Thursday, September 30, 2010

Straw

Kenapa kita perlu amik 2 batang straw bila beli air?

1. Kalo straw tue patah/jatuh, ada la back up

2. Kalo makan dengan isteri/awek2, boleh la laga-laga hidung

Ada lagi alasan yang munasabah tak?

2018 - Birthday gua

"Abah baca ape tue?" rayyan tanya sambil duduk sebelah gua.

"Baca komen kawan-kawan" gua jawab biasa biasa.

"Ooo.. tue ayah afnan kan abah? Yang tue pulak pakcik nasrun kan? rayyan tanya bila tengok muka leman dan abang seniur.

"Aaah" gua balas sambil angguk setuju.

"Yang selalu datang rumah kita tue..alaa, ha pakcik asraf ngan pakcik farizz takde komen pun ayah?

"Diorang mana ada fesbuk!!" gua jawab malas-malas dan terus klik sign out.

Gua dukung tangan rayyan ajak pegi main PS2.

Wednesday, September 29, 2010

2018 - Demam Selesema

Jam pukul 9.00 pagi. Gua baru lepas hantar bini gua pergi kerja. Itulah rutin gua. Tak sanggup biar dia berdiri naik ERL dan berhimpit-himpit dengan orang lain. Biarlah gua bersusah payah sendikit demi insan tercinta yang gua gelar sebagai ibu. Teringat gua masa zaman bujang dulu-dulu masa naik Putra LRT. Kalau dapat duduk tue memang ajaib la. Tapi best dapat cuci mata. So, gua taknak la budak-budak bujang tengok bini gua lebih lebih. Gua cemburu. Cemburu kan tandanya sayang?

Gua ke ruang tamu dan On kan laptop. Gua klik IE dan taip bharian.com.my. Gua klik Ctrl + T untuk buka blog gua pulak. Gua klik Ctrl + T untuk buka emel gua. Inilah kerja gua. Ini yang gua ingin kecepi masa tahun 2010. Gua nak kerja dari rumah. Gua nak jagi blogger sepenuh masa. Gua nak jadi internet marketer sepenuh masa.

Sedang gua asyik check emel jemputan daripada rakan-rakan JV, tetibe Ammar Rayyan dah ade sebelah gua dan capai New Straits Time yang gua beli kat 7E tadi. Sebelum gua hantar ibu die pagi tadi, die cakap hari ni malas sikit nak pegi tadika. Gua kawtim sebab at least gua ade teman.

"Ha, dah bangun anak abah nie, fateen tido lagi?" gua menyapa anak sulung gua.

"Assalamualaikum abah! Adik tido lagi la" rayyan jawab tapi agak kurang semangat sket.

"Waalaikumsalam. Nape nie, tak larat je abah tengok" gua balas sambil simpan dalam dalam.

"Selesama la abah, nak 100 Plus boleh tak?" rayyan buat gaya manja-manja.

"OK, tapi balik kampung jangan cakap kat opah tau" gua ugut rayyan.

Rayyan angguk tanda setuju. Gua capai kunci moto dan gerak ke 7E.

p/s: dulu mak gua tak bagi minum 100 Plus sebab katanya boleh dapat kencing manis. Tapi 100 Plus la yang paling boleh jalan kalo gua selesema.

Tuesday, September 28, 2010

Rumusan Pot Luck Raya 2010

Pertama sekali jutaan terima kasih gua ucapkan kepada bini leman kerana sanggup menjadi moderator untuk event ini di laman fesbuk. At least segala urusan pre-program dapat diuruskan dengan lebih baik seperti urusan pilihan makanan, kedatangan para jemputan dan sebangainya. Antara kesannya gua akan senaraikan nanti. Nampak tak betapa hebatnya kuasa fesbuk buat orang-orang yang masih lagi tidak membuka akaun fesbuk.

Opps gua lupa, terima kasih juga buat tuan rumah kerana sudi membenarkan majlis ini diadakan di teratak anda. Baru gua tau rupanya ijoy dan lampu lip lap lip lap tak boleh dipisahkan. Kat kereta nak pasang, kat umah pun dia nak letak. Sori la mula-mula met ingat bini lu marah letak kat keta, lu cabut pasang kat umah pulak. Kah kah kah

Rumusan & Pemerhatian Gua.

