Monday, January 31, 2011

Cite met gua tangguh...ade benda lagi penting...sila copy paste..sebarkan...please!

Sumber: http://ariffshah.com/krisis-mesir-keadaan-sebenar-pelajar-malaysia/

Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.

Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
So what can you do now?
  1. Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
  2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
  3. Share this on Facebook.

Tuesday, January 18, 2011

Met yg suweet sket

Gua ingat nak citer psl met arini. Tapi kepala gua punya sakit datang baik punya...kensel!so anggaplah gua trigger je luorang yer..

Monday, January 17, 2011

Riri yang suweet

Gua sebenar nak bahan riri. Tapi sekali msg-msg yang gua nak reveal kat sini ntah mana hilang. Deng! Bukan apa, gua tak sangka la riri ni jenis yang take care habis. Adakah dia dah berubah? Mari kita lihat....

Sabtu malam lepas, die msg gua tanya ade game bola ke tak. Gua pelik riri ade life rupanya. Kalo ikut gaya hidup maskulin dan koprat sebab dah pandai pakai kafling, gua syak balik rumah terbongkang pakai boxer bunga warna biru. Gua pun reply la. Satu satu game gua reply. Gaya macam ada live kat semua channel. Kah kah kah...

Dalam msg gua yang berjela panjang tue, gua sempat selit ayam  kata kata dua kat riri....'lu bila nak tunang?' Tu kalau tak silap gua la. Kalau salah, nanti riri kasi betul kat komen...keh3. Standard riri kalau sape yang penah kenal die. Mesti die kasi pusing balik la. Susah nak lawan. Pandai jugak rupanya die berhujah taknak kalah. Gua yang bersikap abang abang aritu sebab balik kampung, hanya mampu melihat saja riak riak nakal riri. Riri kan kiut, macam aoron aziz. Nak yang hensem je. Kat gua, lu pakai alif aziz jer. Deng!



Ok, sambung balik. So bila gua tak reply, riri cuak. Die msg minta maaf. Biasalakan, gua kan nak masuk umur 30-an, tue yang riri gusar. Sekali lagi gua tak reply. Gua kan sibuk kat kg layan adik adik. Gua kan abang abang. Harap riri paham nape gua tak reply hari tue. So, gua ingat bende nie dah setel la. Rupanya belum. Nie msg riri yang masuk iphone henpon gua tadi.

"Bro...lu angin sama gua ke..Gua gurau2 je aritu bro.."

Luorang tengok. Sweet tak sweet riri nie. Ibarat awek merajuk tapi sanggup lagi pujuk. Fighter jugak budak ni rupanya....mari kita tunggu komen dia..kah kah kah...

p/s: Ri, lu kasi citer ayat kasar n minta maaf lu tue, simpan lagi kn kat sent items...dorg nie bukan apa, mula la nak suspicious bagai...weeekkk!

Friday, January 7, 2011

Janji

Lepas kelmarin mak gua tau gua tak baik-baik lagi demam, batuk, selsema bagai, semalam die telefon lagi tanya update kesihatan gua. Maklumla, gua kan anak kesayangan. Lagipun, mak gua takde fesbuk. So die taktau hal hal sakit gua nie.

Gua pun malas nak story sangat. Takut die risau lebih lebih. Maklumla orang dulu dulu, diorang lagi prefer guna telefon telegram. Cepat dan pantas. Tapi kalo budak muda zaman sekarang takde akaun fesbuk, emmm....lu orang sambung la sendiri...kah kah kah...

Pung pang pung pang ngan mak gua, die sempat selit...

"ha, mak nak tuntut janji nie...hang cakap dulu nak kawin sebelum umur 28 kan? Ha sempat ka sebelum bulan 5 nie? Takpala, bagi adik hang setel dulu..tapi mak bagi sampai hujung tahun ja...boleh?"

Terus gua batuk tak berhenti henti...........

p/s: bila mak gua gtau yang gua pegi buat blood test dan resultnya tak dapat lagi, terus mak gua minta no telefon klinik tue nak cakap sendiri dengan doktor, nak analisis result gua...pehh!

Thursday, January 6, 2011

20-an

Even rasa dah macam overtaken by event, tapi gua nak cerita jugak. Masa menunggu ambang tahun baru yang sudah semestinya bukan di KLCC lagi, gua dapat 1 mesej dari prosper. Mesej ni memang padu. Mari kita baca ye anak anak...Sumpah gua tak edit. Nie sebijik dalam telefon bimbit gua.

"Selamat tahun baru 2011.Sedar xsedar dah nk masuk 28 tahun.12 tahun lagi,40.'

Terus terpacul ^&%$#%(%$#. Tapi betul jugak. Lately nie perangai seperti suka main internet, tido tido, makan tengah hari tapau je, workholic, careerman, cuti ofis call call, malas malas, dah tak fun semua ada kat diri gua. 

Takutnya perangai perangai comfort nie jadi sebati dalam diri gua. Macam kene kawen je tahun nie....kah kah kah....

Tuesday, January 4, 2011

Resolusi 2011

Rasa gua belum terlambat nak wish selamat tahun baru 2011. Buat yang nak buat wish list tue, gua ucap good luck la. Takyah la buat panjang-panjang. Nanti ke laut jugak. Gua tak nafikan list tue penting, tapi lagi penting action dari wish list tue. Keh3

So, gua pun nak kongsi list gua. Pendek tapi padat.

1. Tak tinggal solat
2. Kumpul duit
3. Jogging tiap weekend
4. Jaga kesihatan
5. Kawin

So, sudi-sudikan lah kongsi azam korang yer..yang baik, gua follow dari belakang...

p/s: Korang suka azam no. 5 tue kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...