Monday, November 22, 2010

Cerita Budak Bilik

Budak bilik gua kreatif. Kalo nak dibandingkan dengan budak-budak 'bilik sebelah' tue, gua rasa tinggal jauh. Gua syak kehidupan dorg meriah pun sebab ade t.v dan komputer. Yang lain tue, gua rasa dorg lebih banyak buat hal sendiri. Tiap-tiap hari baca buku. Bertegur pun time mandi jer. Malam tido awal jenis kena tutup lampu.

Budak-budak bilik gua memang selalu menumpang bilik dorg. Gua masih ingat satu kejadian paling cilake. Sedang budak bilik gua asyik main game / tengok t.v kat bilik dorg, dorg senyap-senyap masuk bilik kitaorang, pastu ajak lepak sana. Faking habis luorang punya perli. Barang yang lepas jangan dikenang kan?Keh keh keh

Ok ok, berbalik balik kepada tajuk utama ya. Al kisah 1 malam nie kitaorang 'stay back' la sebab nak final exam. Biasalah last minute study. Apa ada hal kan. Dalam hal last minute study, leman paling power. Leman punya prinsip ialah sikit sikit sudah. Lu power takpe la man. FA3 pun amik sekali jer. Tapi apa ada hal fail sebab melawan. Berani buat berani tanggung. Kah kah kah

So, biasanya leman memang akan cuba tido awal time-time final exam nie. Ikut pesan cikgu katanya. Patuh jugak rupanya leman nie. Padahal kat matrix penah je tak jumpa kelas 2 bulan. Tapi kebiasaanya leman memang takkan dapat tidur nyenyak la. Sebab apa? Berikut ialah sebab-sebabnya:

1. Leman kena jawab teka teki sukar daripada sawit. Tapi leman tetap dapat jawab jugak biasanya. Kalo mata dia tak barai lagi, leman pulak yang bagi teka teki yang mana kompom sawit tak dapat jawab.

2. Kitaorang menyanyi lagu lagu klasik leman especially nasyid sambil diiringi carutan dihujung bilik..

3. Kitaorang berempat main permainan agung nie. Game nie budak bilik gua je yang berani dan sporting. Tak macam budak bilik sebelah. Tak taf langsung. kah kah kah. Gua gelar game ni dengan nama 'Objektif Berani Mati'. Gua tak pasti sape pemilik game nie. Leman kot rasanya. Die kan genius tapi nakal.

---------------------------------------------

Leman: sawit, kalo dalam dunia nie ada 2 orang je perempuan, dan ko kene kawin untuk membiakkan zuriat, ko pilih A ke B? kah kah kah

Sawit: (sambil pikir panjang dan mencarut), gua pilih A la. kah kah kah

Pari&Ptos: kah kah kah kahh

p/s: selalunya soalan tue akan ada timbal balik dan kitaorang akan jawab dengan teragak-teragak sambil gelak-gelak macam gampang. Nak main? Ajak leman. Sekian.

Tuesday, November 16, 2010

Request

Gua tengah chat ngan halim time gua tulis nie...die tanya nape lama x update blog...gua cakap gua takde modal...gua cakap lately nie gua banyak update guna hatii...bak kata paiseh...update pakai JIWA.

Oklah..gua nak gerak balik kampung nie..buat luorang semua...selamat hari raya korban yer...sapa tak balik kampung tue, gua harap jangan sedih2...cerita kat tivi banyak...fesbuk pun boleh jadi tetamu luorang...yang penting esok jangan lupa sembahyang raya yer....datang la awal sikit...takkan solat raya pun luorang nak masbuk kot...nanti menggelupur nak takbir raya masa rakaat kedua sorang2 diri....

Lagi 1, bawak la duit seringgit dua..kalo ade lebih lagi bagus..pastu rajin-rajin la jenguk aktiviti korban..bawak-bawak kenal masyarakat...kah3...

Tuesday, November 9, 2010

Maxis lawan Celcom

Cerita nie gua dapat dari orang lain. Bukan cerita gua. Penyataan berbaur penegasan ini kadang kadang perlu dalam kehidupan supaya kita tidak diperkotak-katikkan sekaligus menjana kualiti sebagai seorang insan yang bergelar manusia.

