Monday, August 30, 2010

Lagu Raya Luorang

Mula-mula tadi gua ingat nak bagi gempak sket nak pasang voting punya sistem. Tapi tahap malas nak explore dah datang, gua buat manual la senang. Kalo gua rajin gua pasang esok lusa. Pendek cite luorang bagi gua 1 lagu raya yang paling terbaek luorang rasa. Lagu yang mendapat undian terbanyak akan gua letak sebagai entri utama 2 hari sebelum raya dan akan bertahan untuk tempoh 1 minggu. Kah kah kah...

Petang nanti gua bagi luorang lagu yang paling riri suka untuk lu orang komen. Youtube takleh pasang time ofis hour ni.



p/s: sorila riri, gua terasa nak petik nama lu...

p/p/s: suka-suka jugak..jangan lupa banyakkan ibadat, fesbuk kurang-kurangkan, tido sikit-sikitkan, zakat jgn lupa bayar ok...

Thursday, August 26, 2010

Perlawanan Separuh Masa Kedua

Entri Ciplak Dari Emel Membe Gua

Assalamualaikum wbt para penonton, Tepat jam 7:24 malam nanti, bilal akan meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.

Untuk makluman saudara sekalian, Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Tamak meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda United.

Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi David Serakah, Carlos Tamak, Mario Berahi dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari). Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain.

Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros, Yaya TakIngatDosa dan James Maksiat yang menggunakan kaum Hawa sebagai alat menganggu konsentrasi pemain Taqwa United terutama di sudut padang sekitar pusat membeli-belah dan bazaar Ramadhan.

Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho Kolo TidoLajak dan dibantu oleh Jerome BosanBeribadah, JBB. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti tembok besar pasukan Nafsu City itu agar gol-gol kemenangan dapat dijelmakan.

Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.

Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.

Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.

Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini ?

Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat. Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini.

Wednesday, August 25, 2010

Post Mortem

Majlis reunion telah berakhir dengan jayanya. Berikut sedikit imbasan yang dapat gua observe aritu berpandukan mesin masa gua:

1: Met tetiba hantar msg dalam kul 5.00 gtau tak dapat dtg kerana wife beliau kurang sihat. Alasan yang baik dan dapat diterima akal. Kalo gua yang bagi alasan tu, silap-silap dapat maki.

2: Mengikut perancangan kaum-kaum adam, kami akan berkumpul di masjid 2 Qaf terlebih dahulu untuk sesi bertazkirah dan bermuhasabah. Bab nie gua tak dapat pantau sebab even masa met hantar msg, gua masih terlentang rumah. Sedap jugak rupanya tido petang-petang hari sabtu.

3: Pukul 6.15 baru gua n jijo kuar umah g cari bahan-bahan buat air. Kami bertekak kat kedai runcit cara-cara nak buat air bandung soda. Masing-masing nak menang sampai akak kedai runcit tolong relaikan. Gua mengalah sebab jijo nak sangat buat air. "Buatlah buatlah"

4: Gua dan jijo sampai rumah leman dalam pukul 6.45 dengan disambut paluan kompang oleh abg senior sorang-sorang. Yang lain buat apa gua taktau. Masuk dalam rumah rupanya masing-masing buat-buat sibuk. Jijo pulak dan dan tue kalut nak g bancuh air. Gua tengok makanan bukan main banyak tapi satu makanan nie gua tak nampak-nampak. Cis rupa-rupanya telur goreng yang gua story sebelum nie bukan dibawa dari umah. Baru nak goreng. Sep gas ngan minyak. Silap-silap telur tue dikebas dari peti ais tuan rumah kot. Bijak!


semangat menggoreng yg sukar digambarkan dgn kata-kata

5: Masuk waktu berbuka, kaum adam dipertanggungjawab baca doa. Anep kena paksa sebab die budak KISAS. Kah kah kah. Time nie tak ingat ape dah. Makan macam tiada esok bagimu makanan. Tapi zedil pura-pura sembahyang dulu. Nak lawan anep kot sebab die budak IJUD. Dan paling tak disangka telur goreng rupanya makanan paling laku aritu. Zedil terpaksa goreng untuk kali kedua. Lagi nampak mithali die goreng untuk bini dia sekali. Gua speechless. Tapi sayang, die kempunan jugak telur goreng sebab tangan tak bedung. Berterabur beb atas lantai. kah kah kah


jatuh tepat kat tengah-tengah

6: Masuk isyak, majoriti kaum adam berjemaah nak ke masjid 2 Qaf sebab petang tadi tak sempat nak dengar leman bagi tazkirah. Leman biasa bagi tazkirah kene pegang kayu sambil sekali-sekali asah kat bahagian hujung. Ijoy pulak tak pegi sebab budak-budak nie bahan selalu sangat asah kayu kalo nak bagi ceramah. Zedil dan dan pakai kopiah untuk yakinkan inaz. Halim macam biasa la. Guna kawan-kawan untuk lepas diri. Kah kah kah...

