Wednesday, March 30, 2011

Reverse Saikologi


Pernah anda diganggu dengan kenyataan sebegini?

1. Eh, awak nampak berisi la?
2. Wei, gemuk gila hang!
3. Yang...u nampak gemuk la?

Jangan bimbang, saya ada jalan penyelesaiannya.

1. Eleh, awak pun apa kurangnya.
2. Bajet hang kurus, hang cantik/hensem gila.

Nie  jawapan paling saiko..abang saiko pun kalah!

3. Eleh...u lagi gemuk!

Monday, March 21, 2011


Nie ape citer nie masuk kat buletin ofis gua?perli ek?

Tren

Sekali lagi kerja kerja menaiktaraf dilakukan pada waktu kemuncak. Terima kasih rapid KL. Kami sayang hangpa!Hangpa best. Tren laju konon.

Friday, March 18, 2011

Hari ini dan semalam

Semalam

Pukul 10 dalam tren. Gua dengar lancar berkata...."balik nie I nak terus tido. I nak kunci jam pukul 5. Bangun dan buat keje sket. Kul 7 pegi keje. Sampai ofis,  touch up mana patut, print dan terus bagi dekat bos. Nanti kul 12.15 takyah makan, terus g masjid...tido!!"

Hari ini

Alarm dari pukul 5 die menyalak. Gua snooze, gua ok. Ada dalam 10 kali kot gua snooze sebab setiap 10 minit die berbunyi. Nie gua tak ok.Gua rasa sangat annoyed dengan alarm sebab tak puas tido. Nie sapa nak dipersalahkan sebab report tak siap nie? Alarm la kan!

Thursday, March 17, 2011

Kawen

Gua baru pasang niat nak kawen hujung tahun, korang restu tak?kah kah kah

Friday, March 11, 2011

Selama

Jam menunjukkan pukul 4.15 petang...gua mahu bersiap kerana mahu pulang ke.............




Buat pengetahuan korang, Selama nie best...nanti kalo korang terjumpa signboard lebih kurang cmni, tue tanda tanda korang dah berada di kawasan yang betul la tue..di bawah radius lebih kurang jarak perjalanan 30KM lagi ke Selama..tapi boleh amik masa 45 minit kalo tak biasa jalan ke sana...

Gambar di bawah merupakan mercu tanda pekan Selama..kalo ternampak tue, korang ibarat berada di KLCC..orang kata, tengah bandar la..kah kah kah

nampak tak signboard nie bagus?sebab menunjukkan masjid la yg paling dekat...

Thursday, March 10, 2011

Review - AC Milan Vs Spurs

Semalam gua punya semangat nak tengok bola memang tinggi. Gua kunci jam pukul 4. Gua suruh miza kejut. Gua pesan kat jijo yang memang gua dah tahu tak penah bangun pagi tengok bola. Gua tak isyak kunun baru ade motivasi nak bangun nanti. Nampak kan gua punya in bila nak tengok bola...

Secara overall game semalam biasa jer sebab.......................


kredit to gua: gambar ini bukan gambar mlm tadi yer..

Isyak pukul 5.15. Subuh kul 6.40. Gua memang hebat bab tido!Deng....

Wednesday, March 9, 2011

Review jujur - Barca vs Gunners

Patutnya ulasan gua pasal game nie pagi tadi. Tapi gua punya busy, gua terpaksa postpone. Standard gua la kan...alasan kena kuat! So Sebagai seorang insan yang menyokong ART dalam sesuatu perkara, gua memang menantikan game game macam nie. Apa ada hal sape menang sapa kalah, bagi gua the beautiful game lagi penting...

Dari situlah datangnya passion gua pasal bola nie…Kalau setakat hanya menyokong team tanpa usul periksa..Its up to you!Gua tak nak komen lebih lebih sebab nanti ada yang makan hati..Bagi gua kalau mana mana team main best, gua memang akan puji. Itu simple sebab gua tengok banyak orang yang menyokong team saja..Takpelah itu hak masing masing k…

OK, secara overall gua agak kecewa game semalam. Arsenal main defend habis. Bosan!Tapi what do u expect..bila kita punya sedikit kelebihan, of course kita akan pertahankan sebaik mungkin. Begitulah jua dalam kehidupan kan…Ini rumusan gua secara ringkas:

Gol 1st: Mistake daripada Fabregas. But superb finish by Messi. Mamat nie memang magician bak kata Shebby Singh.

Gol 2nd: Mistake daripada Sergio..Gol nasib bagi gua. Nampak tak kat sini gua tak bias.!

Gol 3rd: Art. Inilah yang gua perjuangkan selama ini bila main bola, tengok bola. Sokong bola. Ape ape je pasal bola. Ok, gua mamang suka tengok benda benda cantik.:)

Gol 4rd: Mistake Koscielny pulak. Simple. Dapat la penalti.

