Thursday, April 28, 2011

Nasi Lemak

Gua lapar. Tadi lunch gua tidur. Kenyang jugak rupanya tidur nie Akibatnya, gua mengidam nak makan nasi lemak. Sejak umur 30 an nie, bab bab mengidam nie makin naik.

Teringin nak anak, teringin nak kawen bila pagi pagi pergi kerja, teringin macam macam la termasuk la teringin makan nasi lemak bila tengah hari buta. Di sini gua nak senaraikan kedai makan yang jual nasi lemak dan komen gua terhadap nasi lemak dorg.

1. Nasi Lemak Malinja / Bunga Raya - Nasi lemak ini juga dikenali dengan nama nasi lemak awek.. Tapi gua tengok sekarang awek diorang dah takde hot mana. Akak cashier yang muka cam Camelia je yang gua tengok kekal setia bersama mereka. Awek lain dah bertukar rupa. Jangan diorang bukak cawangan lain dah la. Gua bagi rate 3 1/2 dari 5 bintang. Setengah tue datang dari awek awek.

Untuk pengetahuan orang mcm met yang dah lama tak makan nasi lemak malinja, dorg ade bukak cawangan kak area danau kota yer. Dah lama dah.. Kot lu taktau la met..Tapi masih mengekalkan awek biasa biasa.

2. Nasi Lemak Antarabangsa -  Gua hanya pernah makan kat area Melati Utama - Nama gah tapi rasa gua syak taraf runcit runcit saja. Gua bagi 2 1/2 dari 5 bintang. Setengah tua datang dari branding je.

3. Nasi Lemak area depan flat(umah) lama kitaorang - Peh, nasi lemak nya memang sedap gila. Kalau time sekarang nie gua mengidam, memang gua plan nak balik awal la. Sebab laris gila. Tambah bila anak makcik tue jaga. Peh lagi berselera beb.

Tanya la met, ijoy n pari n sape sape yang penah beli. Terangkat beb gua cakap lu. Gua bagi 4 1/2 dari 5 bintang. Tapi sayang, makcik nie berniaga ikut suka hati. 1 seminggu meniaga, 2 minggu die tutup. Memang kais seminggu makan 2 minggu. Sebab tue gua tolak setengah bintang..

Nasi lemak yang lain, luorang kasi tambah kat komen k..Luorang kan suka makan makan...

Wednesday, April 27, 2011

Rewind

Hari ni gua nak singkap sikit pasal lagu-lagu yang pernah ngetop masa gua belajar dulu. Ngetop sebab ada tema-tema tertentu. Lagu-lagu yang gua pilih nie adalah berdasarkan pengamatan gua sahaja. Mungkin betul mungkin salah. So, please dont take it serious ok. Kalo gua tengok komen dah jadi lintang pukang, gua akan delete post ni. Gua ganas, gua ok tapi hati bunga, tak gitu halim?

Budak bilik sebelah

Met - Word Up (Korn), 1st time minat lagu inggeris sebab sebelum nie banyak dengar lagu Brory Marantika saja..
Chan - Nazraku (Spider), mamat nie dewa lagu spider sejak sejak baik ngan Isma Halil
Halim - Gua lupa apa fevret die...tolong recall budak bilik
Tupai - Right Thur (Chinggy), peh nie dewa hip hap...sebut ruffedge pun jadi raffej

Budak bilik gua

Pari - Jatuh (Adam), peh jiwang aka abg gagah perkasa
Sawit - Teman Tapi Mesra (Ratu), amboi amboi amboi sejak dapat brazillian nut
Gua - You 1 In A Million, gua tak tau sape penyanyi, ulasan takde..sekian, kah3
Leman (legend) - Kasih kekasih, Nur Kasih, Berhenti Berharap - Man, ampun..citer lu sedap...amoi, jangan bahan leman k...

Friday, April 22, 2011

Pondok Tanjong

Gua nak balik kampung esok. Sape ade kuih raya yang masih elok tapi tak larat nak makan, sila hantar ke Teratak Agung Taman Melati. Esok pagi gua singgah pondok tanjung bagi makan beruk! Jangan risau, jalan boleh lepas 2 kereta kalau selisih.

p/s: Balik nie bukan nak ejas majlis gua. Gua nak kemas umah, pantau mana mana yang boleh ejas. Jangan risau, cat gua dah amik brand Nippon Paint. Tahan lama paling kurang sampai bulan 12...kah kah kah

TTD

Semalam saweed telefon gua. Gua baru nak halo halo, die terus bagi kata putus. Jenis tak bagi peluang langsung.

Abg tebu: Tos, gua nak cepat nie, FTA tue free trade area ke?

Babah: Gua rasa free trade agreement.

Abg tebu: TTD ape pulak?

Babah: Tua gua tak pasti.

Abg tebu: Ok xpe..bye.

Gua syak mamat nie dalam kesusahan. Seperti biasa, gua buat aksi aksi menyelamat. Gua kasi google. Gua senyum. Gua utus SMS kat die.