7. Dalam kul 10 kaum adam pulang dari teraweh. Masing-masing ada sinar pada wajah mereka. Majlis diteruskan dengan program pukul pukul bulu ayam. Klon klon Lin Dil, Lee Chong Tos, Park Joo Yong, Sun Jin, dan jaguh dari Pandan Indah iaitu Taufik Met tetibe muncul di saat akhir kejohanan beregu 4 sebelah. Pemain paling tak berdisplin malam tue ialah Lee Yong Joy sebab pakai jeans je main. Kompom peluh melekat celah-celah bedah.

8. Tepat jam 11 permainan terpaksa ditamatkan kerana pakcik-pakcik yang buat teraweh dua puloh dah sampai. Pemain paling matang dalam kejohanan iaitu Sun Jin mengarahkan supaya kami semua mengalah bagi menunjukkan kami semua pemain yang ada akal. Lee Chong Tos pula agak berang sebab jumping smashnya masih belum habis pakai.

9. Majlis moreh disambung semula di rumah leman. Met dijamu bak raja sebab petang tadi die tak datang. Kaum hawa pula leka menonton cerekarama. Pertembungan kuasa bola dan kuasa cerekarama berlangsung. Aksi aksi mengangkat kaki ke dekoder astro paling mengujakan. Cerekarama menang tipis.

10. Majlis hampir ke penghujungnya. Kaum hawa sibuk tapaukan makanan. Sambal goreng jadi lauk paling agung sebab semua dipaksa bawak balik. Harap takde yang letak kat tepi jalan masa balik tue. Zedil dan keluarga bermalam di teratak 5 bintang leman untuk semalaman. Harap tiada aksi-aksi tumpahkan air malam tue.

=======================
Perkara-perkara rare sepanjang majlis:

1: Gua start bagi tumpah air. Tapi nasib baik air masak je. Lepas tue tumpah-tumpah nie dah jadi mcm biasa.

2: Mama promote semua orang kena makan sambal goreng die.

3: Mama ajar anak tiong konsep akak cantik. Budak-budak boleh la ko kawtim.

4: Anak tiong macam suka-suka kt gua. Alasan diberi sebab gua bujang. Celaka.

5: Lokasi masjid 2 Qaf kene tanya leman.

6: Abang senior jadi imam gua solat maghrib. Tapi perbuatan baiknya dipersoalkan. Kesian!

7: Luorang tambah sendiri.

Friday, August 20, 2010

Reunion

Bulan puasa nie gua emosi dan syahdu syahdu sikit. Mana taknye. Dulu budak umah gua ramai. Skang tinggal berdua, kadang-kadang bertiga, jarang-jarang berempat. Time bukak puasa tue kadang-kadang mcm kenduri kawen. Kuih berbungkus-bungkus macam nak bagi bawak balik. Air pulak macam macam warna. Kalau bagi tumpah pun membe-membe tak amik kesah. Siap tolong ambik paper jelah.

Kalau weekdays tue pukul 7 semua tengok upin&ipin dulu. Lepas tu baru gerak g BaRam. Nie gua letak nama bekas bekas atau lebih sinonim dengan perkataan (EX) ahli umah gua dan makanan kegemaran mereka.

Met :kuih-kuih warna hijau, popia dan lauk fevret agung: ikan keli (senyum time mkn kalau dapat)

Riri :nasi, ayam goreng, sambal sikit & karipap kot

Zedil : taufu fa

Ijoy : murtabak, putu mayam

Pdot : air soya

Afdal : gua tak ingat, die tak suka sangat makan nasi

Zam : rokok lagi sedap

Tapi itu semua dulu...sekarang kalau bukak puasa sorang-sorang tue dah kira lumrah alam. Kalau dengar bunyi orang bukak grill pun tak boleh hepi sangat sebab boleh jadi jiran sebelah. So, kalau berdua atau bertiga tu dah boleh senyum senyum sampai telinga. Itulah permainan masa.

