Tuesday, April 12, 2011

Budak Kampung

Gua, Met, Pari, Zedil, Afdal, Helmi, Caer, Zamani, X-k1 adalah dari satu sekolah yang sama. Sekolah mana?Gua tak perlu bagitau sebab rasanya kebanyakkan pembaca blog gua nie dah kenal. Yang tak kenal tue, buat buat jelah kenal yer..

Lagipun bukan watak penting sangat pun diorang dalam citer nie. Picis jer. Kira kalo berlakon drama, tue watak extra. Senang citer, andaikata gua adalah hero dan miza adalah heroin, met tue ibarat orang yang lalu jer dalam shoot tue..kah kah kah...

------------------

Satu hari sabtu tu, kami semua plan nak g KLCC. Kira nie 1st time keluar kawasan sesama dari matrix UIA tue. Suweeet tau....tapi X-k1 tak ikut tak silap gua. Gua tak ingat nape die tak ikut. Maybe die dah biasa dengan KL dan KLCC. Lagipun die orang Rawang (kot), pari orang Lenggong.

Kami naik bas Putra yang mana bas nie akan berenti kat Asia Jaya. Nie pun setelah bertanya kat budak budak KL. Peh, rasa kampung gila. Gua syak time nie met masih pakai seluar slack. Tak reti pakai jeans lagi kot..Baju pun besar lagi. Rambut sikat stail biasa la. Tarik belakang. Mana die penah buat pacak. kah kah kah..

So, bila sampai stesen Asia Jaya, kami semua pi beli tiket. Part beli tiket tue takde hal sangat. Tapi part nak masuk kat mesin, gua neves. Nasib gua jenis genius belek kad tue depan belakang. Nampak anak panah. Lega.

Kira nak pi KLCC tue gua dah tak heran langsung even doh nie la 1st time gua jejak KLCC. Lagipun otak gua telah ditune mengatakan semua barang KLCC mahal mahal. So, setakat jalan jalan takde hal. Paling kuat kena makan kat KFC je. Itu gua dah champion sebab gua penah outing kat Ipoh semata mata nak mkn ayam kentucky je..

Dah setel semua, kitaorang nak balik la. Gua punya kesimpulan time tue, takde la best sgt..huhhh...Ok, seperti biasa kena beli tiket dulu. Kali nie gua eksyen. Gua yang 1st masuk kan kad. Lepas. Dah terer kan..(Time nie ade sikit eksyen kot).

Masa nak turun tangga, kami dengar tren datang. Gua tak ingat sapa, tapi die bagi arahan suruh cepat. So semua berlari. DENG! Gua, afdal dan zamani tak sempat masuk. Gua dah carut kat sape yang dah lepas masuk tue sebab kami tiga nie baru 2nd time naik lrt. Yang 1st masa pegi tadi.

Gua dah mula panik. Gua syak tren nie ada 1 je. So tren tue akan hantar dorang dan tren yang sama jugak akan amik kitaorang. Dah boleh agak bahana yang akan dapat nie. Tup tup...tren baru sampai. Deng, gua tertipu. Terus gua impress pasal lrt (sekarang tidak lagi). Dah masuk, gua buat muka tenang. Gua tengok senarai stesen-stesen yang ada terpampang kat atas siling lrt. Terus gua tanya zam dan afdal?

Gua: Kita turun kat Universiti kan?

Zam/Afdal: Rasa aku kat Asia Jaya sebab tadi kita naik kat sana..

Gua: Yeker? Kita kan belajar kat U, so universiti la kan...

Zam/Afdal: kah kah kah (versi nipis)...

Gua: Vavik!

9 comments:

Anonymous said...

gua syak kalau gua ade dekat situ time tu, dah xbole nak gelak2 nipis dah. confirm guling2. sbb lps diceritakan semula pun, gua punye gelak sampai nak kuar air mata. siiiaaannnyeeee.... suci gile pemikiran dulu(kini, tidak lagi) ahahhah

-miza-

Anonymous said...

Dulu kalo nk baca buku, kene g perpustakaan desa, kalo gempak sket, pinjam buku time perpustakaan bergerak dtg skolah..tp skang gua dgr, dia layan kinokuniya je..kedai buku popular, zeenath store mmg xpandang dh..
maybe dia lyn kino sbb nama jepun kot..dia kan muka ala jepun sket..pthuih..hahahah

-kinomet-

Anonymous said...

ok..takde kena mengena
tapi gua kire ape

Undang-undang Pengkorporatan MIDA berkuat kuasa Julai: PM


2011/04/12
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata Rang Undang-undang Pengkorporatan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat dijangka berkuat kuasa pada Julai.

