill untuk flirt mengambil hati wanita pon dah berkarat eh?

f) Lelaki suka mengaku SINGLE masih mencari, walhal dah ada bakal isteri kawan istimewa yang cun melecun macam sitinurhaliza.

g) Kawan-kawan saya sangat mengambil berat tentang saya :) (Dan mereka tahu saya mencari yang bagaimana) Syg korg!

h) None of the candidate is successful berjaya buat saya rasa berdebar-debar :(

i) Pencalonan telah ditutup. Pencarian telah berakhir.

Sekian, Terima Kasih.

P/s: Ini rahsia. Sebenarnya ada SEORANG candidate berjaya buat saya rasaberdebar-debar, but the feeling fade away after 1 months, setelah saya berjaya detect dia tidak single telah berpunya! Gotcha!

P/ss: Baik bangun qiam, minta tolong Allah SWT hantar bakal suami idaman yang boleh mensyukuri kelebihan saya dan menerima kekurangan saya seadanya. AMIN :D

Tentang Penulis
Penulis dikenali sebagai seorang yang anti-technology (tetapi mempunyai akaun mukabuku) Tapi untuk FRIENDS only. Kalau search takjumpa. Lalalala. Berharap agar dapat menamatkan zaman bujang sebelum angka depan bertukar menjadi 3. Pray hard and keep the options open :D

Friday, February 18, 2011

Rindu ek dengan gua?

Salam 1 Malaysia semua...maaflah gua dah jarang menulis akhir akhir nie, lagi celaka gua sub projek menulis entri ni dekat met kan..sorilah sayang, jangan majuk majuk..ptuihh!

Gua bukan apa, sibuk sikit nak kawen la katakan..plus ada sindrom writer block lately nie. Idea bukan senang nak datang, dah datang pun nak olah bukan senang. Sekarang baru gua tau sengsara jadi wartawan, penulis lagu apatah lagi..bukan senang nak tune..lainla sawit, sekali petik gitar guna mulut, lagu butterfingers yang keluar...monoloque kalah!

Sentuh bab guest blogging nie, rupanya met yang nampak paling semangat, sekali hantar 2 entri..mabuk ke apa!tue la suruh buat fesbuk taknak..baru tau penangan social media nie..nie pun ada satu entri..gua die sendiri yang KIV sebab sedar diri takut die hijack blog gua..ada gua kesah? kah3..so buat met dan awek awek di luar tue, jangan malu jangan segan, abang boleh kawtim punya..ni kan blog abg..awek punya pasal abang boleh tolak tepi entri-entri bapak bapak orang nie..weeek! jambu kan statement abg?

Tapi dalam dok gua buat offer luorang hantar entri, nie sape punya pulak yang hantar emel nie kat gua? gua nak cakap bijak tak sampai hati, nak cakap bingai kecik hati..luorang jawab sendiri la..fuhhhhhhhhhhhhh..mcm Awal dowh?


p/s: met, lu nak beli blog gua tak?gua jawab 5k..boleh gua beli barang hantaran!

Thursday, February 17, 2011

Sehari Di Ipoh (part 2) - Halim Peladang Jaya

Lepas kenduri kitaorang bercadang nak buat acara ziarah ke rumah halim..sampai je kat taman tu, halim terus park kereta dekat depan 1 rumah..lantas pelbagai persoalan bermain di fikiran ktorng:

1) sejak bile orang tanam padi huma kat laman umah ni?

2) Adakah halim, selaku pegawai peladang dah songlap benih serai wangi dan tanam kat rumah dia?

3) Adakah lanskap indah ini mendapat sentuhan eric leong?



Scary siot..ni kalo nak masuk rumah ni, kena tebas dulu baru jumpe pintu kot..silap2 takdan sampai pintu dah kene baham dengan rimau..mamat khalid mesti suke ni..boleh buat cite Hantu kak Limah balik Umah II..
************************

Halim: NI bukan umah aku la..aku park je kat sini..rumah aku depan tu..
..................bersambung – Incek Halim, Padeli dan Jug Ajaib

Tentang penulis.
Met atau nama penanya di blog nie Jug Mover adalah seorang yang takde fesbuk even though gua jenuh pujuk. Namun smlm beliau mmg terasa nk wat blog lepas baca cite di atas..beliau serius think about it..w/pn beliau xde fb, beliau rasa beliau perlu channel nk express feeling beliau..