"Google sudah..fta mmg free trade agreement, ttd =_ _ _ , kah3!

p/s: Sila google, sape tahu jawapan, sila komen!yess

Thursday, April 21, 2011

Mana komen korang?

Entri kawen, nama anak, berduyun duyun komen luorang ek, entri ilmiah, semua membisu?Platform nie gua cipta untuk korang berdiskusi, memberi pendapat. Tak supportif langsung!

Majuk!

Orang nak tarik die nak tarik..erkk

Tahukah anda terma writers block? Ia dikatakan satu situasi di mana penulis tidak dapat mengeluarkan idea untuk menulis dengan baik. Namun begitu, situasi ini dikatakan berpunca daripada pemikiran sendiri yang mana bertindak mencetuskan gelombang negatif tersebut.

Jadi, penulis hendaklah sentiasa berfikiran positif sekaligus membantu udalam menghasilkan sebuah penulisan yang mengasyikkan. Masakan tidak komen pun boleh mencecah ke satu angka yang ajaib. Berikut adalah langkah yang boleh diambil dalam membantu untuk kita menulis:

1: Tulis apa sahaja yang bermain di fikiran. Jangan hiraukan sebarang kesalahan yang mana boleh diedit kemudian hari kalau rajin. Teknik ini sebenarnya merangsang pemikiran supaya mengeluarkan idea-idea emas yang mana tidak akan terkeluar jika hanya disimpan dalam tempurung kepala.

2. Kalau tak mampu jugak, curi idea pada koleksi-koleksi buku, majalah Bacaria, menziarahi Book Xcess, Kinokuniya, duduk bersila di MPH atau boleh juga dengan melayari Berita Harian Online. Nampak mudah kan? Apa guna hanya berbual, jadi mari kita praktiskan..fuhhhhhhhhh

kredit dari berita harian

Tuesday, April 19, 2011

Impianku

Hari ni gua up sket. Gua bukan setakat pernah reka nama anak. Gua juga pernah berimpian untuk mempunyai sepasang anak kembar. Peh...

Ada tips tak? Tips keturunan tue gua tak terima. Gua lebih mengalu-alukan tips praktikal dan bahasa mudahnya, mampu buat.

p/s: Miza, lu ade sepupu, makcik makcik yang kembar tak? kah kah kah...

p/s/s: Ini impian @ penharapan, bukan kewajipan. Kena paham konsep ok.

Monday, April 18, 2011

Ammar Rayyan

Pagi isnin yang indah lagi mulia, tetiba perasaan ini datang. Gua tak tau macam mana boleh muncul. Adakah ini fitrah bila mencapai umur 30an? Atau adakah ia hanya disebabkan faktor persekitaran yang mencambahkan lagi gelojak rasa di jiwa. Ohh tidak...Gua teringin nak ada anak la...kah kah kah....

p/s: gua tau, mesti ade yang cakap...cari mak dia dulu la..............keh keh keh

Friday, April 15, 2011

Alkisah

Dulu

Dari baju plain ke baju belang Seed/Padini saiz S. Dari tie yang compliment dengan baju Suave, gua kasi tune tie stripe. Dari tak penah pakai singlet, gua kasi belajar pakai singlet yang ketat ketat. Semua gua kasi smart. Cuma seluar je gua kasi maintain plus tak pernah gosok lepas basuh sebab line die dari dulu gua masih nampak.

Sekarang

Dari balik tak nampak matahari, sekarang kul 6.30 dah sempat tengok tv. Kalau dulu hari jumaat boleh main futsal sekarang gua lagi suka tido. Baju,seluar, singlet usah sembang la. Entah dah berapa lama gua tak tukar. Boxer je gua baru beli sebab getah boxer tue dah memanjang. Tapi kalau pakai dekat jeans tak efek sangat.

Kalau dulu gua boleh layan company bagai menatang minyak yang penuh, sekarang gua syak dah nak dekat jadi macam binatang.

Kesimpulan, gua memang nak berhenti. Gua dah takde hati. Gua apa ada hal....Amacam, berani?

gua sayang _ _ _ _

Tuesday, April 12, 2011

Budak Kampung

Gua, Met, Pari, Zedil, Afdal, Helmi, Caer, Zamani, X-k1 adalah dari satu sekolah yang sama. Sekolah mana?Gua tak perlu bagitau sebab rasanya kebanyakkan pembaca blog gua nie dah kenal. Yang tak kenal tue, buat buat jelah kenal yer..

Lagipun bukan watak penting sangat pun diorang dalam citer nie. Picis jer. Kira kalo berlakon drama, tue watak extra. Senang citer, andaikata gua adalah hero dan miza adalah heroin, met tue ibarat orang yang lalu jer dalam shoot tue..kah kah kah...