1. Mama pilih makanan yang tepat kali ini. Die bawak spegetti. Dah takde kes-kes peras ugut kena makan sambal goreng macam buka puasa aritu.

2. Seperti yang gua duga, acara berfutsal tak jadi. Acara berPS2 pun tak jadi. Acara berbowling apetah lagi.

3. Gambar kenang kenangan, aksi tumpah tumpah gua rasa akan diupload tak lama lagi di ________ . Met & Riri nak tgk? Bukak _______ = fesbuk.

4. Lu orang tambah sendiri....

p/s: Buat AC sori gua tak dapat hadiri majlis open house lu. Gua dah ingat dah hantar wakil aritu cukup la. Rupa-rupanya dia pun tak datang. Nak tag-team main pukul pukul konon. Sudahla....PEACE!!!keh keh keh.

Friday, September 24, 2010

Budak Bilik Gua Part 2 - lu tumpang gua g p.a.c. kat kemaman

Nama diberi Fakhrul Anwar. Nama glamer sawit. Nama manja baby. Ptuihh...Seperti yang gua inform sebelum nie, gua merupakan bekas budak bilik dorg sebab penubuhan ahli-ahli bilik hanya melibatkan 3 orang. Leman, sawit dan riri. Gua hanya mencukupkan korum. Gampang!

Sekali pandang macam Buzen. Celah mana buzen gua taktahu. Tapi yang pasti mulut manis bai. Kalah tebu. Kalo tak takdelah gua panggil die abg menanam tebu di pinggiran bibir. Die nie pandai main gitar. Kalah leman. Lagu butterfingers selambe je die plucking pakai mulut. Tune memang tak penah lari wei. Dahsyat dahsyat.

Die juga merupakan antara yang paling alim antara kitaorang. Jadi imam maghrib selamba jer. Mana tak selamba. Pakai kopiah, pakai kain pelikat sampai atas pusat tapi tak pakai baju. Sah sah wei solat lu tue gua rasa sebab menutup aurat kan? Nak harap riri memang tak dapat la. Nak tepuk belakang jangan harap sekali sbb die bijak amik port hujung penjuru belah kiri. Peace riri.

Bersambung sbb gua nak tido...

Wednesday, September 22, 2010

Nasi

Gua sangat suka makan nasi. Tapi ade orang cakap boleh dapat kencing manis.

Betul ek? Malas nak google. Nak balik makan nasi.

p/s: dah macam fesbuk kan? Kesian bagi yang tak berani bukak akaun fesbuk. Kah kah kah

Tuesday, September 21, 2010

Real

UPDATE!

Tangan bengkak delete emel.

-----------

Tangan kebas delete emel.

p/s: apa barang post kt wall fesbuk!

Thursday, September 16, 2010

Perihal luorang

Kalo bab-bab kawen, korng punya komen bukan main meriah.

Thursday, September 9, 2010

2018 - Berbuka Puasa

Gua baru selesai solat asar berjemaah bersama keluarga tersayang. Bermakmumkan isteri tercinta (xxx) dan Muhammad Ammar Rayyan (6 thn). Adiknya Fateen Najiha (3thn setengah) pula syok tido di ruang tamu. Letih sangat kot. Gua senyum bila ingat balik Ammar iqamat tadi. Walaupun sangkut-sangkut, tapi die berani mahu mencuba. Tak macam gua dulu-dulu.

Kagum dan kaget jugak gua tadi bila die mula-mula minta nak azan. Terpaksa gua ckp, " iqamat je yer, Asar dah lama masuk sayang". Ibunya geleng-geleng kepala di saf belakang. Ammar angguk tanda setuju. Bagus anak abah nie. Tak sia sia selalu tengok Astro Oasis dari Astro Ceria.

Selesai je solat, kami semua bersiap mahu ke rumah Pakcik Leman dan Auntie Amoi. Ade reunion berbuka puasa. Alhamdulillah kali ni gua datang bersama keluarga. Gua teringat memori 2010. Gua masih single. Awek pun takde. Jenuh juga pekakkan telinga dengan sindiran-sindiran tetamu yang hadir.