Wednesday, February 16, 2011

Sehari Di Ipoh (part 1)

Sabtu, 12 Feb 2011 - Perjalanan ke Ipoh dimulai dengan upacara breakfast di umah leman. Asun yang tido kat umah leman mencemaskan keadaan sebab time ptos dan jijo sampai, dia still kat bilik lg..”jogging 4km’ barangkali malam tadi..kalo lambat sampai RnR Rawang nanti, takut kene sun*** ngan Zedil pulak..

Menu terbaik - bihun goring takde taugeh (memang faveret gua kalo takde sayur ni) diulami dengan naget dan sos dan kicap Tamin, memang menyelerakan.kalo ada kuih hijau lg 'cara' bak kata pari yang dok JB..gua,ptos dan jijo yang tak mengenal istilah “berhenti sebelum kenyang” terus tibai je bihun tu tanpa memikirkan yang bini and maid leman  tak makan lagi..huhuhuh

Sambil makan, beberapa topic penting dibincangkan seperti kes kicap kipas udang palsu (faveret aku tu..) dan diselangi dengan usikan kat ptos dan beberapa topic yang xpatut di dengar oleh Afnan Ya aa aww..

Dalam perjalanan, seperti biasa, gua la jadi penglipulara..ptos cakap, kalo dalam keta takyah bukak Sinar fm dengar celoteh abg jem sebab gua dah ada..

Kenduri Helmi - Sampai dekat kul 1 dah, so agenda mengisi tembolok lebih penting dari berjumpa pengantin..pas makan, kaum2 ibu biase arr, ngan topic babynye manakala kitaorang banyak kepada current issue seperti demo kt mesir. Topic ini menjadi penguat hujah mengapa gua takde fb, Mubarak jatuh sebab fb and Twister..hahaha (alasan)

Ptos n Jijo tak senang duduk sbb Helmi selaku benchmark diorang pun dah kawin..lagipun helmi bukan tangkap muat je, bak kata org putih “ada taste” la..so ptos n jijo kene cr benchmark baru..mungkin Japa??



.................................bersambung – “En halim , padeli dan bapak aku Org Kaya Berjuta”

Tentang penulis.
Met atau nama penanya di blog nie Jug Mover adalah seorang yang takde fesbuk even though gua jenuh pujuk. Namun smlm beliau mmg terasa nk wat blog lepas baca cite di atas..beliau serius think about it..w/pn beliau xde fb, beliau rasa beliau perlu channel nk express feeling beliau..

Monday, February 14, 2011

Walk the Talk!!!

Gua mmg pembaca setia Bpop tiap2 hari ahad..tp bile baca last page ni, gua rasa bodoh gile..Gua rasa gua patut join Pakatan Rakyat boikot media arus perdana la…blog Ptos lg reliable …



Alo kak,

How you define sexy? Xkan kalo bogel baru kire sexy?

Pki macam ni kire x seksi ke?

**********************

Gua rasa gua patut kurangkan aktiviti2 berunsur “langha’ dan hedonism ni..

Tentang penulis.
Met atau nama penanya di blog nie Jug Mover adalah seorang yang takde fesbuk even though gua jenuh pujuk. Namun smlm beliau mmg terasa nk wat blog lepas baca cite di atas..beliau serius think about it..w/pn beliau xde fb, beliau rasa beliau perlu channel nk express feeling beliau..

Guest Blogging

Gua dengan ini membuka peluang bagi sesiapa yang malas nak buat blog, nak bukak fesbuk bagai untuk menjadi guest blogging di blog gua yang makin hari makin naik nie.

So, sape yang berminat inform gua k..nie emel gua, liberowinger (at) gmail.com

p/s: gua akan sunting mana perlu, nanti tak pasal blog nie jadi blog bukan bukan...

Sunday, February 13, 2011

Ya aa aaww


Afnan bukan fadli pun pandai nganjing...keh3

Wednesday, February 9, 2011

Apabila jijo berkata kata

"tos, antara persahabatan dan percintaan, ada thin line @ garisan halus yang memisahkannya..."

Dulu ayat nie gua penah dengar dari met, die kan doktor lurve, konon & bajet. So gua dengar sambil impress gila babi kat met. Padahal bercinta pun lambat. Tido pun selalu jatuh longkang. Dalam bas pun boleh kena tindih. Yang pasti, die ngan leman penah berbicara pasal cinta masa main futsal kat stadium sampai nak laung kuat kuat 'love is in the air'. Fucking..kah kah kah..Sekarang amalan mencarut gua tak nak selindung selindung. Baru true identity. Benda nie tak baik, so jangan ikut.

Tapi, bila jijo yang berkata macam tue kat atas..........................