------------------

Satu hari sabtu tu, kami semua plan nak g KLCC. Kira nie 1st time keluar kawasan sesama dari matrix UIA tue. Suweeet tau....tapi X-k1 tak ikut tak silap gua. Gua tak ingat nape die tak ikut. Maybe die dah biasa dengan KL dan KLCC. Lagipun die orang Rawang (kot), pari orang Lenggong.

Kami naik bas Putra yang mana bas nie akan berenti kat Asia Jaya. Nie pun setelah bertanya kat budak budak KL. Peh, rasa kampung gila. Gua syak time nie met masih pakai seluar slack. Tak reti pakai jeans lagi kot..Baju pun besar lagi. Rambut sikat stail biasa la. Tarik belakang. Mana die penah buat pacak. kah kah kah..

So, bila sampai stesen Asia Jaya, kami semua pi beli tiket. Part beli tiket tue takde hal sangat. Tapi part nak masuk kat mesin, gua neves. Nasib gua jenis genius belek kad tue depan belakang. Nampak anak panah. Lega.

Kira nak pi KLCC tue gua dah tak heran langsung even doh nie la 1st time gua jejak KLCC. Lagipun otak gua telah ditune mengatakan semua barang KLCC mahal mahal. So, setakat jalan jalan takde hal. Paling kuat kena makan kat KFC je. Itu gua dah champion sebab gua penah outing kat Ipoh semata mata nak mkn ayam kentucky je..

Dah setel semua, kitaorang nak balik la. Gua punya kesimpulan time tue, takde la best sgt..huhhh...Ok, seperti biasa kena beli tiket dulu. Kali nie gua eksyen. Gua yang 1st masuk kan kad. Lepas. Dah terer kan..(Time nie ade sikit eksyen kot).

Masa nak turun tangga, kami dengar tren datang. Gua tak ingat sapa, tapi die bagi arahan suruh cepat. So semua berlari. DENG! Gua, afdal dan zamani tak sempat masuk. Gua dah carut kat sape yang dah lepas masuk tue sebab kami tiga nie baru 2nd time naik lrt. Yang 1st masa pegi tadi.

Gua dah mula panik. Gua syak tren nie ada 1 je. So tren tue akan hantar dorang dan tren yang sama jugak akan amik kitaorang. Dah boleh agak bahana yang akan dapat nie. Tup tup...tren baru sampai. Deng, gua tertipu. Terus gua impress pasal lrt (sekarang tidak lagi). Dah masuk, gua buat muka tenang. Gua tengok senarai stesen-stesen yang ada terpampang kat atas siling lrt. Terus gua tanya zam dan afdal?

Gua: Kita turun kat Universiti kan?

Zam/Afdal: Rasa aku kat Asia Jaya sebab tadi kita naik kat sana..

Gua: Yeker? Kita kan belajar kat U, so universiti la kan...

Zam/Afdal: kah kah kah (versi nipis)...

Gua: Vavik!

Monday, April 11, 2011

Sayang punya pasal

Lama jugak gua tak menulis nie. Gua ingat ofis gua dah block blogspot nie. Sampai hati kan. Tak indie langsung. Tak 1 Malaysia. (padahal gua lupa klik bypass proxy jer)

Idea nie kadang kadang datang bak air di pili bomba. Tapi bila depan pc, macam umah tak bayar bil air. Tertunggak sampai kene pangil plumber. Itulah hakikat kehidupan, kalau tak takde kerja la orang keje kt syabas, lembaga air perak, majlis bandaraya selama, syarikat air trong kn, ye dok?

-------------------------------------------------------------

Kisah yang akan gua cerita nie mungkin berdasarkan kisah benar, gua kasi nasi tambah, gua oter mana patut. Jadi bagi siapa yang terasa, gua harap jangan disimpan dalam hati yer.

Kasi komen pakai anon pun gua dah terharu. Jangan sampai bergaduh laki bini..gua nak bagi advice, gua pun tak kawen lagi..setakat pengalaman bercinta ade la sikit..

Kasih sayang, cinta maut, rindu gila, sayang tak ingat adalah lumrah bila bercinta. Bak kata leman (je), love is in the air. Tapi haruslah diingat. Cinta yang satu adalah cinta yang Maha Kuasa. Amacam?

-----------------------------

B: Yang, u sayang i tak? Banyak mana?

BB: Sayang la b...banyak gila. Macam ikan di laut...

B: Betul? Sumpah? Kalau nanti ada orang guna guna kan i, ha mcm mana?

BB: Sumpah jangat buat main, lagipun takdenye jadi macam tue..

B: Ada sayang...kalau ada orang buat jahat kat i..u janji tau tolong i...Bagi i elok balik..I sayangg u sangat sangat..

BB: Tolong macam mana?

B: U pegi la siam ke..

BB: Wei agak agak la siam...darussyifa' kan ade....(sambil geleng kepala)


"kalo kito ingak kat oghe, orang pun ingak kat kito"

Moral of the story...insaflah!keh keh keh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...