Abu adalah seorang anak muda remaja. Bertepatan dengan umurnya yang baru menginjak 13 tahun. UPSR pun dapat 3A 2B je. Sudah baligh barangkali. Sebagai insan normal, Abu mempunyai seorang rakan baik yang dikenali sejak tadika lagi. Ali nama diberi. Agak bijak sedikit. Dapat 4A 1B tapi tak nak masuk sekolah asrama penuh sebab tak reti basuh baju.

Abu ada seorang adik yang agak cun. Namanya Siti. Muda setahun dari Abu. Tahun nie nak amik UPSR. Siti memang digilai ramai. Ramai yang jatuh hati dengan tingkahnya sampai budak kelas sebelah pun ada yang berani hantar surat cinta. Anak anak...

Ali juga tak terkecuali dalam jerat percintaan ini. Maklumla ada kabel baik punya. Tiap tiap hari mesti utusan salam akan sampai ke telinga Siti. Kadang-kadang rimas la jugak kan. Tue belum kira Abu punya rimas. Budak-budak muda what do you expect kan?

Akibat utusan salam yang tak kunjung putus, Abu pun nekad.

"Ali, ko nie asyik nak kirim salam je. Takde modal lain ke?" getus Abu.

"Ala, rileks la Abang Abu" sejak-sejak perasan dah dapat Siti nie lucu jugak Abu ni.

"Macam nie la, apa kata ko amik no. adik aku nie...ko adjust la mana patut...017-311111X, cakap je aku yang bagi...moga-moga ko ade harapan" ujar Abu.

"lagi 1 aku nak pesan...Siti nak UPSR tahun nie. Ko jangan selalu sgt sms yer..pleaseee"

----------------------------------------------------

Keesokkannya harinya....

" Abu, aku rasa jodoh kitaorang tak panjang la, sebab..." putus-putus suara Ali tapi masih nak sambung.

"..........sebab aku pakai 019. Kat umah aku line nie je yang paling kuat. Lagipun 8pax lagi best dari Active5. Sori ye Abu..."

Thursday, November 4, 2010

Artis

Bang Pora: U ade pape ngan die ke?
Artis A: Mana ade bang...kami 'kawan' jer
Bang Pora: Yeker? I dengar u skang dengan die..
Artis: No komen la bang...

Jubir pandang jubir jeling: Eh, u skang dengan die ek?
Artis A: Eh, abang pun nak bergosip ke?
Jubir pandang jubir jeling: Amboi amboi ko, sentap!
Artis: keh keh keh

Membe A: U, dengar citer u dengan die skang, betul ka?
Artis A: Mana ko dengar nie?
Membe A: Baik ko cakap..sumpah? Alif lam lam ha?
Artis A: Mak ai....

Wednesday, November 3, 2010

Currently listening



Trivia:

1. gua dah dengar banyak kali lagu nie, tapi takde pun dengar tajuk lagu dalam bait bait lirik lagu nie..ceewaah

2. kalo dengar lagu nie time segar, gua mesti rasa di awangan..peewiittt

3. kalo dengar lagu nie masa nak tido...kompom lagu tak habes, gua dah mimpi basah..ok bergurau..sekian!

Tuesday, November 2, 2010

Entri Khas

To: Mama

Re: Komen la mama, komen la....pleaseeeeeeeeeeeeee.............

Monday, November 1, 2010

Parkir

Peh lama gila tak menulis dowh. Tapi bila nak start je, gua hilang idea. Sedang gua asyik nak perah idea, tetibe dapat kol yang bukan bukan. Ha, nie memang nak cari pasal di hari isnin. Kah kah kah..Gua tak tau nak cakap apa, tapi perasaan nie bercampur baur. Gua kadang-kadang kesian dengan co. yang minta ditolong nie tapi tak nampak usaha untuk ditolong. Janganlah hanya dengar cerita dari membe, terus kol nak tu nak ni. Cuba cari maklumat tu selengkap yang mungkin terlebih dahulu, lepas tue barulah minta tolong.

Sebenarnya mende-mende macam nie bukan hanya terpakai kat co. jer, tapi ia terpakai untuk semua orang. Sebagai contoh, kalo kita nak makan, kena la usaha untuk masak ke, pegi kedai makan ke. Paling malas talipon je abang-abang delivery tue. Takkan la nak nganga saja? Mana ada benda makan turun dari kerajaan langit woii...Tapi kalo ade orang nak hantar makanan, terima saja. Kah kah kah...

Oklah, bab membebel nie takleh panjang-panjang sangat..Nanti tak lekat.

p/s: demn! nie dah lari tajuk. lain kali la kita sambung kalo gua ingat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...