Gua gelak guling guling sampai orang tabligh datang bagi salam kami tak menyahut.....

Tuesday, February 8, 2011

tiada kene mengena dengan kes sape2

gua bile balik kl rasa mcm balik penjara. sekian!

al-kisah asun n mama

Alo semua...mana komen-komen luorang nie kat blog gua? takkan merajuk kot gua tak sambung cerita met..kawtim la sket, gua sibuk beb..balik kampung buat keje kontrak, cat rumah sapu sampah sidai baju segala bagai..badan yang dulu taf pun kini makin taf..tangan usah kenang la berurat beb...mama suka la tue!opps lupa..halim pun suka...kah3..

Gua tak sangka semalam pas gua post citer pasal riri...sume tepon gua mcm gua zuber pandang zuber jeling....tanya kesasihan cerita gua..wei!yang luorang serius sangat apehal...macam tak kenal gua...macam tak kenal riri, macam tak kenal asun...deng! nie bukan blog fuuhhh...walaupun gua penah teringin nak jadi Awal..nak buat rambut pacak pacak kasi setting..tapi gua batalkan hasrat tue sebab gua tau hala tuju gua...nie gua serius, gua garang beb!adik gua panggil gua abang abang...

So, buat luorang yang tak kunjung tiba tepon gua, msg2 gua psl citer riri...henti henti kan lah tabiat nie..kah3..gua bz, gua nak update blog pun tak lepas...sebab ape?

Gua sayang kawan-kawan gua. Bold tue beb! Kenapa gua cakap mcm nie? Sebab gua taknak luorang berprasangka negatif dekat riri. Sound gay dowh. deng! Kalo luorang ade simpan hati kat die, pas baca post smlm, luorang tak berani nak approach riri, tu silap luorang la. Kah kah kah..Patutnya luorang kene usaha lagi...Riri kan sweet mcm candy, lemak tak lemak gua taktau...yeeek!

Moral kat sini yang gua nak gtau luorang ialah kasih sayang gua kat kawan-kawan gua bukan setakat di blog sahaja. Kalo gua nampak luorang buat bukan-bukan gua akan tegur. Tanyalah sawit. Die selalu kene tarbiah dengan gua dulu atas kesilapan yang beliau lakukan. Wording kesilapan tue pun luorang jangan exeggerate lebih lebih. Jijo pun sama selalu kene tarbiah sampai hal pejabat pun gua masuk campur..Cuma leman je gua tak sempat tarbiah. Sebab leman setia. Met pun setia. Fu*k!

So, buat luorang yang ada aku kesah pasal riri tue, sila bawak mengucap. kah kah kah...Riri nie sweet plus hensem, kacak, bergaya, main bola pakai seluar panjang, tido pakai boxer plkn..so kalo luorang nak tekel die, usaha kasi lebih la..tapi yang gua tau, riri setia ok!sekali die buat palat...gua tak segan silu tarbiah die. Gua dulu sekolah agama, riri pun satu sekolah dengan gua...so gua kenal riri mcm mana..tapi riri ada abang angkat ke tak ek? sekolah gua mana ade pompuan...ha pikir bukan bukan lagi la tue...hisssh!



p/s: deng, nie citer asun ke cite mama...citer dorang gua bawak esok lusa...

Monday, February 7, 2011

peh, gua tak sangka...



p/s: status nie gua dah delete kt fesbuk demi menjaga silaturrahim sesama insan....kah3

Monday, January 31, 2011

Cite met gua tangguh...ade benda lagi penting...sila copy paste..sebarkan...please!

Sumber: http://ariffshah.com/krisis-mesir-keadaan-sebenar-pelajar-malaysia/

Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.

Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
So what can you do now?
  1. Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
  2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
  3. Share this on Facebook.

Tuesday, January 18, 2011

Met yg suweet sket

Gua ingat nak citer psl met arini. Tapi kepala gua punya sakit datang baik punya...kensel!so anggaplah gua trigger je luorang yer..

Monday, January 17, 2011

Riri yang suweet

Gua sebenar nak bahan riri. Tapi sekali msg-msg yang gua nak reveal kat sini ntah mana hilang. Deng! Bukan apa, gua tak sangka la riri ni jenis yang take care habis. Adakah dia dah berubah? Mari kita lihat....

Sabtu malam lepas, die msg gua tanya ade game bola ke tak. Gua pelik riri ade life rupanya. Kalo ikut gaya hidup maskulin dan koprat sebab dah pandai pakai kafling, gua syak balik rumah terbongkang pakai boxer bunga warna biru. Gua pun reply la. Satu satu game gua reply. Gaya macam ada live kat semua channel. Kah kah kah...