Tapi esok dengar-dengar ada majlis iftar besar-besaran. . Die punya sambutan dah lain macam meriah. Dalam FB dah rancak macam majlis sambut menantu. Yang bakal hadir pun bukan calang-calang orang. Laki orang, bini orang, tunangan orang semua ada. Jijo pun dengar kata nak kenalkan seseorang. Kah kah kah. Gua? bawak diri sendiri jelah oii.

Untuk pengetahuan luorang, majlis nie berkonsepkan 1 pasangan 1 makanan. Senang kata makanan jangan sama. Tapi dalam banyak-banyak makanan yang sedap-sedap dan gua dah setuju nak bawak air yang beli kat BaRam je, ade sorang tu nak bawak nie je...

!
!
!
!
!
v



Gua tak kesah. 1 bentuk makanan jugak. Yang penting esok makanan kat bawah nie kena ada k. Jumpa esok you all. Muah muah muah..


gua terpaksa kecikkan gambar sebab namanya pelik: desert koktel berbuah

Wednesday, August 18, 2010

Senaman Kucing

Pertamanya gua nak ucap terima kasih la kat luorang yang concern nape lama gua tak menulis. Busy beb projek orang orang dewasa. Gua bukan multitasking sgt. Ram 128 jer.

Ok, buat luorang yang ade fesbuk, mungkin luorang ade nampak status gua kat fesbuk kelmarin pasal senaman kucing nie tapi taknak komen atau like sebab kusyuk add makwe-makwe seksi kan. Biasalah tue, membe gua pun penah add makwe kt fesbuk "ca_ _r p _ _ _h". Tapi bila die dah approve, die ajak chat taknak reply pulak. Zionis dowh.

Senaman nie budak umah gua (jijo) bawak dari ofis. Gua dah pelik die nie keje tourism ke keje umah urut. Dah mcm instructor die cabar gua buat senaman nie. Gua nak tunjuk bukti tapi tak sempat record video. Gua bukan jenis rakam rakam ni. So pakcik gugel la jadi mangsa gua. Kelebihan senaman nie luorang rajin-rajin la surfing yer. Kah kah kah


Nie step kedua. Step pertama kaki dan tangan letak kt lantai dgn posisi 90 darjah.

Nie step ketiga

Step seterusnya lebih kepada gelak-gelak ketawa atas lantai. Boleh tahan senaman nie punya penangan. Terus gua pegi beli nasi kat bawah sebab masa tue dah pukul 7.20 petang.

p/s: Motif entri nie bukakla fesbuk wahai riri dan anon yang suka makan kuih hijau.

Tuesday, August 17, 2010

Puasa Dan Sesuatu

Dah lama rasanya gua tak menulis. Dah tak in dengan tajuk blog nie. Bukan ape, lately nie gua sibuk dengan projek orang-orang dewasa. Walhal, modal nk menulis mmg banyak. Tambah-tambah dah bulan puasa nie. Citer-citer jenayah bulan puasa memang banyak. Kalau citer bikin huru hara dunia beb. Kes ponteng@terbukak puasa masa kt sekolah sebab kene 'pekok', kes boleh beli kuih tgh hari buta sampai akak cafe boleh terjual, kes tetibe boleh kemas bilik dengan tenaga super dahsyat tapi terkantoi, kes tak tahan tgk kwn mkn megi lalu die try sesudu tapi habiskan puasa sampai ke petang..

Cukup-cukuplah tue....Untuk luorang, gua ucap selamat berpuasa. Nie je yg gua mampu beri.

Wednesday, August 4, 2010

Gua dan sesuatu


Mentang-mentang gua tak masuk ofis 4 hari. Dari pagi sampai la sekarang ni kul 12.30, telefon putih ni punye menyalak memang tak agak-agak. Gua punya level S.A.B.A.R pun ntah kemana. Lepas lunch ni jgn sampai gua layan mcm .................

p/s: siap ade appointment ngan mak datin esok. harap lawa lagi la. bye....

p/s/s: miza mana? miza mana? gua tau point nie gak luorang kecoh kn anon-anon?

Monday, August 2, 2010

Isnin




Buat luorang, mulakanlah hidup korang dengan ceria. Jadikanlah hari ini sebagai hari yang produktif. Buat jadual kerja supaya perancangan hidup dan kerjaya luorang bertambah baik dari sebelumnya kerana apa................

















GUA CUTI ESOK!

p/s: jgn menci-menci k...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...