Wawasan untuk memiliki rumah ni gua anngap satu tindakan yang bijak jika sudah punya kewangan yang cukup. Kewangan yang cukup bukanlah ada duit sampai ratus-ratus ribu. Kalau ada tu, kira baguslah. Gua tumpang bangga tapi pelik juga.
Jadi, prinsip kewangan yang cukup tu ialah boleh bayar duit sewa bulan rumah yang nak beli tu. Disebabkan zedil dah beli rumah dan buat makan-makan sempena masuk rumah baru tu, gua ucap sekalung tahniah la. Kira hebat jugak la financial planning dia.
Mungkin sebab buku Rich Dad Poor Dad yang dia baca sebelum tidur masa kat rumah puaku dulu. Walaupun gua rasa banyak lagi masa main Winning Eleven saja. Menang pun sebab pakai Chelsea dan guna keyboard. Keje pula main defense saja. Serang taknak. Sadis!
Balik cerita Makan-makan haritu. Gua pun sampai lambat. Keputusan nak pegi pun dah hujung waktu. Jadi, sebab riri selalu bukak blog ni, gua minta maaf siap2 la. Nanti takut dia kecik ati. Gua sampai pun pukul 5. Ikut jadual, time tue dah boleh kena halau. Paling mulia, nak makan pun amik sendiri kat periuk belakang macam sedara mara.
Acara makan-makan berlangsung mcm biasa. Umpat mengumpat, kutuk mengutuk, met asyik nak buat lawak padahal takde la lawak sangat, dan paling best sesi menyoal jawab pasal kahwin. Halim tanya soalan macam soalan yang penah gua tanya. Gua ketawa dan bertanya kembali. Mana boleh kalah. Sekian...Banyak kerja nak buat nie
転職前に源泉徴収票を紛失してしまったら?
6 years ago
1 comment:
syoknyee dah kawennnn
Post a Comment