Dalam msg gua yang berjela panjang tue, gua sempat selit ayam  kata kata dua kat riri....'lu bila nak tunang?' Tu kalau tak silap gua la. Kalau salah, nanti riri kasi betul kat komen...keh3. Standard riri kalau sape yang penah kenal die. Mesti die kasi pusing balik la. Susah nak lawan. Pandai jugak rupanya die berhujah taknak kalah. Gua yang bersikap abang abang aritu sebab balik kampung, hanya mampu melihat saja riak riak nakal riri. Riri kan kiut, macam aoron aziz. Nak yang hensem je. Kat gua, lu pakai alif aziz jer. Deng!



Ok, sambung balik. So bila gua tak reply, riri cuak. Die msg minta maaf. Biasalakan, gua kan nak masuk umur 30-an, tue yang riri gusar. Sekali lagi gua tak reply. Gua kan sibuk kat kg layan adik adik. Gua kan abang abang. Harap riri paham nape gua tak reply hari tue. So, gua ingat bende nie dah setel la. Rupanya belum. Nie msg riri yang masuk iphone henpon gua tadi.

"Bro...lu angin sama gua ke..Gua gurau2 je aritu bro.."

Luorang tengok. Sweet tak sweet riri nie. Ibarat awek merajuk tapi sanggup lagi pujuk. Fighter jugak budak ni rupanya....mari kita tunggu komen dia..kah kah kah...

p/s: Ri, lu kasi citer ayat kasar n minta maaf lu tue, simpan lagi kn kat sent items...dorg nie bukan apa, mula la nak suspicious bagai...weeekkk!

Friday, January 7, 2011

Janji

Lepas kelmarin mak gua tau gua tak baik-baik lagi demam, batuk, selsema bagai, semalam die telefon lagi tanya update kesihatan gua. Maklumla, gua kan anak kesayangan. Lagipun, mak gua takde fesbuk. So die taktau hal hal sakit gua nie.

Gua pun malas nak story sangat. Takut die risau lebih lebih. Maklumla orang dulu dulu, diorang lagi prefer guna telefon telegram. Cepat dan pantas. Tapi kalo budak muda zaman sekarang takde akaun fesbuk, emmm....lu orang sambung la sendiri...kah kah kah...

Pung pang pung pang ngan mak gua, die sempat selit...

"ha, mak nak tuntut janji nie...hang cakap dulu nak kawin sebelum umur 28 kan? Ha sempat ka sebelum bulan 5 nie? Takpala, bagi adik hang setel dulu..tapi mak bagi sampai hujung tahun ja...boleh?"

Terus gua batuk tak berhenti henti...........

p/s: bila mak gua gtau yang gua pegi buat blood test dan resultnya tak dapat lagi, terus mak gua minta no telefon klinik tue nak cakap sendiri dengan doktor, nak analisis result gua...pehh!

Thursday, January 6, 2011

20-an

Even rasa dah macam overtaken by event, tapi gua nak cerita jugak. Masa menunggu ambang tahun baru yang sudah semestinya bukan di KLCC lagi, gua dapat 1 mesej dari prosper. Mesej ni memang padu. Mari kita baca ye anak anak...Sumpah gua tak edit. Nie sebijik dalam telefon bimbit gua.

"Selamat tahun baru 2011.Sedar xsedar dah nk masuk 28 tahun.12 tahun lagi,40.'

Terus terpacul ^&%$#%(%$#. Tapi betul jugak. Lately nie perangai seperti suka main internet, tido tido, makan tengah hari tapau je, workholic, careerman, cuti ofis call call, malas malas, dah tak fun semua ada kat diri gua. 

Takutnya perangai perangai comfort nie jadi sebati dalam diri gua. Macam kene kawen je tahun nie....kah kah kah....

Tuesday, January 4, 2011

Resolusi 2011

Rasa gua belum terlambat nak wish selamat tahun baru 2011. Buat yang nak buat wish list tue, gua ucap good luck la. Takyah la buat panjang-panjang. Nanti ke laut jugak. Gua tak nafikan list tue penting, tapi lagi penting action dari wish list tue. Keh3

So, gua pun nak kongsi list gua. Pendek tapi padat.

1. Tak tinggal solat
2. Kumpul duit
3. Jogging tiap weekend
4. Jaga kesihatan
5. Kawin

So, sudi-sudikan lah kongsi azam korang yer..yang baik, gua follow dari belakang...

p/s: Korang suka azam no. 5 tue kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...