Moral of the story, dalam hidup ini kita akan selalu buat silap. Tapi sejauh mana kita bangkit dari kesilapan itu yang lebih penting. Janganlah disebabkan bola sebijik, kita bergaduh macam nak gadai kampong. Menganjing sampai gugatnya ikatan sebuah persahabatan, sebuah hubungan suci yang perlu dipelihara atas dasar kemanusiaan sejagat demi kelangsungan hidup di muka bumi nie…kah kah kah…

Apa apa pun gua salute Barcelona..dorang punya game di bawah bimbingan Pep Guardiola nie memang superb habis…Every game memang ART. Sape tak setuju..takde masalah. Gua malas nak berdebat lebih lebih.. Luorang bukak blog tulis pendapat korang, update status fesbuk ke, tulis artikel ke, buatlah apa saja..asal ada medium untuk melontar pendapat..tak pun luorang komen jela kat bawah nie..tapi komen berbau macam dot dot dot…paham paham jelah ek!gua tegas nie..xde lawak lawak..

p/s: even gua penyokong Arsenal, gua bukanlah hanya menyokong sebab ramai foreigner UIA sokong..gua hanya suka ART of the game.

p/s/s: sekali sekali kita kena serius jugak kan..kah3

Monday, March 7, 2011

Mana 1

Ha..pilih pilih nak mana satu...gua syak gua no. 2..kah kah kah




p/s: gambar nie gua amik dari emel yang dikirim oleh abang Sulaiman A.M kita...

Friday, March 4, 2011

Suweetnya Putra LRT KL Sentral, big LIKE!

Suweet giler babas LRT Putra lately nie gua tengok. Paling manis pagi tadi. Alasan dari corong speaker yang kuat gila dengan mengumumkan kerja kerja naik taraf tue memang paling kukuh punya alasan. Alasan ni kalo orang Selama, kami cakap, "kira A la tu".

Pukul 8 pagi buat kerja naik taraf. Pukul 6 buat kerja maintenance. Memang bijak! Lepas tue buat kempen gunalah pengangkutan awam. Next month nak mengundi, bagi pas free. Next next month kerja naik taraf buat balik. Maintenance kena buat pukul 6 sebab pukul 2 nak pergi makan nasi beriani kampung baru. Next next next month, kalo ada lawatan orang orang besar, beli 6 coach.

Next next next next month buat balik kerja naik taraf pukul 8 pagi. Pukul 10 pegi makan nasi lemak tangling. Pukul 6 sibuk maintenance eskelator lrt. Mesin kad biar dulu. Tunggu rosak baru buat kerja naik taraf balik.

Nanti bila nak naik taraf negara maju, baru nak buat integrated station. Mula la nak sambung putra, monorel, star lrt. Kalo boleh tempat landing helikopter pun nak masuk sekali. Lepas tue start balik la kerja naik taraf yang kena buat pukul 8 pagi. Pukul 10 mesti nak minum ais blended. Pukul 6 kena start keje maintenance. Baru orang nampak kita buat kerja. Pukul 10 mana boleh stayback. Nak tengok maharaja lawak.

Lepas tue Malaysia memang jadi negara maju. Best!

p/s: zedil, what say u, gua nampak lu pagi tadi tengah beratur nak touch n go. Komen la komen la...

Thursday, March 3, 2011

Gua stop keje fotostat gua sebab nak maki perihal company perangai awek awek..

Gua tengah marah. Nak main main fotostat pun tak boleh fokus kalau tak maki kat sini. Kenapa gua cakap company/mamat ni perangai awek awek nie.

1- Request nak meeting dalam bilik sebab dia panas..nak ada aircond, FAKING la! Kalo buat appointment, gua boleh la consider. Ni mana gua nak cari bilik..............Aduyai...

2- Gua tanya mana surat pun, dia taktau.......................WEI, study dulu sebelum tanya...Belek la mana patut dulu, pastu jangan tunjuk pandai...

3- Gua jenis lurus, please jangan lencong lencong ya!

Korang doakan la sangat sangat gua boleh benti keje cepat cepat..gua serius!

Entri nie valid sampai pukul 5.30..Pastu gua delete...Komen la selagi mau..kah kah kah...Gua dah sejuk!

Wednesday, March 2, 2011

SMS

"Bercinta senyap2 eh.mcm ni la kwn! Haha.anyway,happy 4u ptos!"

Sapa nak bertanggungjawab nie?Sila angkat tangan..Malas nak layan!

Tuesday, March 1, 2011

Lemah

Sakit gua macam nak datang balik je. Gua rasa lately nie gua punya antibodi mmg cukup cukup makan jelah. Kalo amik mid term tue, kira 51/100 la. Extra 1 markah tue pun sebab ______. Kah kah kah...Exxegerate suka hati korang la. Malas nak layan..weeek!

Bila gua dah sakit nie, mak gua la yang paling risau. Tapi dalam dia punya risau, dia punya pusing boleh tahan jugak..

".....tu la, kalau ada orang jaga kan senang...takde la mak risau risau kat sini..."

Adakah ini signal?

p/s: make sure komen entri ini kasi sampai 30 ok...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...