Wednesday, December 14, 2011

Redha itu ikhlas, pasrah itu menyeghah

Kalau orang lain boleh buat reviu, tak kan gua nak kalah. Adat lelaki egoistik, gua akan sahut cabaran untuk menulis reviu filem secara konsisten untuk entri-entri yang akan datang. Secara tak langsung, gua akan rasa berbaloi bayar tiket mahal-mahal sampai pembuat filem dapat juta-juta. Kalau gua semangat, gua reviu sekali pasal Master Chef.

Pertama, bila keluar je filem ni, gua punya nafsu nak tengok boleh tahan jugak. Lain macam. Macam orang baru kahwin. Gua syak penangan iklan dan OST filem ni. Dia punya sedap sampai sekarang gua asyik rewind lagu tu.

So bila bini gua dapat booking tiket pada hari bekerja kerana hari weekend sold out, perasaan gua membuak-membuak. Jarang jugak rasanya gua nak feel tengok cerita melayu ni. Kah kah kah.

Gua mulakan dengan pemilihan pelakon. Gua rasa Osman Ali memang bijak. Ambil pelakon yang tengah naik dan boleh bawak watak tu dengan baik. Cuma adakala gua rasa nak gelak sebab watak Izzah tu Maya Karin yang bawak. Sebab, tak nampak kampung sangat.

Cakap pun tak melayu habis. Takdela gua kata dia tak layak langsung. Macam ada satu reviu tu kata, kekuatan Maya Karin pada mata dia. Part ni gua setuju habis. Mana ada orang perfect kan. So, part cakap tu terus jadi minor.

Pastu, watak Izzah yang macam hamba habis. Nie serius gua tak boleh blah. Dah la si Haris tu layan dia macam setan. Boleh pulak dia layan macam raja. Part ni gua panas. Sebab, rasa Izzah macam kena bomoh. Ada lagi ke orang macam tu zaman sekarang? Mungkin nak tonjol Izzah ni betul-betul naif kot.

Cilaka, apsal gua menulis secara berlapik nie? Niat gua nak hentam tadi.

Aaron Aziz macam biasa dia punya power la. Orang tengah naik kot. Pandai jugak dia buat lawak. Tapi, paling gua panas hati, 2 brader sebelah kanan gua. Dia punya komen kat semua scene macam pengkritik filem. Amboi amboi brader. Rileks la. Tunggu la habis filem. Paling cilake mamat tu cakap kat kawan dia, muka Aaron macam abang ko dowh. Cis, dasar peminat fanatik lelaki.

Bront pulak seperti biasa kalau watak picisan, dia memang boleh pergi jauh. Watak utama gua rasa drama je kot. Lisa Surihani pulak macam biasa je bagi gua. Tipikal. Macam dalam Adamaya je. Part dia menangis macam nak baling cincin tapi pakai balik tu kelakar. Gua gelak macam tak cukup nafas. Sorila brader sebelah gua. Ini pembalasan atas percakapan korang yang tak cukup nafas jugak tu.

Cilaka, baru part ni dia punya reviu panjang macam setan. Gua terus masuk kesimpulan la. Overall, sapa yang tak pernah baca Novel tu, mungkin berbaloi la. Nasib bini gua tak bagitau sebelum tengok. Kira, surprise jugak la ending dia dan sangat romantis bila dapat tengok wayang bersama isteri buatkali pertama. Cuma, kalo 2 brader sebelah tu takde, gua syak entri ni gua tak dapat nak up. Harap paham. Sekian.

1 comment:

Anonymous said...

testi ng

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...