Nama diberi Sulaiman. Nama otai leman. Nama gedik abg lail. Bekas budak bilik gua. Eh silap, gua budak bilik diorang. Tu pun sebab diorang (Pari &Sawit) pujuk sebab tak cukup korum. Gua terima sebab rasional. Takkan nak suruh membe gua (najib) yang alim duduk sebilik ngan dorg. Jahanam budak tue. Alih-alih gua turut jahanam. Gua tak kesah sebab persahabatan mendewasakan. Tak gitu? Nampak ganas dari raut wajah. Mana tak ganas, bawak moto takde silencer. Die punya pekik semua orang boleh cam. Dalam ganas rupanya hati boleh tahan kuntum. Sebab baru gua tau die minat lagu-lagu siti especially Ku Milikmu. Peace.
Beliau mempunyai banyak kepakaran. Gunting rambut, tune gitar dan pandai belajar. Subjek accounting paling susah (FA3) pun die selamba pass. Membe-membe gua yang lain paling kurang 3 kali baru lepas. Tu pun tulis kat extra paper. "Madam, tolong saya yer. Ni kali ketiga saya amik FA3." Tapi ade sekali die buat hal. Ade 1 paper tue die tak buat assignment. Siap berani jumpa lecturer sambil berkata "Berani buat, berani tanggung. Ambik obat. Dapat E. Kah kah kah.
Lagi satu, bekas budak bilik gua ni memang legend. Bagi je games ape. Semua die champion. Ni games yang gua rasa dia paling champion. Gua rasa die kalah berapa kali je kot. Gua taktau ape button die tekan. Celaka.
nota: game nie memang berhantu
Skang die dah kahwin. Anak pun sorang. Gua harap lu bahagia, gembira dan berjaya. Nak citer sume kisah mau pecah kepala otak gua man. Ni lebih kurang gua tribute kat budak bilik la. Nanti gua bukak citer pari ngan sawit plak. Banyak beb.
p/s: rumpelstilzskin tue nickname chatting MIRC beliau dolu dolu, gua nak letak gambar beliau tak bagi..kawtim la sket brader..