Perdana Menteri hari ini berkata, melalui langkah itu, MIDA akan diperkasakan sepenuhnya untuk mempercepatkan membuat keputusan dan menyelaraskan agensi promosi pelaburan yang lain bagi meningkatkan keupayaan pengeluaran ditambah nilai yang tinggi Malaysia dan mengembangkan sektor perkhidmatan. "Jadi, bagi mengelakkan pertindihan dan kekeliruan, MIDA akan diperkasakan sepenuhnya bagi membuat keputusan dengan segera dan menyelaraskan kesemua agensi promosi pelaburan yang lain bagi sektor pengeluaran dan perkhidmatan Malaysia," katanya semasa berucap pada persidangan "Invest Malaysia 2011" di sini. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu akan meningkatkan sektor pengeluaran dan perkhidmatan yang penting bagi meneruskan lajakan transformasi ekonomi Malaysia.

Pelabur menyambut baik pengkorporatan MIDA dan menyatakan ia jelas mencerminkan kesinambungan program berorientasikan tindakan bagi menarik pelaburan berkualiti tinggi dan mengantarabangsakan ekonomi Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri di bawah Program Transformasi Ekonomi.

Beralih kepada Talent Corporation Malaysia Bhd yang diwujudkan bagi menarik dan mengekalkan bakat asing terbaik, Najib berkata insentif cukai pendapatan peralihan yang baru akan juga diperkenalkan di mana ahli profesional Malaysia yang pulang akan layak menerima kadar tetap cukai pendapatan 15 peratus bagi tempoh lima tahun.

Beliau melahirkan harapan agar langkah itu akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia yang berkhidmat di luar negara yang mempunyai kepelbagaian pengalaman dan kemahiran untuk pulang dan memainkan peranan aktif di dalam transformasi ekonomi Malaysia.
Najib turut mengumumkan bahawa satu kerangka dana pencen swasta yang baharu yang membolehkan diwujudkan skim persaraan swasta diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti akan turut diwujudkan menjelang akhir tahun ini dan akan menggalakkan kepelbagaian yang lebih meluas di dalam pengurusan simpanan jangka panjang.

"Seiringan itu, keupayaan pengurus dana untuk melabur secara langsung akan dimudahkan melalui peluasan pelbagai struktur perundangann bagi meraih pelaburan," katanya.

Najib berkata, usaha akan turut dilaksanakan untuk menarik pakar pengurus dana dan untuk menggalakkan kepelbagaian lebih meluas strategi pelaburan, pengukuhan hubungan antara simpanan negara dan pertumbuhan ekonomi.

Beliau turut menonjolkan bahawa pelaburan RM3.3 bilion oleh Mitsui and Co bagi mendapatkan kepentingan 30 peratus di dalam Integrated Healthcare Holdings Sdn Bhd yang dimiliki Khazanah Holdings yang diumumkan pada minggu lalu "adalah satu urus niaga yang besar bagi kita."

Katanya, urus niaga itu yang juga pengambilalihan asing terbesar kepentingan di dalam satu ekonomi Malaysia sehingga kini mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur di dalam antara satu Bidang Ekonomi Utama Negara - iaitu sektor penjagaan kesihatan.

"Keputusan oleh pelabur antarabangsa utama seperti Mitsui untuk membeli satu perbadanan pelbagai negara yang diterajui Malaysia, adalah cerminan yang jelas kepercayaan mereka terhadap tadbir urus kita yang baik di mana hasil yang diperolehi melalui transaksi ini akan menjana projek penjagaan kesihatan lebih RM1 bilion di seluruh Malaysia," katanya. - BERNAMA

Anonymous said...

article ni ptos nak post kat next entry die la

Anonymous said...

hahahaha....tapi sebab semangat setia kawan yang dasyat punya pasal...ktorang tunggu gak korang sampei kat stesen asia jaya tu kan...tapi tunggu untuk gelak la kan...kihkih....
walaupun risau sket korang sampei kelana jaya...tapi gua yakin ptos xsesat...dia x kampung mcm met..kejutan budaya....kihkih...

-riri-

Anonymous said...

Ptos sgt suweet sbb selalu cerita2 pasal kenangan2 korang time study dkt UIA dulu. Kire mcm sweet laaa sbb slalu ingt kaann... Baanyaakk kenangan dkt UIA terchenta rupenye..ahah =P

-Miza-

Anonymous said...

Miza :
1) Ptos mmg suweet, tp kwn2 dia lg suweet (aku n pari)
2) Ptos ada abg kt uia nama Saweed
3) Kt mida ada abg nama Sawadee

Anonymous said...

additional info: miza
abg ptos kat uia tu pernah keje mida kejap ngan ptos

Anonymous said...

bgus kome ni..ade gak avenue untuk bebudak xde fesbuk mengkomen & keep in touch ngn kamu ye dok?..nk hrpkan dorang?.nk bukak fesbuk pun xtau apatah lg berblogger mcm kamu.kter bakor je dorang ni..kter bakor..
-kak limah pun ade fesbuk,anda bila lg?-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...