Berbuka puasa kali ini lagi meriah dan mewah. Abg seniur 'payung' semua. Maklumlah dah jadi Pengurus Bank Rakyat cawangan Puchong. Kariernya hanya bermula dari seorang Exec pada tahun 2008 dan kini telah menggenggam title Manager. Cepat betol ko naik kata leman. Abg seniur senyum nipis masa kami semua berborak mengenai jawatan beliau sekarang.

bersambung....

Tuesday, September 7, 2010

Gigit stereng

Sebut je raya bagi warga kota, takde perkataan lain yang boleh amik tempat "balik kampung". Jalan Masjid India, Showroom semua jatuh nombor dua. Biarlah kerja kat KLCC ke, KL Sentral ke atau mana-mana tempat lain sekalipun yang melambangkan status elit warga metropolitan, tapi kalau raya tak balik kampung, lu orang fail. Sumpah! Baik kerja kat oversea je. Paling kurang boleh hantar ucapan kat berita harian. Nak glamer lagi join RTM punye sampaikan salam dari perantauan. Boleh main-main salji bagi orang kampung teruja. Padahal luorang menangis nak makan lemang rendang bagai. Keh keh keh

So, malam ni insyaAllah gua pun nak balik kampung. Luorang doakan keselamatan gua yer. Gua pun doakan luorang. Fair la kan? Tapi bila sebut pasal nak balik kampung nie, gua teringat kata-kata abg seniur tahun lepas dengan gaya sedih-sedih konon.

"Hensem, raya tahun depan mcm mana? takkan balik raya nak gigit stereng lagi? takkan nak bagi jiran tanya.."aik, raya pertama kat sini lagi ke?"

credit to google k.

Gua senyum sinis sambil dah bajet senario yang bakal berlaku tahun nie. Tahun depan, belum tentu ok? Gua sahut cabaran tahun depan seniur!!!

Monday, September 6, 2010

Tido

Raya dah nak dekat. Gua syak masing-masing dah tak sabar nak balik kampung. Keje kompom lepas raya la baru pikir nak buat. Kerja-kerja macam menghias ofis dengan kad-kad raya sambil pasang lagu dalam folder RAYA lebih diutamakan. Slogan 1 Malaysia Menjana Transformasi tinggal kat banner jelah kan?

Time gua tulis entri nie (save dalam notepad) jam dah pukul 1 pagi. Mata gua entah hapa obat die dapat gua taktau.Segar semacam. Jijo pura-pura nak tido awal, tapi gua tengok pusing kiri pusing kanan macam tak jalan jer. Nak gua ajar ke jijo? Takyahla.....Gua matikan imiginasi korang kat sini. Ikut suka luorang la nak teka apa pun. Kah kah kah...

Sentuh bab tido nie, gua penah dengar satu kisah menarik. Kesahihan cerita nie gua tak dapat beri kepastian. Luorang amik iktibar jelah ek. Dulu membe gua penah cerita yang die tersangatlah letih dalam 1 hari puasa nie. Nak jadi cerita, die amik keputusan untuk tido sekejap dalam pukul 5 petang. Tido sekejap yer. Saje cari pasal nak mewarisi kegilaan kan?

Akibat keletihan melampau tue, membe die kejut bukak puasa pun die main ye ye kan je. oi oi ingat buka puasa boleh main ye ye je ke? Paling kurang korek hidung bagi batal puasa. Tu mak gua punya ayat setempek kt adik gua yang liat bukan main time nak bukak pose. Sori mak anakmu pinjam trademark sikit. Balik nanti claim k?

Sambung balik pasal membe gua tadi. Gua dengar akibat syok sgt bukak puasa dalam mimpi, die lajak sampai ke sahur. Die sempat sahur ke tak gua dah tak pasti. Kalo tak sahur, peh puasa 2 hari kot gamaknya. 1 shot orang putih kata. Memang gagah perkasa kn?

p/s: gua syak die boleh join buat sequel Inception. Umpama mimpi dalam mimpi. kah kah kah..PEACE!

p/s/s: lari topik sket. Sinar tengah pasang lagu CAsey Jangan ada Benci time nie. Saje bagi gua syahdu. Tak prihatin langung. DEMN!!!!!

Thursday, September 2, 2010

Kad Raya Versi Moden


Luorang dah dapat ke? Kad raya usah dikenang dah bersepah atas meja...

p/s: leman...gua ade citer psl lu nak gua kongsi buat pembaca semua..minta halal ye citer klasik lu tue..kah3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...